❤ Azhafizah ❤

Saturday, October 29, 2011

Kau Kategori Cantik, Ayu Atau Comel?

Assalamualaikum..

So hari ni aku rasa nak describe wanita pada pandangan mata kasar lelaki aku :) Ni pada mata aku..kalau mata orang lain aku tak tau la. Lagi2 yang matanya juling2 itik, juling2 air..lain pulak tastenya. Pada aku wanita dikategorikan kepada cantik, ayu dan comel :) Ada yang lain lagi ke? Yang lain tu tak termasuk dalam kategori wanita pada aku. Kalau ada pun, tu dikategorikan sebagai spesis umang2 ataupun katak pisang.

Wanita spesis cantik ni, dia mempunyai raut wajah yang jelita, susuk tubuh yang menarik dan pandai bergaya dengan pakaian, aksesori dan alat solek. Aku selalu tengok type2 model termasuk dalam kategori ni. Tapi aku kurang pasti bila si cantik ni tak mengenakan sebarang prop pada tubuhnya.. adakah dia akan kelihatan menarik? Aku pernah jugak tengok, cantik bila berhias..tetapi bila tak berdandan bagai humang aih cantik lagi makcik kantin sekolah Tamil depan umah aku. Contohnya macam Neelofa ni. Perghh seksi la mata dia. Mintak sikit bulih??


Beralih pulak ke kategori ayu. Ayu sleeping..ayu sleeping..brother john (maaf tetiba lagu tu berkumandang dalam kepala hotak aku) Si ayu ni pulak, mereka yang dikatakan natural beauty..tak perlukan alat mekap atau  prop untuk menyerlahkan kecantikan sebenar dirinya. Dia tak perlu nak mekap tebal2..kalau tak nampak macam badut sarkis. Cukup sekadar mengenakan blusher sikit2, gincu warna lembut. Perghh aku ni cakap dah macam mak andam plak! Si ayu ni pulak..kalau di selarikan dengan sikap sopan santun, lemah lembutnya humang aih macam perempuan melayu terakhir wa cakap lu!! Aku tak kenal minah ni, tapi dia ayu pada aku. Sejuk mata aku memandang :) Macam duduk dalam peti ais rasanya :P


Si comel pulak, muka dan perangai dia macam keanak anakan. Nampak kiut je. Sentiasa bermain dengan mimik muka, mata dan gerak tubuh membuatkan orang yang berada di sekitarnya rasa macam nak picit2 je dia sampai kemek. Comel sangat! Tapi kalau melampau sangat tu kira dah termasuk dalam kategori gedik pulak. Merengek2, terhentak2 kaki..ai ni macam nak mintak tapak kaki je? Maaf minah2 gedik not allowed here. Kiut boleh..gedik jangan. Ko tengok si Heliza Helmi ni..kiut kan? Sama kiut macam aku tak? Huhuhu


"Tapi mengikut pemerhatian dan keputusan ujikaji makmal la kan, aku rasa ko berada dalam kategori cantik la Ani. Walaupun gigi ko besar, tapi apa ada hal. Tu buat pakuk kepala peragut, boleh sumbing kepala dibuatnya! Eh nak tau rahsia tak? Dalam TNB ni ko la yang paling cantik ditambah pulak bau ketiak ko wangi macam bau setanggi. Punyalah wangi sampai aku boleh bau time nak parking moto kat luar tadi!!", ujar Mahmud panjang berjela. Ani dilihatnya buat muka toya tanpa perasaan.

"Dah habis ko merepek? Maaplah Mud oi..aku tak makan pujuk rayu ko tu. Ni ko nak bayar ke tak?3 bulan bil letrik ko tertunggak ni. Esok jangan pulak ko datang cari aku lagi buat cerita ko berak guna lampu suluh!", selamba badak Ani memerlinya.

Kelat2 ketat muka Mahmud sebelum beredar meninggalkan kaunter pos opis. Ai nampak gayanya taktik dia mengampu si Ani tak menjadi jugak. Rasa macam dah cantek mukadimah dia tadi..apa yang kurang pun dia tak tau. Gambar Neelofa, Heliza dan gambar entah sape yang dia amik dalam tenet semalam direnyuk2 masuk ke dalam bakul sampah. Mahmud melangkah pergi dengan gaya paling sadis sambil berlatarbelakangkan lagu A to Z - Itik Gembo2. Bertambah sedih dan pilu hatinya kerana lagu itu je pun yang dia tau selain lagu Anak Itik Tok Wi yang dia hafal masa darjah 4 sepuluh tahun dulu. Nampaknya gayanya bergelap la rumahnya malam ni!!

P/s : Nak kipas lipas pun tengok orang jugak! :)

48 comments:

aiNa yaZiD said...

kahkahkah....apzal, apzal.. neelofa memang cantek n heliza memang cumel~!!

eh, apesal kategori CuN takde..??? muehehehe. =P=P

budak kacamata said...

ko nie ader2 jela..hahaha

..ika itu aku.. said...

tak rase cantik, tak rasa ayu n tak rasa comel..
tak tau rasa apa..ohoho

zureen said...

hahhaa! asal macam lawak lak entri ni.. ni mesti nak jadi novelist macam kak mimi.. hihihi~

ctk said...

wah...heliza cOmeyyyyyyyyyyyyy! ct dlm kategOri cOmey + ayuu kOt..ehem2...sekali nak berangan xsalah kan? hahahaha :P

Niza Romli said...

aku pong cung jugok! kihkihkih

Paris Lipton said...

aku kacak so mls nk kecoh lah...kbai

cik kiwi's said...

malas komen lelebih!. cuma nak gtau ai ni perempuan melayu terakhir. tu je. kbai

tunz said...

tu la..on9 24 jam,bil api dah banyak..nak mintak diskaung konon...poodahhhh....padan muker mud...huhuhuhu.

p/s afzal ni leh masuk raja lawak ...tambah sorng boboi.

LoVe_LeEyA said...

kalau kte buat2 cute~ mmg automatik akan nampak gedik~ hehe~

btw, heliza mmg sgt cute~ ^_^

remyhazza said...

cian kat ani tu......

teynteyn the doll said...

*ehem* saya cute mcm heliza kan :3
hahahahaha~

CikGu Ma said...

tak ada dalam kategori tu semua kalau sukat kat muka..cukup la rasa rasa bertuah kalau ada org ikhlas dengan diri ku seadanya..^^,

Bell said...

aku rasa..aku dlm kategori cun..hahhaha ;P

soffea ielmaney suffiazo said...

hahahha..neelofa memang cantik lah ..haha

Aretikz said...

Kesimpulannya.. Sila bayar bil letrik anda sebelum dipotong.. ahakz..

josrevalution said...

hahhaa..lawak lah entry ni..hati yg panas pun jadi coollll..:)

Aien Not Alien said...

mak awak cakap saya manis~


*mimpi ^_^"

suha said...

dekat atas tu semua sesuai dengan gelaran ayu, cantik dan comel. :)

Mrs.Yie said...

ngok tol mud ni.nak ejas ani x pandai.tak payah jadi mud la.jadi mid pun ok..huhu sengal.. :)

misyamissyou said...

macam2 la anda ni..haha sian mahmud bodek xjadi :P

Azhafizah[フィザ] said...

erm..macam2 afzal ni..cantik itu subjektif..any answer can be..>.<

cik bulan said...

ecece..mel dalam kategori mana ni??hahahaha

kes cmo baya mmg xleh nk tolong..kah3..kipas xjadik..pakai ekon lah pasni ye bang..hahaha


mel=?hahahahaha..heliza tu..lalala..kbai

N@SIQUE said...

neelofa...wow...bila dia nk pkai tudung lak..lagi cun kot kalau pakai tudung...hehehe

Selamat Tinggal Dunia ©: Pendrive Unik Menjadi Kegilaan Pengguna Masa Kini

Ungu Violet said...

lelaki mmg suka tengok pompuan cantik...kan...kan..kan...P

Cikgu Jaja™ said...

fitrah manusia..nak yg cantik jer.. :)yg mmgg cantik nak laaagi cantik, yg xcantik ofkos laa nk cantik gak.yg xcantik langsung biasanya pasrah. rilek2 sudah.. ada rezeki, kawen..xde rezeki pon redho..ehh apa jaja merapu neh

zareliqa afiqa said...

mata neelofa mmg seksi.awwww! suka tgk~ ehehe :D

diana said...

akak kalau mekap pun cantik..tak mekap pun cantik..
tu kategori apa mahmud???
ekekekek

nelly said...

cantik itu subjektif .
:)

puteri kasih said...

adoi dari tadi asyik gelak je kat FB..kat blog ni pun sambung gelak lak...hilang kecomelan ku...hahahaha

~Nana BamBam~ said...

rasa2.....saya katogori cun melecun comey lotey and cantik memang dabombb..huahuahuhuaa!!

Norlida Ramli said...

hahaa..
sy sume cantik,cun meletops,kiut,comel,ayu..pakej! hak hak

Ezzattie said...

maknanya aku belum cukup wanita lagi ni. sebab aku cool je pun. hahaha

Cik tikah said...

cik tikah kategori comel (wah perasan sungguh!). hahahaha...

hazanis said...

heliza comel....geram tgk dia....hakssss

Hanih Borhan said...

hahahaha...brader,utk spesies umang2 atau katak pisang ada contoh x?nak contoh...

c2u said...

indahnya ciptaan alam ini..

wAnA said...

suka tgk heliza...
comel.. ^^

Nalisa Syahira said...

eleh , neelofa tu jiran sebelah rumah je , cehh , ahha .

ch000tz axoera said...

aku kategori gedix yang shomeeeey hahahahahah

amranaiman said...

aku lelaki.. nk kate cun bahaya plak.. haha kata cute cam poyo jek hahaha..

misTeaRed said...

heliza comey sket dr sy...tp sy comel bnyk dr heliza...hahhaha...
*jwpn poyo dr saya...ikhls dan tulus*...perghhhh, sentap hati mak nak bila bace...hahhahaha :)

si robot comel said...

saya comel jugak,hehe

Yatt S. said...

Neelofa tu cantik tapi bagi aku dia cantik yang biasa. Kira macam dah ramai la orang cantik macam tu. Takde WOW pada aku.

Aku suka Izara Aishah dan Fazura. Diorang memang cantik yang WOW!!!


Aku pulak tergolong dalam kategori JELITA. kahkahkah.

♥Aien Najwa♥ said...

Aiyoyoyo..!!..apzal telah membutirkan semue maksud bg pempuan cantik, ayu dan comel..mcm mak andam lak yerk..mak andam pown xsampai detail gtau..maybe u pak andam kowt..huhu..waa, yang wajah tengah tu sangat comeeeell..(^__^)..neolofa cantik, heliza, comel..berbeza kan???..hehe..

bella luna said...

gila kecewa,.group aku sebagai wanita yang jelita tak tersenarai bha,hehe,.cantik tak cantik, ayu tak ayu, comel tak comel, yang penting bil eletrik tetap kena bayar bhai,.

SURIA AMANDA said...

hahah..nice entry...ramai dah terasa hati..tp ada ko kesah ke afzal? akak x kisah pun sbb akak ngaku akak x lawa..

cik tenggiling said...

hanya si dia yg mampu menilai diri kita,, worh, jiwang seyh ayat aku

Ping Busuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates