Assalamualaikum..

So hari ni aku rasa nak describe wanita pada pandangan mata kasar lelaki aku :) Ni pada mata aku..kalau mata orang lain aku tak tau la. Lagi2 yang matanya juling2 itik, juling2 air..lain pulak tastenya. Pada aku wanita dikategorikan kepada cantik, ayu dan comel :) Ada yang lain lagi ke? Yang lain tu tak termasuk dalam kategori wanita pada aku. Kalau ada pun, tu dikategorikan sebagai spesis umang2 ataupun katak pisang.

Wanita spesis cantik ni, dia mempunyai raut wajah yang jelita, susuk tubuh yang menarik dan pandai bergaya dengan pakaian, aksesori dan alat solek. Aku selalu tengok type2 model termasuk dalam kategori ni. Tapi aku kurang pasti bila si cantik ni tak mengenakan sebarang prop pada tubuhnya.. adakah dia akan kelihatan menarik? Aku pernah jugak tengok, cantik bila berhias..tetapi bila tak berdandan bagai humang aih cantik lagi makcik kantin sekolah Tamil depan umah aku. Contohnya macam Neelofa ni. Perghh seksi la mata dia. Mintak sikit bulih??


Beralih pulak ke kategori ayu. Ayu sleeping..ayu sleeping..brother john (maaf tetiba lagu tu berkumandang dalam kepala hotak aku) Si ayu ni pulak, mereka yang dikatakan natural beauty..tak perlukan alat mekap atau  prop untuk menyerlahkan kecantikan sebenar dirinya. Dia tak perlu nak mekap tebal2..kalau tak nampak macam badut sarkis. Cukup sekadar mengenakan blusher sikit2, gincu warna lembut. Perghh aku ni cakap dah macam mak andam plak! Si ayu ni pulak..kalau di selarikan dengan sikap sopan santun, lemah lembutnya humang aih macam perempuan melayu terakhir wa cakap lu!! Aku tak kenal minah ni, tapi dia ayu pada aku. Sejuk mata aku memandang :) Macam duduk dalam peti ais rasanya :P


Si comel pulak, muka dan perangai dia macam keanak anakan. Nampak kiut je. Sentiasa bermain dengan mimik muka, mata dan gerak tubuh membuatkan orang yang berada di sekitarnya rasa macam nak picit2 je dia sampai kemek. Comel sangat! Tapi kalau melampau sangat tu kira dah termasuk dalam kategori gedik pulak. Merengek2, terhentak2 kaki..ai ni macam nak mintak tapak kaki je? Maaf minah2 gedik not allowed here. Kiut boleh..gedik jangan. Ko tengok si Heliza Helmi ni..kiut kan? Sama kiut macam aku tak? Huhuhu


"Tapi mengikut pemerhatian dan keputusan ujikaji makmal la kan, aku rasa ko berada dalam kategori cantik la Ani. Walaupun gigi ko besar, tapi apa ada hal. Tu buat pakuk kepala peragut, boleh sumbing kepala dibuatnya! Eh nak tau rahsia tak? Dalam TNB ni ko la yang paling cantik ditambah pulak bau ketiak ko wangi macam bau setanggi. Punyalah wangi sampai aku boleh bau time nak parking moto kat luar tadi!!", ujar Mahmud panjang berjela. Ani dilihatnya buat muka toya tanpa perasaan.

"Dah habis ko merepek? Maaplah Mud oi..aku tak makan pujuk rayu ko tu. Ni ko nak bayar ke tak?3 bulan bil letrik ko tertunggak ni. Esok jangan pulak ko datang cari aku lagi buat cerita ko berak guna lampu suluh!", selamba badak Ani memerlinya.

Kelat2 ketat muka Mahmud sebelum beredar meninggalkan kaunter pos opis. Ai nampak gayanya taktik dia mengampu si Ani tak menjadi jugak. Rasa macam dah cantek mukadimah dia tadi..apa yang kurang pun dia tak tau. Gambar Neelofa, Heliza dan gambar entah sape yang dia amik dalam tenet semalam direnyuk2 masuk ke dalam bakul sampah. Mahmud melangkah pergi dengan gaya paling sadis sambil berlatarbelakangkan lagu A to Z - Itik Gembo2. Bertambah sedih dan pilu hatinya kerana lagu itu je pun yang dia tau selain lagu Anak Itik Tok Wi yang dia hafal masa darjah 4 sepuluh tahun dulu. Nampaknya gayanya bergelap la rumahnya malam ni!!

P/s : Nak kipas lipas pun tengok orang jugak! :)