Blog Sihatimerahjambu



Thursday, August 27, 2015

Cerita Budak Sekolah : Hadiah


Bismillah,

Dulu masa sekolah rendah, aku diajar untuk bersaing dengan rakan sekelas. Setakat nombor 1 sampai 3 dalam kelas tu dah sinonim sangat dah ngan aku. Tak capai KPI yang mak aku tetapkan, hukumannya sangatlah dasyat tak hengat.

Kalau tak kena pelepah ngan getah paip.. konfom kena libas ngan rotan. Dulu aku sangka aku ni harimau sebab banyak sangat belang-belang kat badan. Kalau ada komik Pendekar Laut masa tu, mesti aku ingat aku keturunan Paichow sebab birat-birat kat badan aku dah serupa belang tarung (hanya kaki komik je yang faham)

Aku pernah dapat nombor satu masa darjah dua. Mak aku janji nak belikan komputer. Aku punya suka jangan cakap lah, Komputer belum dapat lagi tapi aku dah canang satu kelas. Hidung aku mengembang dan menguncup dengan sekata bila acapkali dipuji kengkawan kelas yang lain.

"Kalian masih mentah untuk memiliki mesin secanggih itu hins hins!", kata aku sinis kepada kengkawan sekelas yang lain di darjah 2 Biru sambil sedut air sirap yang dibekal emak. Terasa diri macam darjah enam plak bila nak berkomputer ni. Feel dia macam dah bermisai sikit.




Lusa..


"Mak kau dah belikan kau komputer ke?", tanya kawan aku. Yang lain turut mengerumun.

"Dah", jawab aku malas.

"Wah boleh la kitorang tengok ko main game. Boleh laaa. Petang nanti kitorang datang rumah ko", pujuk kawan yang lain.

"Takyah datang rumah aku la. Ko main kat sini je", aku terus seluk kocek seluar.

Kengkawan aku yang lain terpinga-pinga. Ada yang dah bantai gelak dulu.

"Ni ke komputer ko?", kawan aku ketawa berdekah-dekah.

Pada skrin ada buaya yang boleh gerak ke kiri dan ke kanan. Kerja buaya tu tangkap telur burung. Makin lama.. makin laju.

Antara dua je. Sama ada mak aku salah beli atau dia kencing aku. Dia ingat aku mudah untuk dikencing-kencingkan begitu saja? Heh ni Afzal la.. aku hafal sampai sifir 5 okeh! Macam la aku tak tau yang tu game boy!

Punah harapan aku nak rasa macam budak darjah enam. Mana la aku nak letak muka dan maruah aku (sambil sroot sroot sedut hingus sebab nangis kena ejek ngan kawan sekelas)






Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com