As salam,

Aku ngusha tepi tingkap opis, jalan raya dah penuh sesak. Tengah berkira2 camno nak balik raya nanti. Kan besh time aku nak balik raya.. time tu la semua orang dok pakat2 tido, anyam ketupat ke.. atau kacau dodol. Hmm stress!!

Oh ye trimas untuk blogger Duniaku Shida dan Azhafizah sebab kirimkan kad raya kat aku. Aku masih lagi terharu dari minggu lepas sampai hari ni. Naik bengkak idung aku ngan hingus.


Dan pada masa yang sama aku juga terima kad undangan walimatulurus daripada Azhafizah dan Aien Not Alien. Masing2 akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Ogos ni. Aku teringin gak nak pegi memandangkan aku mungkin akan kembali 'bujang' tak lama lagi uhuk3. So kepada korang yang nak join aku boleh la inform aku awal2, kita konvoi reramai :)



Untuk Azhafizah dan Aien Not Alien.. tahniah2. Semoga perjalanan majlis dan segala yang dirancangkan dipermudahkan Allah insyaAllah :)