Assalam,

Amacam? Cara tak aku buat tajuk pepanjang cenggitu? Kalau boleh baca senapas je tau melainkan korang dapat kebenaran bertulis daripada doktor dan bomoh bertauliah. Bomoh hujan tak boleh!! So seperti yang aku janjikan semalam, harini aku akan exposed plak kenduri belah aku. Penat weh ngedit dari masuk keje tadi.. nasib hari ni free.

Bertemakan warna pepel dan silver, aku nekad memilih pelamin bunga2 dengan cuba menyampaikan betapa dalam hati ada tamannya diri aku nih. Mula2 aku decide nak buat dalam 6-7 khemah je (aku tak tengok pon khemah tu camner) tapi bila dah pasang 8 buah khemah.. seyes aku kagum sebab kemain besar khemah tu dan luas plak. Eh aku tanak citer penjang2 boleh tak, sebab tangan aku cramp. Aku taip pakai idong je ni

orang ramai mula membanjiri majlis semenjak tahun lepas lagi. Dianggarkan
tetamu yang hadir hampir 13.4 juta menyamai populasi penduduk Papua New Guinea

berpusing2 aku berjalan.. baru sampai ke pelamin. Kata pengapit, 
nak amik mood. Ada plak nak rasa lutut pengantin time tu

beramah mesra dengan pengunjung2 sambil menjual pantun barang
serangkap dua malah ada yang mintak khidmat tilik nasib

gambar ni aku rembat daripada blogger nana, nak tengok gambar2
yang dia amik leh pegi ket blog dia bawah tu ye :)

berani bebudak kutuk pasangan sejoli blakang aku yang turut suap menyuap
tu ye? Weh abang ipar aku tuuu. Ntah camner leh tersama pose plak kan? Haha

Haa time ni sesi potong kek oleh abah ngan wife aku, tersama bulan lahir plak.
Perangai pon sama..aku rasa laa

Punyalah payah nak suruh abah aku stick bergambar ngan kitorang. Ada plak dia nak
lari2 jumpa kengkawan dia, orang yang lalu tepi pelamin semua dia tegur. Abah sape
la tu weeehh berdekah2 aku ketawa atas pelamin

photographer suh buat freestyle pose.. nampaknya kami bertiga je la yang
pandai belakon. Yang lain pandai beranak je :P

Ni kengkawan wife aku. Ada yang berkenan di hati? Sila maklumkan kepada aku

Yeah tak lain dan tak bukan dorang la buddies aku, bestie aku dari
sekolah menengah sampai sekarang. Orang kuat aku, penasihat dan
kawan susah senang aku. Trimas Oneh, Naiem dan Fadhlur <3

Giler teruja, aku bajet 3 orang je yang turun tapi...

..omaigad ramai tuu!! Yeah dorang la kawan alamaya aku. 
Untuk pengetahuan kitorang la Geng Blogger Sengal!!

Mak aku kata, dorang nak bergambar ngan mak abah aku sebab sporting?
Hahaha memang pon mak abah aku sporting, sportrim dan kadang2 boleh jadik
skirting!


Aku kenalkan muka2 blogger yang mungkin ada korang kenal, tak kenal
mahupun buat2 kenal. Tapi dorang memang happening sampai pening orang
sekeliling melihat fiil sekor2
dah lama aku syak yang si Shawn Razaleigh dan Boni ada apa2..

Gambar ini diperbesarkan bagi mengukuhkan bukti. Ternyata jelas
hubungan mereka bukan sekadar teman bermain congkak semata2

Oh lupa aku ada buat wishing book. Ko tengok berapa banyak aku buat goodies bag
untuk tetamu2 yang hadir. Bukan setakat tetamu, orang lalu lalang, orang hantar tong gas
malah orang yang salah jalan masuk jalan tu pon trut menerima goodies bag

wishing book tu aku buat sendiri tau :) Trimas kepada mereka yang wish..
terharu aku sampai nangis2 di tepi peti ais

bebudak ni semua pakat2 nak wish sambil diperhatikan si Shawn dan
awek dia, Zyra Roxx. "Gelojoh macam zirafah memasing", kata
 Zyra Roxx di dalam hati secara berhati2

"Kekasihku..kita tulis sama2 ye", ujar Shawn
"Ye anje, kita kat kekasih blogger terhot setakat ni", kata Zyra pula
"Korang menulis ke..merendek depan macik ni?", mak aku plak menyampuk

blogger ni namanya Nadh Zher Ree. Dia balik awal sebab ada hal.
Takpe2 bro kehadiran ko pon dah buat aku gembira :)

Aku suka la pose korang berdua ni. Ni la Wadi Ao ngan Fadil Penyu.
Comel kan? Aku tak sangka si Fadil ni trun gak. Si Wadi ni kemain mesej aku 
haritu tanya warna tema tapi datang pakai baju kuning. Puih!!

Blogger comel ni plak namanya Korn :) Ko buat bibir macamtu bajet 
mengghairahkan lettew?

Abang emsem ni salam aku time aku makan. Terbantut napsu makan aku.
Ke.. dia nak makan skali ngan aku kat meja perantin?

Ni la blogger Syahiroo :) Dia buat muka cenggitu cuba membuktikan yang
dia sebenarnya kacukan cina-melayu dengan menunjukkan mata sepetnya

Blogger single yang menjadi pertaruhan aku. Si Tirah Zairi dan Aida Omar.
Ada sesiapa yang masih solo untuk aku rekemenkan?

Mula2 aku tengok budak ni dok snap2 gambar aku, tapi aku tak kenal sape.
Bila dia salam kat pelamin baru aku tau yang dia la Nanasuicide :) Maceh
dik sebab trun :) cantik la gambar <3

Gambar kenang2an ngan bebudak GBS yang dapat turun.
Yang ada pon dah cukup haru biru.. belum yang lain lagi. Isk3

Mak aku tanya aku, kenal tak budak lelaki berbaju melayu bawak beg sandang.
Aku kata sape? Tak kenal pon. Budaknya skema2 je. Mati2 aku ingat ada budak
tahfiz mintak derma.. rupa2nya si Zulhilmi Tempoyak! Ko lambat la beb!! Hahaha.
Eh tapi seyes aku suka gambar ni weh!! Comel!! :D

DJ pekenakan aku, disuruhnya aku nyanyi. Nasib berduet ngan bini aku.
Laa seyes aku karok. Tak pecaya?? Sila lihat bukti di bawah. Pasni sape kaki karok
boleh roger kitorang anytime hahahaha


Bila majlis selesai bini aku plak dah dok teruja nak bukak adiah.
Dalam bebanyak adiah tu, aku dapat satu adiah yang paling besh!
Dia punya besh..semua yang tengok ternganga menitik2 air liur.
Nak tau ape?Jeng jeng jeng..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Cilakak!! Hahahahahahaha bini aku suh buang.
Aku sendiri tatau bila nak guna hahaha

Apa yang boleh aku katakan, aku gembira dengan perjalanan majlis aku. Masih tak boleh menerima kenyataan yang aku kini sudah bergelar suami orang. Aku sudah punya isteri. Aku dah ada mentua dan ipar duai. Dah tambah lokasi untuk dituju setiap kali balik raya. Duit gaji kini diagih dua, belum masuk bila dah ada anak. Makin berat tanggungjawab yang dipikul. Trimas atas nasihat kawan2.. korang memang banyak membantu.


Tapi aku tetap gembira, walaupun aku tau ianya buakn sesuatu yang mudah.. tapi aku tau itulah asam garam bila berumahtangga dan aku harapkan aku mampu menjadi suami, anak dan insyaAllah ayah yang bertanggungjawab, adil, bertolak ansur, bersabar dan mampu membimbing keluarga aku ke jalan yang diredhai.

Amiin.. semoga diperkenankan Nya


P/s : Kredit untuk jurugambar Syakir Rahman, Nana ,Zulhilmi Tempoyak
        Bug Love dan Cik PanadolKalau aku tau gambar2 korang mabeles 
        cenggini awal2 lagi aku hire korang :D