Assalam,

Kali kedua aku buat segmen. Ni pon sebab ada orang beria2 nak sponsor adiah. Aku nak buat ringkas2 je la, tanak pening2 kepala. Semua leh join. Tapi sekali teka je okeh. Meh Aku bagitau adiahnya dulu :

Hadiah untuk peneka paling tepat tak kisah la dia cantik atau tak

sila KLIK SukaCanteq untuk cuci mata

Tapi kalau jejantans menang ko bagi la kat awek atau wife ko. Lagi2 untuk mereka2 yang besday dah nak dekat tapi tatau nak beli hape, ko join je contest ni. Abis cerita :)

Jadi kita terus kepada soalan. Berapa hengget korang rasa menu kat bawah ni (ni menu aku semalam)

Nasi putih, sayur, sedikit kuah dan air suam.

Hint : Terkena aku semalam. Demm!!

Syarat2 penyertaan :
  1. Warganegara Mesia
  2. Mampu melihat gambar di atas (yang jilat skrin lappy dibatalkan penyertaan)
  3. Korang buat entry tajuk macam aku buat, copy paste gambar, backlink ke
    blog aku dan letak harga yang korang teka. Tapayah nak ayat panjang2. Settle!
  4. Letak link entry yang korang dah buat kat ruangan komen, senang aku terjah
  5. Tempoh sampai pukul 12 tengah malam ni, Khamis 8 Jun 2012 sahaja.
  6. Nilai harga terhampir akan dinobatkan pemenang.
  7. Esok hari Jumaat aku umumkan pemenang

Selamat meneka :)