Assalamualaikum,

Bila aku berborak2, aku ada gunakan beberapa perkataan tapi malangnya tak difahami oleh kanak2 riang zaman sekarang. Yeah aku gunakan bahasa slenga, bahasa yang digunakan sewaktu pertembungan budaya di antara Zaman Neolitik dan Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ada dikarang dalam batu bersurat dan manuskrip lama. Jadi intipatinya aku terjemahkan di sini atas ihsan Bernama.

Baiklah anak murid, cikgu akan ajar beberapa perkataan, dengan maknanya sekali. Tumpukan perhatian dan soalan2 ini akan dimasukkan ke dalam peperiksaan penilaian akhir kelas lompat darjah 5.Sape gagal maka pasti gagal dalam hidup.


Sungkit
Maknanya : mencucuk lobang punggung dengan menggunakan ibu jari kaki dengan halaju maksimum 20km/j dengan niat bergurau
Contoh ayat : Ekau jangan nak bergurau dongan den..kang tak pepasal den sungkit buntut ekau, berak berdiri ekau nanti!

Jeke
Maknanya : Past tense bagi keje. Keje (present tense), Jeke (past tense), Jekes (past participant)
Contoh ayat : Semalam ko tak jeke ke Muhailim? Semua orang tunggu ko nyanyi lagu Negaraku sama2.

Muahehey
Maknanya : Seseorang yang gelak kuat2 untuk cover bunyi kentutnya
Contoh ayat : Ahmad Subkhi perasan ada seseorang sedang muahehey di dalam panggung wayang ketika menonton cerita Sarkis itu

Tuyik
Maknanya : membuat muka sedih yang sangat buruk macam taik
Contoh ayat : "Dah2 jangan ekau nak ngegado buek muka tuyik kat sini..omak takkan terpongaruh yo", kata Nona Roguy kepada anak susuannya itu

Pendumanurungsilambampapanturigaisemputipangnilamsariapudin
Maknanya : sendawa busuk bau lobang pusat
Contoh ayat : Woi busuk gilababeng ko Pendumanurungsilambampapanturigaisemputipangnilamsariapudin Tasnim! Ko makan bangkai ke hape nih??
(perkataan ni sudah lama pupus kerana terlalu panjang dan pernah dinobatkan perkataan paling panjang maknanya di dunia dengan makna yang pendek lagi vangang)

Kutilpan
Maknanya : lobang idong yang tersangkut pada bucu meja
Contoh ayat : Ha kan cikgu dah pesan jangan dok lari2 dalam kelas. Tengok kan dah kutilpan ni.

Logayaton
Maknanya : Lari dalam guni 4x100 berganti2 mengepit batu giling di ketiak dengan mengenakan spender kedap udara saiz xs
Contoh ayat : Bapak aku hebat. Dia memenangi pingat emas dalam acara logayaton peringkat Daerah dengan cacatan masa 14 saat sahaja. Tu siap buat extra pusingan padang lagik!

Oklah murid2 tu antara perkataan2 yang kita belajar hari ini. Jadi gunakanlah sebaik2nya ketika di rumah, di pejabat mahupun ketika mengurat. Aa a aa~ jangan lupa sertakan sekali ekspresi muka, kedua tangan di bahu dan mata memandang ke atas. Selamat mencuba :)

Fobia aku kalau cikgu aku macamni!Kompom musnah hidup aku



P/s : Amaran : kanak2 bawah umur sila dapatkan bimbingan orang dewasa. Kalau tak melingkup nak bangsa!