Assalamualaikum,

Bila bukak cerita pasal jamban, semua fikir nak berak, kencing. Tempat di mana sisa pepejal, cecair dan bau2 menosok kalbu bertemu sekaligus dan mencipta satu kepuasan yang sukar ditafsirkan lagi oleh setiap penggunanya. Sepanjang hidup aku ni, aku dah buat pemerhatian mendalam dan apa kata kita berdiskusi pasal jamban. Jamban kita..wajah kita, tak gitu? *mana aku dapat slogan haramjadah ni aku pun tatau.

Aku allergi ngan tandas awam. Serius aku fobia bila perut aku memulas dan apa yang terlintas difikiran aku cuma tandas awam. Mula2 berhadapan dengan makcik kaunter tandas yang ala2 sombong menyusun syiling, berlatarbelakangkan jadual bayaran masuk mengikut keperluan kepenggunaan. 30 sen sekali masuk, mahal pada aku.. tapi agak murah pada pengguna lain yang tak perlu guna banyak tenaga mengepam lubang jamban setelah guna.

nampak macam tenang kan.. siapa tau dia tengah meneran?
(ihsan Google)

Masuk berbayar, tapi tandas macam @#$%&. Huh makcik yang berjawatan tetap dengan starting gaji menyamai PAR kat ofis aku sekadar duduk melenggang kangkung. Tak baik la macamtu makcik. Duit amik tapi kebajikan pengguna tandas tak terbela. Tips sebelum masuk tandas pertama, lipas kaki seluar sebab korang tak perlu was2 apabila nak bawak sembahyang nanti melainkan kalau korang pakai seluar pendek.. itu tak perlu. Jikalau dilipat juga aku khuatir lebih singkat dari spender.

Pilih jamban ikut selera masing2. Orang yang pilih tandas depan lebih berkeyakinan tinggi berbanding yang memilih tandas belakang. Kenapa? Mereka tak kisah andai terkentut kuat dan didengari pengguna tandas sebelah. Adakalanya kita dengar air paip dibiarkan terbuka, kenapa? Sebab penggunanya malu najisnya yang terjatuh mengeluarkan bunyi yang kuat. Pelepup! Ternyata dia mempunyai sifat rendah diri yang tinggi. Haha :D

Pelis la ye buang air dengan betul. Aku tak tau kalau korang ada masalah tak boleh aim dengan baik. Bersepah2 weh sampai atas tempat flush pon ada taik! Ko berak sambil menari ke? Humangaih aku rasa dah cukup besar lubang jamban tu, korang nak menyuruk dalam tu pon boleh. Ke nak kena adakan kursus berak secara berilmiah? Jadilah manusia normal, bukan menatang yang akalnya entah kat mana. Then FLUSH! Geli geleman aku kalau ada objek terapung2 pelbagai bentuk dan saiz. Kalau nak buat pameran, kasi seal dalam bekas kaca.. tayang kat muzium. Tajuk : TAIK UNIK BERBENTUK TUKUL

heh bab ni yang aku buat aku was2 nak guna jamban!

So gunalah tandas dengan cermat dan berhemah. Jamban kita.. wajah kita kan? Jangan rendahkan maruah kita sebaris dengan menatang kat luar sana ye :) Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman? Jadi marilah kita menjamban dengan sihat :) Slam Jumaat


P/s : Orang yang cakap tak serupa bikin sama seperti kentut macam guruh.. bertubi2,
         tapi hasil outputnya kurang (berak ciput)