Shuib bukan seperti yang penduduk kampung kenal dulu. Bukan bermakna dulu dia menatang.. sekarang dia dah bertukar jadi manusia. Sapalah yang tak kenal Shuib dulu.. kaki sakat orang, kaki klepet, kaki rembat selipar time semayang Jumaat. Eh senang cakapla semua kaki2 yang jahat ada pada dia lah. Tapi sejak dia dihantar ke sekolah pondok 3 tahun sudah, perangai dia benar2 sudah berubah. Humang aih nak cerita punya baiknya dia, sampai ke sudah tak habis. Kalau lalu depan orang tua.. punyalah sopan santun, punyalah kecik langkah disusun. Macam kepit bola pingpong kat celah kelengkang layaknya. Tu kalau jalan menunduk.. dahi dah boleh gesel ngan lantai. Dia kini bukan Shuib Dajal yang dikenal dulu.. tapi lebih dikenali dengan Shuib Surau. Walaupun begitu.. dia masih berteka teki kenapa imam surau masih tak benarkan dia melaungkan azan. Musykil.. musykil.

Nak dijadikan cerita.. suatu masa di kampung berkenaan, seorang gadis telah disampuk pontianak. Gegak gempita kampung berkenaan. Semua orang bingung.. tak tau lagi nak buat apa. Ramai dah bomoh dipanggil untuk mengubati gadis berkenaan, tapi masing2 menyerah kalah. Kuat benar kata mereka hantu tersebut. Mak bapak gadis berkenaan mula bingung. Tak tau apa yang hendak dilakukan lagi. Berita mengenai gadis tersebut sampai ke pengetahuan Shuib. Shuib tersenyum.. ai apalah guna ilmu di dada kalau tak digunakan dengan sebaik2nya. Shuib merasakan inilah masanya dia cuba nasib. Manalah tau maka bapak gadis tersebut berkenan nak jadikan dia calon menantu. Paling koman dapat nombor telefon buat main2 mesej pun okey dah katanya.

Setibanya Shuib melangkah masuk ke rumah berkenaan. Semua mata terus terpaku ke arahnya. Jubah yang dipakainya mengerbang2 seolah2 seperti iklan syampoo rambut lagaknya. Dia melangkah perlahan2 seperti  scene hero tamil muncul dalam cerita. Semua yang ada bertepuk tangan.. almaklumlah pada masa itu hanya Shuib lah harapan terakhir mereka. Shuib merenung Ani, gadis berkenaan. Ani kelihatan sedikit takut.. membuktikan betapa takutnya pontianak yang merasuki Ani ketika itu kepadanya. Semua mata2 yang melihat kelihatan kagum.. rasa nak tepuk tangan lagi, tapi kalau asyik tepuk je dah macam tengok sarkis plak..

Shuib memulakan upacara. Mulutnya terkumat kamit membaca ayat dan doa sendirian. Suasana menjadi sunyi dari dalam rumah. Kilat sabung menyabung di luar di tambah dengan bunyi dentuman guruh dan tiupan angin kuat menambahkan lagi efek jalan cerita. Bila mana Shuib lantang menyuruh pontianak yang merasuki Ani keluar.. tiba2 Shuib terdengar Pontianak tersebut ketawa berdekah2. Bukan setakat pontianak, orang yang memerhati sekelilingnya turut gelak tak ingat dunia. Ada yang pengsan sebab ketawa melebihi limit. Shuib masam mencuka. Rasa nak menangis pun ada.

"Ngoghang nghelak la puah2. Sengshuke hahi je ngoghang han. Hakhu hahu la haku senghau, hok ye hun haghak2 la hihit. Hecik hahi hahu. Minhik la henghini", Shuib mencebik. Dari elok2 situasi cemas.. tetiba bertukar macam tengok maharaja lawak pulak. Ye Shuib sengau orangnya.. macamana la dorang boleh lupa! Patutlah imam tak bagi dia laung azan. Cheh!


Tapi Ani pulih juga akhirnya. Dengar kata pontianak tersebut surrender sebab tak tahan asyik gelak guling2 teringatkan si sengau Shuib punya penangan. Harum lagi nama Shuib.. walaupun dia sekarang tengah nangis teresak2 tepi peti ais dapur rumahnya. Kecik hatinya dengan pontianak tu. Taknak lagi la dia ubatkan orang. Hampeh!