Assalamualaikum,
Masa untuk aku buat entry. Si bro harrazdani dah tanya bila aku nak keluar entry baru. Aku dah buat separuh tadi dengan tajuk lain, sekali aku teringat malam ni ada citer Mr. Bean laa. Tu yang aku pegi bantai tengok tu..entry ntah kemana, mood ntah kemana. Tajuk terus ke laut! Aku nak cerita apa ea?
Hmm..apa kata kita uji tahap personaliti kita nak? Korang rasa berpuas hati tak dengan apa yang korang ada selama ni? Apa sebenarnya yang korang kejarkan dalam hidup ni? So kat sini aku nak uji apakah impian sebenar korang. Ni sekadar ujikaji semata2 ..kiranya korang ni tikus2 makmal aku la. Jangan percaya bulat2 wahai tikus sekalian. Haha
(Cara menjawab : Q1. Anda berpuas hati dengan kehidupan sekarang? Ya (Q5) Tidak (Q4) ), sekiranya jawapan korang Ya maka korang kena pergi ke soalan Q5. Jawab soalan seterusnya sehingga korang dapat satu jawapan pada akhirnya)
(Cara menjawab : Q1. Anda berpuas hati dengan kehidupan sekarang? Ya (Q5) Tidak (Q4) ), sekiranya jawapan korang Ya maka korang kena pergi ke soalan Q5. Jawab soalan seterusnya sehingga korang dapat satu jawapan pada akhirnya)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan
Q1. Anda berpuas hati dengan kehidupan sekarang?
Ya (Q5) Tidak (Q4)
Q2. Anda seorang yang menepati masa?
Ya (Q7) Tidak (Q8)
Q3. Anda masih bertumbuk dengan orang lain?
Ya (Q7) Tidak (Q6)
Q4. Anda tidak berapa ingat perkara yang berlaku sewaktu kecil?
Ya (Q3) Tidak (Q2)
Q5. Anda suka dengan anak patung?
Ya (Q2) Tidak (Q10)
Q6. Anda tidak ingin menjadi seperti ibu bapa anda?
Ya (Q11) Tidak (Q12)
Q7. Dulu anda seorang pelajar yang nakal?
Ya (Q11) Tidak (Q6)
Q8. Mana yang anda rasa lebih bahagia?
Kehidupan normal (Q5) Kehidupan luarbiasa (Q4)
Q9. Anda Suka berangan angan?
Ya (Q15) Tidak (Q8)
Q10. Anda pernah mengoyak foto sendiri atau orang lain?
Ya (Q9) Tidak (Q8)
Q11. Anda pernah chatting untuk berkenalan?
Ya (Q9) Tidak (Q8)
Q12. Anda tidak suka binatang peliharaan?
Ya (Q17) Tidak (Q19)
Q13. Anda takut paanas?
Ya (Q17) Tidak (Q16)
Q14. Tekanan membuatkan selara makan anda terjejas?
Ya (Q20) Tidak (Q19)
Q15. Ibu anda seorang yang..
kuat membebel (Q19) lemah lembut (Q14)
Q16. Anda benci bersenam?
Ya (Q22) Tidak (Q21)
Q17. Keputusan akademik anda sangat teruk?
Ya (Q16) Tidak (Q18)
Q18. Bagi anda masa silam anda adalah..
amat bermakna (Q22) mengecewakan (Q21)
Q19. Nasib anda..
telah ditakdirkan (Q20) masih boleh diperbaiki (Q18)
Q20. Anda akan menunjukkan foto anda kepada orang lain?
Ya (Q25) Tidak (Q24)
Q21. Anda masih ingat sewaktu melancong ke mana2?
Ya (Q23) Tidak (Q22)
Q22. Anda tidak mengamuk pada awal pagi?
Ya (Q24) Tidak (Jenis A)
Q23. Penampilan anda tidak pernah berubah?
Ya (Jenis C) Tidak (Jenis B)
Q24. Anda berpendapat wanita golongan yang hebat?
Ya (Jenis D) Tidak (Jenis A)
Q25. Anda merasakan percintaan itu sesuatu yang indah?
Ya (Jenis D) Tidak (Q24)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Analisis
Jenis A
Anda mengejar kejayaan. Anda tidak dapat menerima kehidupan yang biasa dan ingin lebih berjaya daripada apa yang anda ada sekarang. Anda berusaha dan mempunyai kecekalan untuk mencapai apa yang anda inginkan.
Jenis B
Anda mengejar sesuatu yang baru. Di mana ada perkara baru, di situ anda akan muncul dan mencubanya. Anda mempunyai perasaan ingin tahu yang amat kuat. Dengan mencuba sesuatu yang baru, barulah dapat memenuhi kepuasan anda.
Jenis C
Anda mengejar kemewahan dan kebendaan. Anda inginkan kehidupan yang mewah dan memperuntukkan perbelanjaan harian yang besar. Namun anda tiada simpanan akibat terlalu boros. Selain itu anda hanya berkawan dengan mereka yang kaya dan tinggi taraf hidup sahaja.
Jenis D
Anda seorang yang berperasaan. Anda suka membuat kawan dan senang berkumpul dengan kawan2. Anda mementingkan semangat persahabatan dan sanggup berkorban demi orang lain. Anda juga menganggap kekasih adalah segala2nya dan penting dalam hidup anda.
So amacam?Sama tak dengan apa yang korang cari selama ini? Sekadar ujian psikologi je ye..kalau betul tu kemungkinan sahaja :)
P/s : Aku jenis D :)
35 Comments
Yea la..tikus makmal yea,,tak kisah la..saya dapat jawapannya D..
ReplyDeletetap sikit pening la soalan awak tu, jap naik atas, jap turun pulak..apa da..
jwpn nyer :- =)..
ReplyDeleteQ1 . Q4
Q2 . Q7
Q3 . Q6
Q4 . Q3
Q5 . Q2
Q6 . Q12
Q7 . Q6
Q8 . Q5
Q9 . Q15
Q10 . Q9
Q11 . Q9
Q12 . Q19
Q13 . Q16
Q14 . Q21
Q15 . Q14
Q16 . Q21
Q17 . Q18
Q18 . Q21
Q19 . Q18
Q20 . Q24
Q21 . Q23
Q22 . Jenis A
Q23 . Jenis B
Q24 . Jenis D
Q25 . Jenis D
p/s : wah2..nk jadi profesor gadjet..huhu..
okei..saye try kembali..usehe jgn tak usehe..saye memang suker jawab2 kuiz niy..hehe..=))..
ReplyDeleteQ1 . Q4
Q4 . Q3
Q3 . Q6
Q6 . Q12
Q12 . Q19
Q19 . Q18
Q18 . Q21
Q21 . Q23
Q23 . Jenis B
Yes!!..jenis B ape???..=)..
hai D...saya B... boleh berkenalan? :p
ReplyDeleteAku B type! hehehe
ReplyDeleteme A type...yeahhhhh!!!
ReplyDeleteohhh..tidak..
ReplyDeletecomot dpt A!! cemerlang tak??keh3 buatla lagi entry camnih!!1 comot suka kuiz2 !!hee :)
ReplyDeletesaya a :)
ReplyDeleteSaya dapat 'E'...:)
ReplyDeleteUntunglah kekasih kau. Untunglahhhhhh.............
ReplyDeletewah bagus ni..mama nak wat untuk murid2 thn 6 yg lepas UPSR jawab yer...mama mintak izin copy..leh tak ni???x kan kodokut lak...cepukk kang...opsss gurau je yer..mama alik tau....mama A ler..ok tak?
ReplyDeletex leh copy ek..anta kat mel mama yer
ReplyDeletezaqwanzafran@yahoo.com.....
lau x leh kenalah mama carik2 lain..uwaaaaaaa
saya D juga.
ReplyDeletesaya jenis D!!!!!
ReplyDeleteAnda seorang yang berperasaan. Anda suka membuat kawan dan senang berkumpul dengan kawan2. Anda mementingkan semangat persahabatan dan sanggup berkorban demi orang lain. Anda juga menganggap kekasih adalah segala2nya dan penting dalam hidup anda.
jenis d~
ReplyDeletehalamak . soalan nye ke atas ke bawah . haha . best :)
ReplyDeleteakak jenis B.. :)
ReplyDeleteheh D...mmg suka brkorban tuk org len..huhu
ReplyDeletebest ni...tapi tak ler g tau keputusan..private...hehehe
ReplyDeletemuahaha..sy type D ^^
ReplyDeletesoalan drjah 8 ni mnarikla :)
ReplyDeleteaku pun jenis A tapi aku tak rase lak aku begitu cekal nak kejar kejayaan,main2 ade la..hehe
ReplyDeletentah papa ntah je la..hohoo
ReplyDeletesis jenis D..
ReplyDeletewee :)
dah lama tak main kuiz2 cmni hehe
psstt..same lah kite..D type ^^
ReplyDeletesy D..huhu
ReplyDeletecmne main nye ?
ReplyDeletekalau Q1 jawab ye(Q5) kena terus p Q5 kn..? argh pening.. blik2 benda yg same je.. huhu
sama la..sy pun jnis D..sy nk kongsikn kat blog bleh x?eyza akn credit ke ur blog nti..boleh?
ReplyDeletejenis B.hehe,
ReplyDeleteperasaan ingin tau mmg kuat.
sibuk nak amik tau.tp bukan busy body.hahaha :D
D type! heee~
ReplyDeleteomost like that laa... ahaks~
aku jenis A. hohoho aku bersetuju dengan keputusan tu. tepat sekali!
ReplyDeletepatah balik soalan sama je!!!!???
ReplyDeleteA
ReplyDeleteoh, sy jenis D...awww...sy begitukah (perasan jap!)
ReplyDelete