Assalamualaikum,

Hy geng2 bas sekolahku. Amacam sihat ke? Sorila aku bizi 2, 3, 4 hari kebelakangan ni. Almaklumlah kenduri kawen. Yup sebagaimana yang disebut2 oleh sesetengah pihak, aku naik pelamin. Maaflah, tak sempat nak jemput. Last2 minit punya kerja.. pengantin perempuan nak cepat2 kawen. Tak tahan menunggu lama kot? Kahkahkah. Takpe2 kalau ada rezeki next kenduri.. aku jemput korang ye. Waaahhh ada hati pulak next kenduri!!

Ni sempat aku upload beberapa gambar sewaktu majlis. Maaf gambar dari fotographer sebenar tak sempat siap lagi, so korang tengok je la gambar dari fotografer amatur ni ye. Bukan apa, sebagai cukup syarat :)

masih berdebar2 menunggu ketibaan rombongan 
pengantin perempuan. Mak andam pun tak 
sampai2 lagi!! Hampeh

Gambar sekitar majlis pernikahan. Weh sekali lafaz
je ok!! Walaupun aku gabra, tapi aku tetap
control cool macam askim mat cool

Ni la pelamin yang bakal menjadi sejarah dalam hidup aku.
Santek kan? Simple je..lagi2 pulak letak aku kat situ..
Paling koman pon masuk rancangan Nona Ahad depan.

Nah!Nampak tak aku kat situ? Halamak aku bukan perantin Jemah oi!!
Aku pengapit je pon. Eh betul la aku naik pelamin!! Mana ada aku tipu??
Pengapit pompuan usha aku ketat semacam je..nak ngorat aku lettew :P


Kelebihan pengapit di atas :
Mampu mengipas selaju 40 km/jam
Kuat bekerja, kurang makan
Mampu berdiri selama 8 jam
Tahan kencing, tahan maki
Dengar kata, masih virgin

Memerlukan khidmat pengapit 'Kelas Ko Jah' di atas
sila hubungi talian bebas tol 1-800-44-34

P/s : Seronok la tengok kawan2 kawen Bila agaknya turn aku. Kepada pasangan pengantin Mohd Zaidi 
         dan pasangannya Jusnita, aku doakan korang berbahagia sampai ke akhir hayat insyaAllah :)