Assalamualaikum,


Haha. Panas tol entry aku hari ni..sepanas cuaca kat luar, hingga membuatkan bibir aku kekeringan mintak dibasahi aiskrim mahupun ABC spesel. Nak pakai lip bum, macam kelakar la plak. Rasa macam tenyeh gincu kat bibir. Huhu. Ni entry kisah benar ye..atas desakan Wan Cikgumuzik. Nak sangat aku buat entry pasal ni. Hehe


Seyes betul citer ni. Bulan2 pose cenggini, tak baik berbohong kan. Kisahnya cenggini, hari Isnin hari tu aku plan nak jumpa Wan Cikgumuzik, Teynteyn dan ChaCha. Sape tak kenal 3 nama di atas..sila angkat tangan, tapi tutup ketiak ye bagi mengelakkan hama, tungau dan bau paya terbebas dengan sewenang2nya ke udara. Aku punya plan, saja2 nak jumpa rakan2 blogger. Tu last minit punya plan, agak2 lagi awal aku planning.. lagi ramai yang turun. Ni la kali pertama aku jumpa dorang. Lokasi pertemuan adalah di Restoran Air Gelas Besar, Bandar Baru Selayang.


Ni Wan Two Som..Eh bukan2. Wan Cikgumuzik :P


Ni ChaCha :)

Dan ini pulak Teynteyn :)

Wan Cikgumuzik, dia sangat peramah. Kalau korang kata dia kejam, tajam lidah, hati busuk..sori la sangkaan korang meleset sama sekali. Dia mesra alam, seorang rockers yang sudah kembali ke jalan yang benar. Haha. Teynteyn plak tak abis2 dengan senyum dan gelaknya. Kecik je orangnya, agak2 muat kot kalau dia nyuruk dalam poket seluar aku, dan ChaCha.. haa budak ni memula aku tengok seyes je. Risau gak aku takut2 dia terkam aku! Kui3. Tapi bila dah lama kitorang borak barulah terserlah keperamahannya itu, tapi pemalu orangnya :)


Elok lepas berbuka, aku terkejut bila Wan Cikgumuzik terus bogel !! Panass beb..Panas !! Haha. Haipp bukan bogel2 bukak baju yek.. dia 'bogel'kan ilmu dia pada kitorang je. Kui3. Giler ko bulan2 pose buat entry lucah2. Kena panah petir aku nanti. Dari satu bab.. ke satu bab yang lain, non stop punya ilmu kitorang dapat. Ai rugi aku hari tu sebab lupa bawak nota. Memori aku 64Mb je pon. Tapi kalau aku bawak kertas ngan pen, tak pasal2 customer panggil aku suruh amik menu. Haruuu ~


Tapi seyesly, perjumpaan yang singkat tu.. walaupun mengambil masa cuma 3 jam.. banyak ilmu yang kami kongsikan. Aku rasa sangat berbaloi berjumpa ngan otai2 tersebut, almaklumla aku cuma newbie yang baru merangkak dalam dunia perblogan. Terlalu banyak benda yang perlu aku pelajari. Kalau korang berkesempatan, roger2 je la Wan Cikgumuzik ..seyes dia sangat sporting untuk berkongsi ilmu ngan korang :) Asalkan korang jangan kekwat sudaa :)


ChaCha memalu kucing, Teynteyn tak tau tengah buat pe tu..sengih kambing 
kot, manakala Cikgu Wan kemalu-maluan. Gambar aku gak dorang tak amik. 
Hampeh. Haha


Pertemuan kami berakhir pada pukul 11 malam, itu pun lepas mak Teynteyn asyik kol tanya bila dia nak balik. Kalau tak jangan harap la Cikgu Wan nak berhenti cakap. Tu pun bini dia pesan suruh beli 9 jenis barang dapur.. tak beli2 lagi tu. Hahaha. So pada korang, ada kesempatan kita akan berjumpa juga ye nanti, insyaAllah. Assalamualaikum.




P/s : Ni la antara salah satu kebaikan berblog, selain menambahkan ilmu..
       kita juga boleh buat kawan ramai2 :)