As salam,
Ok hari ni aku nak ketengahkan pula cara cara untuk menyediakan resepi Kuey Teow Hong Kong memandangkan weekend hari tu aku teruja bila wife aku buatkan untuk aku :) Lepas makan tu.. dia siap tanya aku next menu nanti aku nak makan apa. Aku request mi hailam :) Ok tak?
Ok kita teruskan dengan bahan bahan dan cara cara untuk menyediakan Kuey Teow Hongkong. Hidangan yang aku sediakan di bawah ini sesuai untuk 2 orang makan :)
BAHAN-BAHAN
Bawang putih 4 ulas (diketuk/ dipotong kecil)
Lada kecil 4 biji (kalau nak pedas boleh letak lebih)
Perasa tumix 2 sudu besar *kiub Knorr ayam pun boleh -1 kiub
Ayam 4 ketul (dipotong kecil/dadu)
Udang/ sotong (ikut suka)
Tepung jagung
+ air 2 sudu besar
Sayur lobak/
kailan/ bunga kubis (ikut suka)
Kuew teow 1/4 bahagian untuk seorang makan (1 pek dibelah 4)
Telur ayam 1 biji
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK
Langkah Pertama - Penyediaan Kuah
Panaskan minyak. Kemudian masukkan
bawang putih. Apabila sudah garing sedikit masukkan rempah tumix kemudian barulah masukkan air. Apabila mendidih masukkan ayam dahulu kemudian selepas
beberapa minit barulah dimasukkan udang, sotong, sayur dan tepung jagung. Jangan
terlalu lama kerana udang/sotong akan menjadi liat dan sayur akan menjadi
lembik.
Perhatian : Penggunaan garam tidak diperlukan. Memadai dengan perasa Tumix sahaja
Langkah Kedua - Menggoreng Kuey Teow
Ambil sebiji telur kemudian
letakkan garam secukup rasa. Gaul bersama 2 bahagian kuew teow (2 orang makan) dan letakkan sedikit tepung
jagung. Tepung jagung digunakan untuk memastikan kuey teow yang digoreng tadi sedikit rangup. Kemudian panaskan minyak dan goreng kuey teow tadi sehingga sedikit garing. Kuey teow digoreng kepada dua bahagian berasingan memandangkan ianya untuk dua orang makan.
*1 biji telur untuk 2 bahagian kuey teow
*1 biji telur untuk 2 bahagian kuey teow
Langkah Ketiga - Penyediaan
Kuey Teow yang digoreng tadi di letakkan di atas pinggan dan kuah dituang ke atasnya. Taraa!! Siaplah sudah Kuey Teow Hong Kong. Sesuai dihidangkan panas sementara kuey teow tadi masih garing.
**********
Untuk pengetahuan korang, Kuey Teow Hong Kong dan Kuey Teow Kung Fu tidak jauh beza cara penyediaannya. Bagi menyediakan kuey teow kung fu pula, korang lakukan LANGKAH PERTAMA seperti ditunjukkan di atas cuma setelah memasukkan ayam, udang dan sotong.. korang hendaklah memasukkan sebiji telur ayam dan di kacau sehingga hancur (sebati bersama kuah) dan pada LANGKAH KEDUA.. kuey teow tidak perlu lagi digoreng bersama telur. Penyediaan seperti biasa mengikut LANGKAH KETIGA.
Selamat mencuba :)
9 Comments
amboih.dh boleh masuk masterchep!
ReplyDeletesalam. wow bole tahan ni..
ReplyDeletekalau laki aku yg masak..Kuey Teow Hong Kong dan Kuey Teow Kung Fu ke memang sedap.Kalau tak sedap pun aku akan kata sedap.
ReplyDeleteharap dapt bg semagat kat laki aku.
wahhhh...nak balik buat la ptg ni
ReplyDeletewahh! sedappnya.. nak cuba lah nti..:)
ReplyDeletealahai..sedapnya..ni tringin nak buat ni..
ReplyDeletewahh...ade resepi sedap..boleh toray ni :) tq afzal n wife :)
ReplyDeletehongkong sudah mari..
ReplyDeleteTq shear resepi.. boleh buat da ni
ReplyDelete