As salam,
Macam biasa setiap pagi aku ngan kawan aku Andy akan keluar bersarapan di kantin pertanian, atas sikit pejabat kitorang. Rutin harian yang tak dapat dielakkan memandangkan pejabat kitorang tak ada kantin.
Setelah duduk menghadap makanan, kami didatangi tuan punya kantin. Aku bahasakan dia Pakcik Hamid. Dah lama dia mengusahakan kantin tu. Lagipun kami kenal dengannya, mungkin juga kerana dia peramah. Tetapi pagi tadi dia menghampiri kitorang dengan membawa seribu persoalan..
Acapkali Pakcik Hamid pulang malam kerana kantinnya tutup agak lewat. Dia menyerahkan kerja-kerja di kantin kepada pembantunya. Jadi dia akan kembali sekitar jam 9 hingga 10 malam untuk mengambil hasil perniagaan. Untuk menuju ke kantin pertanian, dia akan melalui bangunan pejabat aku betul-betul di selekoh lereng bukit.
Yang menjadi persoalan, dia sering melihat kelibat wanita bergaun merah, bertopi lebar ala-ala wanita inggeris zaman pertengahan melambai-lambai kepadanya. Kelibat itu kelihatan berdiri di luar balkoni menghadap bukit.. di hadapan makmal aku!
Bukan sekali tetapi sudah dua tiga kali.. setiap kali dia melintasi bangunan pejabat aku dia akan melihat wanita itu melambai-lambai ke arahnya. Kejadian itu disaksikan oleh pekerjanya tetapi pekerjanya menyatakan mungkin pejabat aku ada meletakkan patung bagi mengelakkan kecurian di pejabat aku. Pakcik Hamid pula menyangkakan ada staf yang membuat kerja lebih masa sehingga lewat malam. Mustahil, setahu aku tiada patung atau kerja lebih masa yang dilakukan oleh kawan-kawan aku selepas pukul 6 petang!
Pakcik Hamid akhirnya meninggalkan kitorang dengan persoalan. Siapa wanita bergaun merah tersebut? Jadi selama ini aku dengar dentuman kuat pada ruang pentadbiran, kelibat lalu lalang dilihat oleh Andy dan beberapa perkara lain ada asasnya. Ternyata kitorang tak bersendirian!
12 Comments
erkk..serammnya! haha..
ReplyDeleteHarapnya x berlaku kat sy..
ReplyDeleteerrr....
ReplyDeletecantik x? aiyook
ReplyDeletekalau kau jumpa perempuan tu..
ReplyDeletekau cakap je kat perempuan tu..
aku lelaki yang setia.
aku sudah jatuh cinta 14 kali, dan itu yg terakhir.
tidak untuk ke 15 kali..
eh mana entry ko janji dgn aku ni?
kalau cina kan,baju merah maknanya mati bunuh diri..KAn??hehe..
ReplyDeleteseram oi..kalau akak berenti keja dah.,:P+
Seram ni. Kalau ye pun ada staf OT, takkan le nak pakai gaun merah pakai topi besar. Tak lojik. Dah nak OT ngape dok kat balkoni lambai2 kat orang. Takde keja baik balik kan? Nnt ko suruh la pakcik tu amik gmbr pompuan tu.
ReplyDeleteboleh buat alasan balik awal ni
ReplyDeleteSW nak berkenalan dengan wanita bergaun merah tu boleh..... hehehe
ReplyDeleteJom tengok siapa pemenang GA Jejaka Sombong hari tu! http://jejakasombong.blogspot.com/2014/05/pemenang-ga-5-tanda-patut-tinggalkan-je.html
ce mintak pakcik hamid snap pic skeping lepasni. hee
ReplyDeleteuiksss..serammm..hati hati afzal oii anda diperhatikan
ReplyDeleteadoiii laaa ... berhenti keje lah am nie ...
ReplyDelete