Kisah Alam Angker : Abang Telefon Siapa Tu?


Ruang legar sekitar bangunan pelajar semakin lengang. Sejak loceng dibunyikan menandakan berakhir waktu  kelas malam, kesemua pelajar mula bertumpu ke dewan makan. Ada yang ke kantin dan yang selebihnya kembali ke asrama masing2. Tidak ramai yang ada di sana melainkan beberapa orang pelajar sahaja yang sedang menunggu giliran untuk menggunakan telefon awam. Telefon itu sahajalah yang masih berfungsi cuma tidak tahu sampai bila usianya.

Azim mengira baki syiling yang ada. Sejak mula mengenali Diana, dia terpaksa mengumpul syiling sehari demi sehari. Almaklumlah peraturan asramanya menghalang untuk dia membawa telefon bimbit. Biasalah orang baru berjinak2 nak bercinta, semuanya sanggup diredah. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kekasih hatinya itu.

Sesekali Azim menjenguk ke luar tingkap biliknya, dari jauh kelihatan tinggal dua orang sahaja yang masih menunggu di hadapan telefon tersebut. Nak dikatakan dekat, taklah jugak. Adalah dalam 300 meter dari blok asramanya. Azim keluar sesekali matanya memerhati sekeliling, takut2 tindakannya itu disedari warden yang bertugas. Jam ditangannya menunjukkan hampir pukul 11.30 malam dan warden melarang keras pelajar2 berada di blok bangunan pelajar. Mungkin tak mahu ditangkap sumbang mahram.. mungkin..

Angin malam yang bertiup sepoi2 sesekali menggigit tulang belulangnya dari luar. Dari tadi cuaca malam semakin memekat, tiada kelihatan bintang di langit menandakan hujan bakal turun bila2 masa sahaja dari sekarang. Azim mempercepatkan langkahnya, bukan sekadar untuk merebut giliran menggunakan telefon tetapi datang suatu perasaan bimbang. Bimbang tentang apa? Biasalah duduk di asrama, acapkali dimomokkkan dengan kisah2 angker yang tak tahu di mana tahap kesahihannya. Dia tak peduli, dibutakan segala rasa dan ketakutan.. tumpuannya hanya matlamat asal. Pergi jahanam segala cerita!

Hanya langkahnya yang kedengaran berdecit2 tatkala melalui kawasan berlopak. Dia baru melintasi kawasan  sunyi, sisi bangunan pelajar. Dia tak berani memandang sembarangan, matanya hanya tertumpu pada pelajar akhir yang baru meletakkan gagang telefon. Hujan mulai turun renyai2, suasana sekitar kawasan semakin kabur. Yang tinggal hanya dia seorang sahaja di situ.. ya, Azim seorang sahaja.


Bangunan pelajar sunyi sepi, tak banyak lampu dibuka. Hanya penjuru2 bangunan sahaja yang dibuka lampunya. Tapi tak membantu sama sekali kerana cahayanya cukup malap. Kawasan legar depan dewan cukup gelap. Sesekali macam terdengar suara kucing, bunyi cengkerik dan katak.. tapi Azim langsung tak mengendahkannya. Dia lantas menjatuhkan syiling dalam slot dan mendail nombor kekasihnya.

Rancak dia berborak, sedar tak sedar loceng jam berbunyi menandakan tepat jam 12 tengah malam. Dia pasti dalam suasana hujan sebegini, warden sudah mula tarik selimut.. apatahlagi jaga yang meronda. Sempat la dia menghabiskan syiling yang berbaki dalam 70 sen sahaja lagi. Kantin sudah lama gelap dan lampu di blok asrama semakin kurang.

Antara sedar atau tidak, tatkala Azim melemparkan pandangan pada hujung lorong di hadapan dewan dia terlihat kelibat sesuatu yang tegak berdiri, berendoi2 ke kiri dan ke kanan. Sangat jauh, tak jelas pada pandangannya tapi dia pasti ada sesuatu di situ. Matanya kembali pada telefon, masih ada baki 40 sen di situ. Hatinya tiba2 berdebar bila melihat kelibat itu seakan2 bergerak menghampiri lokasinya, berendoi2 kiri dan ke kanan. Apakah bendanya itu?

Dahi Azim mula dibasahi peluh, baki 20 sen padanya terlalu lama. Suaranya pun tenggelam timbul, dadanya berombak. Suara kekasihnya di talian tidak lagi diendahkannya. Nak letak, boleh bawak bergaduh. Nak tak nak ditunggu juga sehingga habis baki yang ada. Dalam keadaan takut2 alang, Azim mengerling ke kanan.. tiada?? Benda itu tiada lagi di situ. Dia tak berani nak kata apa2, salah cakap buruk padah. Tapi dalam kotak fikirannya hanya fikir itu.. 'benda itu'!

Dalam kalut2 dia mengintai kiri dan kanan, tiba2 ada satu suara menyapanya dari belakang. 'Abang telefon siapa tu?'. Azim menoleh ke belakang. Berderau darahnya naik ke kepala tatkala melihat ada sesuatu yang berdiri di belakangnya, tak tahu sejak bila. Susuk seolah2 seperti wanita separuh umur, tidak berapa jelas rupanya tapi kelihatan pucat kurus. Rambutnya panjang paras pinggang, dan paling menakutkan mulutnya.. menyeringai lebar hingga ke pipi. Dia berendoi2 ke kiri dan ke kanan..

Azim tergamam, mulutnya terkumat kamit entah apa yang dibacanya. Akhir sekali dia berjaya membaca ayat Kursi. Malang sekali apa yang cuba dibacanya.. diikut juga oleh makhluk berkenaan sehingga tamat. Azim tak tahu apa lagi yang mampu dilakukannya. Kakinya terasa lemah sebelum matanya menjadi semakin kabur.. gelap.

Sehari sebelum..

'Ceh ko cerita apa ni? Apasal la pelik sangat hantu ko ni. Berendoi2? Dah macam buaian plak', ujar Azim kepada Muiz. Muiz dan yang lain diam, tersentak dek kerana kecabulan mulut Azim. Cerita Muiz terbantut di situ

Azim bangun meninggalkan bilik dengan pandangan sinis. Padanya itu semua cerita karut, tak pernah dia dengar cerita sebegitu sejak dia menjejakkan kaki di asrama tersebut.

'Korang tengoklah nanti, kalau dia muncul.. aku bakar sahaja dia dengan ayat Kursi. Hey ini Azim laa'

Mereka diam seribu bahasa, ditinggalkan Azim dengan ayat angkuhnya..

Kini..

Kehilangan Azim menjadi tanda tanya. Ada yang menyangka dia keluar secara haram malah ada yang mengatakan dia pulang bermalam. Sesiapa sahaja boleh andaikan tetapi tiada siapa tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dirinya..

Di laman sosial Facebook tiada lagi insan bernama Diana Al Attas di situ.. Dia lenyap tanpa kesan, lenyap pada tarikh yang sama Azim hilang..




P/s : Lama aku tak buat citer antu :)

10 Comments

  1. hoho, mesteri ni mana azim...aduh cepat sambung...tb2 diana al attas pun menghilang...jeng2...

    ReplyDelete
  2. moral of the story jangan riak... aku rasa azim tu dah ubah fikiran la weh.. dia rembat Diana Al Atas tu jadik awek... dia... la la la la la mistieri nusantara sungguh weh... mohon ko bykkan lagi n3 n3 senggini.. walaupun aku ni penakut baban tapi hati tu gatal nak membaca n3 n3 antu ni...

    ReplyDelete
  3. diana tu awek lama ke tok? kuikuikui

    ReplyDelete
  4. mcm mne ko thu azim jupe pompuan tu..hahaha



    *uuuu,nse baik bce siang2, lau x byg bukan2 da..

    ReplyDelete
  5. aku agak azim tu diana al-attas la..

    ReplyDelete
  6. mystery tu...... dah tak tahu kemana menghilang.......kena sambung ler tok.....

    ReplyDelete
  7. dah xde sambungan ke wahai tuan tanah..akeke

    ReplyDelete