Bisa Gugur Jantung Gue #12


KLIK SINI ke episod sebelum

Belum sempat ayam jantan berkokok, ikan gapi pun tengah syok layan mimpi, berudu masih berdengkur.. Ain sudah bangkit dari tidur. Bukan bangkit untuk buat kuih bangkit tapi bangkit untuk menyeterika bajunya. Almaklumlah hari ni kan dia ada temujanji. Nak je dia tanyakan Man, baju apa yang dipakainya harini. Tapi biasala dia kan perempuan, masih tebal sifat malunya walaupun hatinya melonjak2 ungka mau sedondon warna bajunya dengan baju si Man. Dia tau Man mesti akan mengenakan t shirt Palapes dengan seluar jeans lusuh seperti biasa. Tak seluar jeans biru, mesti seluar jeans hitam sebab setahunya la itu aje seluar jeans yang Man ada. Kalau berubah warna lain.. sah tu seluar si Anep atau Ainul.

Maya rakan sebiliknya terjaga. Matanya digosok2 sambil melihat keletah kawannya yang agak cemerlang pagi tu seolah2 baru telan 2 kotak coklat.. gigih dan hyper semacam. Dia pun tak tau apa kena dengan si Ain, nak kata dah meroyan.. tak mungkin. Kenapa si Man? Banyak lagi apa jejaka2 ganteng yang bersepah di UiTM tu.. kenapa budak slenga tu jugak yang menarik perhatian dia?

"Ko kompom ke nak ngedate ngan si Man ni Ain? Ko serius ke ngan dia? Aku takut ko termakan jerat yang ko pasang sendiri ni", Maya bersuara menyebabkan Ain menoleh kebelakang memandangnya. Ain hanya tersenyum.

"Sorilah beb kalau ko bangun sebab aku. Bukan apa aku nak makesure yang aku bersiap sedia je. Haishh dup dap dup dap je jantung aku dari tadi. Gemuruh gembira risau semuanya ada.. macam rojak", Ain membalas lalu terus menenyeh bajunya dengan seterika.

Maya dan Ain bukan baru sahaja kenal, malah sejak diploma lagi mereka telah rapat. Hampir setiap semester mereka ditempatkan bersama. Maya pun senang dengan Ain, walaupun dia tau si Ain agak gila2 tapi hakikatnya Ain tak seperti yang orang lain sangkakan. Hanya Maya sahaja yang kenal siapa Ain dan rahsia2 Ain erat dipegangnya selama ini.. tak siapa yang tahu.

"Cantik tak?", Ain meminta pendapat Maya sambil menggayakan blouse yang baru dibelinya di hadapan cermin almari. Ain sememangnya cantik, tak perlu dipertikankan lagi. Cuma tak siapa yang sedar. Maya tak tau entah berapa kurun Ain tak berpenampilan sebegitu. Selama ni yang dia tahu almari Ain penuh dengan jeans dan t shirt. Tiada baju2 perempuan ni. Maya hanya berharap kali ini Aian akan betul2 bahagia.. biarlah gadis manis itu melupakan kenangan lalunya. Biarlah dia merasakan apa yang sepatutnya dia rasa sejak sedari dulu lagi.

"Ya Allah. Aiiinnn!!", Maya menjerit tatkala melihat susuk tubuh Ain terlentok di tepi almari. Boleh dibantai tido! Tu la semangat kemain, yela orang nak ngedate kan hari ni?


***********

"Woi Man berapa lama lagi ko dalam jamban ni? Ko melukis ke hape?", jerit Ainul dari luar sambil perutnya ditekan2. Tak tahan rasa perutnya tu sejak dari pagi tadi, mungkin kerana tomyam yang dimakannya semalam. Boleh ke tomyam rasa sugus? Bila dikomplen balik, makcik kedai tu kata resepi baru. Nak taknak kena cuba, almaklumla resepi baru la katakan. Nah amik padan muka!

Dari satu lagu ke lagu lain, dari lagu Jaclyn Victor ke lagu patriotik semuanya Man sebat. Tu pun siap nak masuk lagu Negaraku plak, nasibla Ainul bising kalau tak kompom dia dah boleh release album gamaknya pagi tu. Man keluar tandas sambil tersengih2, bersiul2 macam orang kena loteri. Apa yang Ainul ngomelkan pun dia tak amik tau, masuk telinga kiri.. keluar telinga kanan. Sebabnya? Inilah kali pertama dia bertemujanji secara serius dengan seorang gadis. Err gadis ke? Selama ni dia tak perasan lagi halkum kat leher si Ain.. ahh gadis la tu.

Bunyik si Ainul meneran dah tak dipedulinya lagi. Dia akan pastikan program yang dirancangkannya seminggu lalu akan berjaya. Makan2, tengok wayang, tengok berudu dalam longkang, tengok orang kayuh kayak kat tasik. Tengok je la.. sebab duit bawak cukup2 je. Tu kalau si Ain mintak askim ke.. popkorn, harus dia buat part time menari tarian tiang. Tapi apa2 pun hari ni cukup spesel padanya. Masakan tidak, nak jugak rasanya berjalan berdua dengan awek macam orang2 lain. Ni tidak, balik2 ngan lelaki. Kalau tak Ainul.. si Anep. Kalau ngan Ainul tu.. ok la gak, tapi kalau Anep yang agak2 sotong tu.. Ai kalau mak dia tengok pon mak dia boleh bajet dia gay! Eww

Man yang hanya bertuala mula menyisir rambutnya. Dalam banyak2 bahagian, bahagian ni la yang paling penting. Rambutnya disisir serupa Roma Irama, ni kalau kena tiup angin ni kompom mau sejam lebih nak bikin balik. Kali ni dorang plan naik bas, bukan naik moto. Pertama sebab boleh jimat duit minyak dan satu lagi sebab taknak rambut dia penyek time pakai helmet nanti. Hilang ke-machoan dan kehensemannya nanti.

"Lahanat sape kincit dalam boxer aku ni weeehhhh!!!", tiba2 Man menjerit tatkala ada tumfuk2 warna perang pada boxer yang gigih digosoknya semalam. Walaupun dia tau makhluk mana punya angkara, tapi sekarang bukan masa untuk balas dendam dengan me-ngincit balik pada boxer milik si Ainul. Man hilang punca tatkala ketiadaan boxer yang diharapkan. Plannya hampir musnah apabila membayangkan dia menyarungkan jeans tanpa boxer, kompom dia akan selalu betulkan 'parking'. Perghh mau menangis dia time tu.

Tapi harapan mula berputik apabila melihat boxer pink bersaiz M melambai2 ke arahnya dari arah tingkap. Nak taknak boxer kepunyaan Anep dipakainya. Sempit pun sempit la, janji pakai. Pada bahagian depan boxer si Anep tertulis "Anep punya, jangan pakai" Man gelak jahat, tapi dia hampir2 batalkan hasratnya itu apabila membaca tulisan Anep pada belah belakang boxer pula "Ko berani pakai jugak ye? Aku cili2 anu ko nanti" Man serta merta berpeluh. "Dasyat budak Anep ni.. kat boxer pon dia boleh buat karangan. Cemerlang sungguh masa depan budak ni", ngomel Man sensorang.

Tiba2 ada mesej masuk ke dalam inbox telefonnya.

"Awak, saya dah siap ni. Saya tunggu depan kolej ye"


Man tersipu2 malu. Amboi berawak-saya plak si Ain ni. Geget hidung tu kang. Pipinya mula blushing warna hijau. Minyak wangi si Ainul cepat2 dirembatnya dan disembur ke dalam boxer yang dipakainya. Dalam boxer nak buat apa? Sape nak cium?

Ah lantak la, dia kena cepat.. tak mahu Ain menunggunya dengan lebih lama. Henfonnya berbunyi lagi, ada mesej masuk. "Amboi Ain tak menyempat betul.. napsu macam kuda laut", getus hatinya.

Tiba2 hatinya berbelah bagi. Mesej itu bukan dari Ain, tapi dari Mely.

"Jom wak temankan saya keluar hari ni", Pulak! Mimpi apa Mely ajaknya keluar?

Man menepuk dahi. Kenapa la semua nak keluar ngan dia hari ni? Ke hari ni hari Keluar Secara Serentak Sedunia? Perlukah dia menerima pelawaan Mely yang betul2 dinanti nantikannya selama ini atau menunaikan janji yang dibuatnya pada Ain seminggu yang lepas? Tak semena2 Anep yang sedang tidur di tepinya, terkumat kamit mendendangkan lagu nyanyian Ukays, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu. Ni ngigau ke hape??

Man menepuk dahi kali ke lapan, Mely ke Ain? Korang rasa??

(Bersambung)




6 Comments

  1. Ko ni?? suh kami rasa2 plak..ko habiskan cerita ni cepat..naik kematu aku tunggu ..

    ko jgn buat mcm cte melayu..ending suh fikir sendiri...

    kang aku baling kulit derian....


    aku rasa mely kot...hahahaaa

    ReplyDelete
  2. jangan sambung2 dah lepas ni ye..:p

    ReplyDelete
  3. he3... siap ada lagu tema lagi.... antara ain ngan melly , man pilih siapa bro.....cepat sikit sambung...... pastu suruh man pi beli boxer baru.... pakai org punya nanti berkudis baru tahu......

    ReplyDelete
  4. hahaha..bisa gugur jantung gua nak fikir ain ke mely nak abiskan citer dak apjal ni..

    ReplyDelete
  5. hahahaha.. berkudis bibir aku ketawa.. hihihihihi..

    ReplyDelete