Assalam,

Kahkahkah eh sori la aku post segmen raya. Bukan hape semangat haku ni Jemah, dah beli baju raya bagai haruslah diikuti ngan segmen raya kan? Hahaha. So kali ni bukan segmen aku semata2 tapi kolaborasi antara aku dengan dua orang blogger yang lain iaitu MK Syahir dan Arra Ahmad.


Amacam? Gigih aku pepagi buat banner ni. Setelah diedit dan atas permintaan MK Syahir, muka dia tampak lebih kacak berbanding sebelum. Muka si Arra Ahmad plak nampak blur disebabkan unsur2 mistik di situ *padahal aku rembat mana ntah gambar dia. So segmen si simple macam korek idong dan jentik jauh2.

Syarat2 penyertaan :
  1. Terbuka kepada blogger seluruh Malaysia dan di kepulauan Papua New Guinea
  2. Nak kena follow ke? Ikut korang la tapi kalau folo kitorang, nescaya korang akan bertambah emsem dari semasa ke semasa
  3. Buatlah entry cincai2 ; Letak tajuk macam kat atas, tempek banner dan link ke blog aku, MK Syahir dan Arra Ahmad dan last sekali jawapan korang.
  4. Kemudian korang maklumkan penyertaan korang di ruangan komen entry salah seorang antara kitorang. Letakkan sekali url entry segmen tersebut.
  5. Tarikh tamat pada 5 Ogos 2012, 11.59 malam. Sebarang surat menyurat dan sesi kipas mengipas tidak akan dilayan sama sekali. Harap maknyah.
  6. Seorang pemenang dengan jawapan yang tepat sahaja akan dipilih. Pemenang akan dimaklumkan di dalam entry kami pada hari berikutnya dan blog pemenang akan direview oleh kami bertiga.

Hadiah Segmen Raya Sakan

Beg tangan

Wang tunai RM50


Syarat2 dah ada, adiah pon dah tengok kan? So kita terus ke soalan. 
Sila teka gambarajah di bawah.

Hint :  berinti

So tunggu apa lagi? Agak2 macam kena je ngan jawapan korang tu anta la penyertaan cepat tapi seyes korang takleh jawab punya. Banyak kali aku teka semua salah. Ni gambar ihsan si Arra Ahmad mana dia rembat aku pon tatau :D