❤ Azhafizah ❤

Tuesday, August 23, 2011

Beginikah Malam Lailatulqadar??

Assalamualaikum,


Kembali dengan diri aku yang sebenar. Semalam puas aku berhempas pulas menghasilkan puisi, walaupun last2 minit punya kerja..tapi alhamdulillah. Bukan apa, aku mampu tunjukkan sedikit kesungguhan untuk support rakan2 :) So entry kali ni aku nak cerita kisah malam Lailatulqadar. Sementara korang nak baca sampai habis tu, apa kata korang mainkan lagu Uji Rashid ni, Dengan Bismillah.. liriknya ada kena mengena dengan malam Lailatulqadar :) Kira macam lagu tema untuk entry aku la ni. Hehe


video


So malam Lailatulqadar, dah terlalu ramai orang menceritakannya. Malah ada juga yang menggambarkannya. Setiap blog yang aku terjah mesti ada bawak kisah ni. Tapi kebanyakannya menceritakan kelebihan malam tersebut. Ada tak antara korang yang pernah lalui malam Lailatulqadar. Aku kat sini nak ceritakan pengalaman2 yang aku dengar..dan mungkin juga aku alami. Aku tak pasti sejauh mana kesahihan cerita2 tersebut, tapi sekadar jadikan pedoman dan panduan untuk kita buka hati, buka akal.. melihat betapa hebatnya rahsia yang Allah janjikan pada malam tersebut.


Masa aku muda dulu2.. nenek aku ada bukak cerita pasal malam Lailatulqadar. Dulu kiranya atuk kepada nenek aku ni, merupakan seorang yang buta huruf membaca Al Quran. Menetap di perkampungan yang jauhnya di pinggir kampung. Setiap kali Maghrib, dia akan duduk di tangga rumah melihat anak2 kampung yang lain pergi mengaji. Niatnya memang hendak mendalami bacaan ayat suci Al Quran, tapi memandangkan keluarganya yang daif dan serba kekurangan.. dia akur dan sekadar mengaji sendiri dengan tergagap2.


Pada suatu malam, dalam sepuluh malam terakhir Ramadhan..dia duduk bertinggung sambil mengenang nasib diri. Dia menangis, sedih kerana masih gagal membaca Al Quran dengan lancar. Suasana malam tersebut kelihatan  terang benderang. Pada ketika itu dia perasan pokok2 yang berada di sekeliling rumahnya melentok rebah ke bumi seolah2 sedang sujud. Antara berani dan takut.. dia lantas mematahkan lidi pada salah satu dahan pokok kelapa. Kemudian lidi itu dijadikannya kayu penunjuk untuk membaca Al Quran. Korang nak tau apa jadi selepas itu? Dia akhirnya menjadi seorang hafiz, telah menghafaz Al Quran semasa hayatnya. Nah takjub bukan?




So aku nak bawak pulak kisah aku. Apa yang aku ceritakan ini berdasarkan kisah sebenar aku, tapi aku tak kata aku temui Lailatulqadar. Cuma aku pasti ada sesuatu yang Allah hendak tunjukkan pada aku. Ia berlaku sewaktu aku belajar di asrama dulu. Aku tak pasti malam ke berapa, tapi dalam lingkungan 10 malam terakhir. Aku terjaga di sepertiga malam, kira2 pukul 2.30 pagi. Apa yang buat aku terkejut.. suasana malam pada ketika itu seperti petang. Langit terang benderang berwarna jingga. Macam siang tanpa bulan. Aku ada terpinga2 sekejap..belek2 jam. Kot2 aku salah waktu. Aku ada gak terfikir nak kejutkan kawan aku, tapi aku batalkan dan teruskan niat aku untuk ke tandas.


Keesokan harinya aku ceritakan kepada senior2 yang arif tentang ilmu agama. Dorang ada bertanyakan adakah aku melaksanakan solat sunat 2 rakaat? Aku cuma geleng2kan kepala. Dorang tak pasti apa yang berlaku, tapi apa yang pasti aku rugi kerana tak gunakan peluang yang ada walaupun aku tak tahu kejadian apakah yang berlaku ketika itu. Apa yang berlaku pada aku terus menjadi tanda tanya. Itukah malam Lailatulqadar? Hanya Allah sahaja lah yang Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat di langit dan di bumi.


Ini kisah benar yang aku kongsikan pada korang. Aku tak tau apa sebenarnya yang berlaku, tapi aku pasti adanya malam2 yang telah Allah penuhkan dengan keberkatan, rahmat dan rahsia2 yang tersembunyi untuk mereka  yang terpilih. Apa2 pun aku tetap berdoa agar ditemukan dengan malam Lailatulqadar sebagaimana yang telah Allah janjikan kepada umat manusia dari dulu sampai sekarang, walaupun aku tau aku tidak cukup layak berbicara mengenai amalan aku yang sedikit ini. Sama2 lah kita berusaha untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa agar menemui redhaNya. Wallahua'lam




P/s : Suasana pada malam tersebut masih jelas dalam ingatan aku
         sampai sekarang





22 comments:

aiNa yaZiD said...

sangat2 bertuah bagi siapa yang jumpa malam lailatul qadar. Kita sama2 berdoa ye..eh, mesti cantik kan pemandangan masa tu..waktu malam mcm siang..=) jrg berlaku tu.

-iXxOrE- said...

setuju dengan aina..waahhh!!!teringin gk nk rs...mesti tenang..

Mohammed Faizal said...

rugi la ko tak solat sunat memohon ampun...sabtu lepas pun adik aku perasaan gak, tp die tak solat sunat...jadi padan muke die. Last2 cek, cikgu die pun nmpak benda yg same gak...kemunginan sab tu lalu dah berlakunya lailatuqadar

Aku Afzal said...

aiNa yaZiD - haah la aina, terang sangat macam siang.mati2 sy ingat waktu petang.hmm

-iXxOrE- teringin nak rasa?insyaAllah adalah rezeki awak tu nanti :)

Mohammed Faizal - yeke?dia nampak macamana?sama kes macam aku ke?

simanis said...

kesempatan yang bukan semua orang berpeluang melaluinya...

hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock said...

selamat beramal :)

Cik Bell said...

baca entri nie meremang bulu roma..huhuhu...
smoga ada pluang lagi :)

syiela said...

masih menunggu kesempatan untuk melauinya :)

Mellyana Sara said...

;) mungkin kamu yang terpilih.

Aku Afzal said...

simanis - betul tu.bukan semua bernasib baik..rezeki masing2

hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock - jangan ko lupa beli baju raya :P

Cik Bell - heh awk meremang kan?semalam buat entry ni pon meremang bulu roma.seyes!

syiela - insyaAllah kak.saya pasti si rempit mcm akak masih ada peluang untuk menemuinya.hehe

Mellyana Sara - eh tak la,bukan kot.tapi agak terkilan sebab terlepas sesuatu yang saya rasa istimewa malam tu

Mohammed Faizal said...

die dgn cikgu die nampak cahaya terang kat luar...
Aku rase memang dah lepas la lailatulqadar ari sabtu ari tu, malam ke 21. Kat Radio ikim pun ckp kot

♥Aien Najwa♥ said...

Yer..marilah kiter same2 memperbaiki diri kiter ini..semoge hari ini lebih baek drpd smlm..(",)..

cik kiwi's said...

subhanallah..beruntung lah bagi orang yang menemukan malam lailatul qadar.

1000 bulan bersamaan dengan 83 tahun..

bayangkan pahala beribadat selama 83 tahun?. umur kita pun belum tentu mencapai itu. kan?

Encik JI said...

hrap tahun ni dptlah mrasa lailatulqadr walaopn xtaw dpt ke x. :)

sama2lah ye

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

bertuah lah sape yan dapat melihat malam lailatulqadar .

:)

stellaizz said...

bertuah nyer..mungkin kamu terpilih

Aku Afzal said...

Mohammed Faizal - yeke sabtu hari tu?dia datang sekali je kan?untung la kalau betul kan?dia ngan cikgu dia plak tu yang nampak.hmm

♥Aien Najwa♥ - iyela cik aien oii :) hehe

cik kiwi's - yup maknanya pahala ibadat sepanjang usia kan?rezeki2 bagi mereka yang menemuinya

Encik JI - insyaAllah bro.kita berdoa sama2 ye agar bertemunya :)

::ini belog saya . cinta hati saya:: - yup bertuah sangat2.hmm.tapi tak tau rezeki tu untuk sape

stellaizz - eh tak tau la tu malamnye atau tak..takkan la kot.hmm

♥Aien Najwa♥ said...

yela cik afzal o0o0o0o0o0oi..(",)..

Fathiah Hamim said...

jangan berhenti mencari lailatul qadar. selamat beramal =)

aiNa yaZiD said...

insyaallah, di beri kesempatan lagi dapat la kita jumpa lailatul qadar..=)

afzalsukasuki said...

♥Aien Najwa♥ - skali dah macam tarzan plak munyik cenggitu.haha

Fathiah Hamim - yup insyaAllah.awak pon sama.jgn bermalas malasan :P

aiNa yaZiD - insyaAllah ye aina :)

aiNa yaZiD said...

(^__^).insyaallah,yup incik afzal~!

Ping Busuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates