Salam. korang pernah dengar tak pasal benda ni? Mak abah korang ada ceritakan tak? Mak aku ada bagitau.. so dengan ada ilmu yang sedikit ni, nak gak aku kongsikan dengan korang. Boleh jugak korang jadikan sebagai panduan dan kenal sifat2 kengkawan korang secara tak langsung kan? Dan pada mereka yang gatal nak cari jodoh, kaedah atau petua ini boleh dijadikan bahan rujuk untuk mengenali pasangan korang.
Tapi apa yang nak aku sampaikan ni merupakan petua dan pandangan orang2 lama berdasarkan turutan anak ke berapa dalam keluarga. Tapi sehingga hari ni, aku mendapati semuanya tepat bila aku sendiri bandingkan sifat2 tersebut dengan adik beradik aku.
- Unsur Tanah - Anak pertama, kelima, kesembilan
- Unsur Air - Anak kedua, keenam, kesepuluh
- Unsur Api - Anak ketiga, ketujuh, kesebelas
- Unsur Angin - Anak keempat, kelapan, kedua belas
Sifat anak berunsur tanah
- Pendiam, pendengar yang baik,penyabar dan setia.
- Tidak mudah membangkang, dengar kata dan boleh dibawak berbincang.
- Berpewatakan manis, lembut hati, suka memendam rasa dan sensitif
- Tidak banyak karenah, tidak cerewet , menghormati orang lain, rendah diri dan tidak sombong
- Suka pendam rasa marah sampai satu tahap boleh meletup (seperti gunung berapi)
- Lambat dalam menyelesaikan sesuatu tugasan
Sifat anak berunsur air
- Sentiasa tenang dan menyejukkan perasaan orang lain
- Membuat kerja dengan teratur, teliti dan pantas
- Keras kepala, sukar dilentur dan dibentuk. Dia je yang nak menang.
- Manja, lembut hati dan sensitif
- Air yang tenang, jangan disangka tiada bah !!Mood yang mudah berubah2
Sifat anak berunsur api
- Semangat yang tinggi, sangat aktif dan berkobar
- Sangat teliti dan berwaspada
- Suka menyakat dan mengenakan orang lain
- Panas baran dan mudah melukakan hati orang lain
- Sangat kuat cemburu
Sifat anak berunsur angin
- Melembutkan hati orang lain
- Mood berubah2 ikut suka hati dia je
- Suka menolong orang dan boleh memberi kerjasama
- Suka membuat hal sendiri dan keras hati
- Suka mempamerkan perasaan sekiranya tidak puas hati
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sifat tanah sesuai dengan sifat angin kerana tanah tidak banyak dipengaruhi
oleh angin. Walaupun sekuat mana angin, tanah tetap teguh.
Air sangat sesuai dengan api.
Sifat api yang panas membara dapat dipadamkan dengan air.
Tetapi kadang2 api juga mampu memanaskan dan mempengaruhi air
Angin tidak sesuai dengan api, kedua2 unsur ini pasti akan banyak menemui
masalah dalam perhubungan kerana sifat kedua2nya yang keras hati dan tak nak mengalah.
Angin akan sentiasa memarakkan api
Tanah juga sangat sesuai dengan api kerana api mampu dipadam oleh tanah.
Tetapi api juga mampu membakar tanah
Tanah dan air adalah pasangan yang secocok.
Masing2 sama memerlukan antara satu sama lain
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
So amacam? Korang dah tau apa sifat sebenar korang. Samada betul atau tak, korang sendiri nilai ye. Tapi pada aku, semua unsur yang aku nyatakan di atas memang tepat dengan sifat2 adik beradik aku. Korang tengokla sendiri ye :)



2:26 PM
afzalsukasuki










48 comments:
dari tanah manusia datang, dan kepada tanah jugak manusia kembali...
hahaha.. apa aku merepek nih?? lalalaa..
aku anak pertama..
Yana anak kedua..
Unsur air tu camne pulak?
Explain please
:P
anak keempat..unsur air..guano klo pasangan api senang jirus..hehe..senang nk tenangkan ke?
klo tanah,kasi gembur ya tanah tu?haha..meraban teben je sy..ngeee
wan_cikgumuzik = bro anak pertama mcm aku.gimme 5.anak pertama ni ensem :D haha
CikYana(",) = oo anak kedua ea?wah2 ni bahaya ni.sensitip.haha :D
ChaCha = anak keempat si angin.moody tak menentu nih.hehe
hahaha tau takpe
i sgt sensitip n mood berubah2 ok
:P
kalau anak tunggal kiranya anak pertama gak kan....ngeeee
yeah unsur air.anak ke4.Huhu
aku unsur api.. awek aku unsur tanah.. oleh la... hehehe. suka2..
CikYana(",) = yes sangat tepat sekali.haha tu yg tetiba nak out bw la..out fb kebagai.haha
Puteri Kasih = haah anak tunggal = anak pertama + anak keempat.hehe :P agaknya la kot :)
AQILAH ALIAS = amboih suka plak dia?haha.betul ke tu?
wan9 = mesti awek ko sangat penyabar macam aku.haha.ko jgn baran2 sangat ye.sian anak sulung.hehe :P
Besela tu
Bila lagi nak tarik perhatian org
Miahahaha
Yana pun anak manja mama tau
:DD
aik ade gabungan lak :P
CikYana(",) = ye tw sangat yana anak manja.isk payah nak handle.hehe
Puteri Kasih = hehe.ntah la puteri.kasi hantam sajala :P
aku air ...menarik ..:)
hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock = ko air?ko air yang macamana ea?blh jadi air tembikai tak?hehe
Ape pulak pyh nk handle nye?
Yana manja btempat lah
:P
Bukan manja gedik2 ngade2
Gigit idung baru tau
Wekkkkkkkkkkkkkkkkk
CikYana(",) = haha suka gigit idong rupanya.hehe
Hakhakhak
Gigit idung afzal lah
Bg mancung sikit
Miahahahaha
**Merepek sudah**
hehe ai keras kepala tetapi lembut hati. dan mood berubah2..betol la tu..hhee
Cik Azizah = so pasangan jijah anak ke berapa pulak ?? :) kira secocok tak?
zul anak k'2 aper yg dicakap kt ats tu semua betul........hehehehe
wah! dah buat pop up. baguish! bru senang nak komen nie haaaa...
pelangi TANAH. yeay! memang cam sama perwatakan pelangi tu haaa...tang lambat buat kerja tu sangat betol! HAHAHA =)
Zulqarnain Musa = yes mestila zul.sbb dah lama aku perhatikan angah aku.sama macam di atas.hehe
laskar pelangi = sama la kita pelangi.lambat sangat nak siapkan keje.suka bertangguh.hoho
eh yeke anak pertama tu berunsur tanah yg penyabar ?? hehe
rasanya mcm anak pertama ni baran sikit .. err nth la .. haha :D
yeah ank pertame . berunsur tanah . hehe
i tanah...
siapa angin meh i nak mengorat..
hihi
:)
alif haris = baran tu dalam erti kata mudah panas,mudah melenting.tak gitu?sama macam phase 2terakhir tu... mudah meletup :)
Nisa Si Gadis = haha yeay plak dia.nape suka?hehe
NARDtheNERD = sape nak kena ngorat ngan nard..cepat2 beratur sini :P
unsur air... ada gak yg sama... hihi... thanks entry best.. :P
Diary oF Mine = kalau unsur air, ada harapai nak bukak gerai jual air time pose nanti.hehe :P air tembikai satu :D
sayaa api ! =D
a'ahh tepat laaa . semua betoi =)
nurwadihan nabilah = api ea?sangat diperlukan oleh perokok2 tegar.hehe :)
pelangi pernah gak dengar tentang hal nie . tapi lau ikut adik bradik pelangi , sorang pon tak tepat . huhu
lilypelangi = hehe yeke?ramalan je kan pelangi.jgn percaya bulat2.hehe :)
Rain, kite kan sama.. Unsur Tanah ea.. urm, tapi kalau pendiam tu den rasa bukan den la.. huhu
hati~♡ = tpu la..pendiam time tido.haha
ini kiranya mcm kitab tajul muluk kan??
sifat2 nih semuanya boleh berubah dan diubah..
tak perlu nak percaya sangat..
Shira Shafrida = yep.jangan percaya sangat..sekadar ramalan.kalau betul tu..cuma kebetulan :)
erm..klau anak ayah anak ke-7 and anak emak anak sulung...mcm mana tue? tanah+api lah ek...
anasshuib = haah begitula kira2nya :)
kpah air...dan suami kpah tanah..kan sesuai sgt tu...patutlah dah 23 tahun kawen dik oiii..syukur Alhamdulillah..
Post a Comment