❤ Azhafizah ❤

Monday, May 23, 2011

Tips Menghilangkan Parut Jerawat dan Menegangkan Kulit Muka

Bila aku perhatikan..aku ni dah macam mak nenek pulak. Asyik2 bagi tips je. Macam kelakar pun ada tapi aku tetap nak kongsikan ngan korang. Tips ni pun dari mak aku, aku amalkan dan berjaya menurunkan berat badan dari 70 ke 60 dalam masa dua 2 hari!! Menakjubkan bukan?? Haha nampak sangat tipu.. dah la tu takde kene mengena ngan entry aku hari nih. Tapi tips menghilangkan parut jerawat dan menegangkan kulit muka ni memang dari mak aku.

Penyediannya ringkas je. So bahan2 yang korang perlukan adalah :

  1. Beras pulut dalam 2 sudu (di blender atau tumbuk sampai hancur halus)

  1. Putih telur (telur ayam ye)

Bila korang dah blender beras pulut tu, campurkan sekali ngan putih telur ayam dan gaulkan. Sebelum tu korang cuci muka korang, bilas sehingga bersih dan keringkan. Campuran yang korang sediakan tadi, sapukan pada kulit muka korang. Semasa menyapu, tenyehkan sikit di bahagian parut jerawat dan ratakan ke seluruh bahagian muka. Amalkan sebelum tido.. dan pastikan muka korang kering dulu baru tido. Kang tak pasal2 korang boleh goreng bantal korang esok pagi..buat sarapan.

Aku amalkan dan alhamdulillah berkesan. Kulit aku jadi lembut, tompok jerawat hilang dan kulit muka aku jadi tegang. Korang cubalah dulu ye :)

P/s : Aku nampak macam kena cucuk botox plak bila tempek adunan tu kat muka aku. Tegang giler!!

2 comments:

sweety_nur said...

wahhhh yeke???? sya juz gna telur ayam yang putih je sapu kt muka...nnt nk try jugak lar...thanx 4 info....klu rjin follow lar blog sy... :)

nini said...

thanks untuk tips ni...nak cuba jugak....=D

Ping Busuk

saya zaza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates