❤ Azhafizah ❤

Wednesday, April 27, 2011

Jom Kongsi Tips & Punca Masalah Kereta ~

Pagi2 ni aku nak ajak korang mengenal masalah yang berpunca daripada kereta korang. Aku kongsikan ni pun sebab aku ada pengalaman handle kereta aku, dari aku mula pakai satria 1.3 SE Fuel Injection tahun 2002 sampai sekarang aku pakai Honda Civic EG/SR4 92 1.6 SOHC Fuel Injection. Kereta2 ni aku beli second, so memang banyak problem sebenarnya. Aku fokuskan kat sini masalah2 yang sering berlaku pada kereta2 terpakai ye..kalau kereta2 baru selalunya takkan ada masalah macam yang sering berlaku pada kereta2 terpakai.


Bila Bateri Kereta Cepat Kong


a) Masalah Bateri






  • Recheck balik dah berapa lama korang pakai bateri tu. Jangka hayat bateri maksimum 2 tahun.
  • Check air bateri, kadang2 air bateri korang dah kurang (bagi yang pakai bateri basah)
  • Tengok samada bateri yang korang guna tu, sesuai tak dengan kereta korang. Contohnya model 60/70 untuk kereta 1.6 dan model 40 untuk kereta seperti kancil atau MyVi dan plat plumbum yang digunakan di dalam bateri tu. Jika banyak plat, lebih kuat bateri untuk menghasilkan cas dan lebih tahan.
  • Sekiranya masalah terjadi pada bateri baru, itu disebabkan bateri tersebut memang bermasalah tidak boleh menyimpan cas. So korang kena tukar lain kat kedai yang korang beli bateri tersebut.
  • Terdapat serbuk putih yang menyelaputi plat +ve dan -ve menyebabkan kereta korang tak boleh mengecas
b) Masalah Alternator






  • Korang kena tukar baru atau recond. Kalau cari kat kedai potong pon boley. Aku baru kena hari tu, baru tukar sebab kereta aku bateri cepat kong. Lepas hantar cas kat kedai, dalam masa 3 hari terus kong balik. Aku tukar bateri baru pun stil sama. So aku hantar bengkel, suspek alternator dan suis lampu. Time aku guna kereta waktu siang, bateri ada cas..tapi bila aku guna pada waktu malam dengan membuka lampu, bateri tak boleh nak cas. So pomen kete aku kata problem alternator dan suis lampu.
c) Suis
  • Ha ni simple dan ringkas. Korang kena pastikan setiap suis lampu kereta korang di padam. Kadang2 jenis yang lampu dah terbakar, kita tak dapat detect kan? so bila korang xsedar yang korang tak tutup suis, secara sukarelanya kereta korang akan makan bateri dengan cepat dan kong.
d) Aksesori


  • Bila kereta korang banyak pakai aksesori pun boleh menyebabkan bateri korang cepat haus. Penggunaan seperti power amp yang watt besar, woofer, amp berchanel2, pasang sistem audio, tv lagi, alarm kereta yang canggih manggih merupakan antara penyebab bateri korang cepat haus. Disarankan supaya korang pakai bateri yang besar atau groundkan wayar pada body kereta untuk balance kan jumlah tenaga yang digunakan. Korang pegi hantar kedai aksesori kereta, dorang tau la nak buat macamana. 

Bila Steering Korang Jadi Berat
  • Ni tak lain tak bukan korang kena check minyak steering kot2 dah kering. Bila minyak steering dah kering, steering korang akan jadi berat dan akan mengeluarkan bunyi bising pada enjin. So penyelesaiannya korang topup je minyak steering kat enjin tu.

Bila Ekzos Korang Keluarkan Asap Putih
  • Masalah ni disebabkan ada licking atau kebocoran pada enjin, disebabkan getah gasket yang sudah menipis dan minyak hitam masuk ke sistem palam pencucuh. So korang kena tukar getah gasket, minyak hitam dan palam pencucuh je :)

Kereta Sekejap Hidup dan Sekejap Mati

a) Masalah distributer
  • Korang kena check distributer pada enjin, kadang2 api (elektrik) ada masuk dalam distributer tapi motor dalam distributer tak dapat hasilkan elektrik ke palam pencucuh di dalam enjin. Kalau korang nak tukar, korang kena beli distributer sebijik dan bukan hanya beli motor sahaja. Boleh dapat di kedai potong atau recond di kedai sparepart kereta.
b) Masalah pam dalam tangki minyak
  • Disebabkan pam kemungkinan bocor, minyak tidak dapat di pam ke dalam enjin dan menyebabkan kereta sukar untuk dihidupkan
c) Masalah Suis Minyak
  • Suis minyak berada di bawah tempat pemanduan. Masalah berlaku sekiranya litar terbakar atau litar terkena air. So boleh diganti dan kosnya pun tidak begitu mahal sekitar RM50-RM80 seunit
d) Masalah Wiring Alarm Kereta
  • Kadangkala wiring yang lama juga boleh menyebabkan kereta kita tersengguk2 di atas jalan dan mati. So di sini korang kena bawak kereta ke bengkel, minta dibuang segala wiring lama yang masih terpasang tetapi tidak digunakan kerana pada wiring alarm yang lama, terdapat transistor yang berfungsi memutuskan bekalan elektrik. So korang kena buang semua yang tidak digunakan ye.
e) Masalah Computer Box


  • Ni masalah berat, seberat harga komputer box tersebut. Boleh nipis poket korang..Korang mintak tolong pomen check sama ada komputer box korang masih berfungsi dengan baik atau tak sebab kes aku, komputer box aku masuk air..ada short circuit. So sama ada korang nak buat wiring balik atau tukar sebijik2. Aku sarankan korang tukar sebijik2 lagi puas hati. Kalau korang nak anta repair pun..harga lebih kurang sama. Kita pun tak tau sebaik mana pomen betulkan.
f) Tuning Balik Enjin Kereta
  • Kalau kereta korang sekejap hidup, sekejap tak..maybe korang kena hantar tuning balik enjin menggunakan perisian komputer. Ni bagi mereka yang pakai kereta berkomputer macam honda la.Hantar ke kedai servis yang boleh buat tuning, bukan semua kedai boleh buat.

Aircond Tak Sejuk
  • Kompressor korang dah rosak, ada licking dan perlu diganti.Kompressor perlu diselenggara setiap masa dan pastikan minyak pelincir dimasukkan ke dalam kompressor selepas topup gas.
  • Berlaku kebocoran pada penapis gas aircond (tabung berwarna perak)
  • Kapasitor korang pada cooling coil tidak berfungsi dan menyebabkan kereta korang cuma sejuk sewaktu bergerak sahaja, bila berhenti..kereta mula menjadi panas. Cuma tukar kapasitor pada cooling coil sahaja.
  • Cooling coil mengalami kebocoran
  • Radiator aircond bocor. Kebocoran boleh dilihat sekiranya terdapat tompok minyak pada radiator kereta korang.

Ha itu je la buat hari ni. Apa yang aku tau..aku kongsikan ngan korang, dan yang selebihnya korang tanya pada yang pakar. Sebab segala punca masalah ni berlaku kepada kereta2 aku. Ok lain kali kalau ada tips lain aku story ngan korang lagi ye. Tata :)

13 comments:

Jo Qusary said...

dulu aku ada tegur satu mekanik nie sebab dia tak buang wiring lama kat kereta aku... aku kata kat dia aku sanggup bayar lebih utk tukar wiring baru asalkan kereta aku tak kejap2 berenti kat jln lagi... tapi biasa la, lelaki mana mau dgr kata pompuan bila ckp psl hal kereta... dia takmo dgr kata aku... lagi la dia gi simpul2 je wiring lama pastu biarkan sampai aku dah meluat nak hantar ke bengkel dia lagi... ada sorg mekanik cina nie lagi la bangang... macho je depan aku kata dia terer fix juara tapi ada ke suruh bukak depan juara utk tgk enjin... ingat semua pompuan tak reti psl kereta ke...huh!

Aku Afzal said...

kahkahkah.haha :D biasala kdg2 dorg rasa sbab dorang bes sgt.aku ada 2 pomen, 1 kat kuantan dan 1 kat kajang.so kete aku memang hantar kat dorg je, xd serah ke banyak tgn. Dorang cari punca..dorang sndri settlekan :) lagi satu aku pegi hantar kat kedai cina haritu, dia kata nak tukar alternator rm3oo, belum msuk upah wiring.Then aku bawak kete aku kt kedai pomen aku, tukar alternator ngn buat wiring cuma rm 170.Tak ke mcm hampeh tu.Klu tak dah terkena aku

Anonymous said...

Salam..
Nak minta tips sket la camne nak check fully condition kereta satria 1.3 (2001)..
Sebab niat nak beli kete satria 2nd skang..
Tenkiu..

Jaerul said...

kalau masalah lampu kereta tak dpat padam macam maner?

azlan abas said...

bro aku afzal...nk taw gak pomen mana paling best kat area2 kajang/bangi ni...tengs..=)

melvin mel said...

Salam sejahtera semua. Nak tanya pasal problem kereta waja aku ni. Semlm masa nak start kereta tu tiba2 je elektrik mcm trip dan x ble start. Pastu aku gerak2 sket kepala bateri dan ada power balik. Bila nak start lagi trip lagi elektrik kereta tu.Rasa2nya apa problem tu. Ada member ckp kene tgk switch untuk ignition kot2 dah kong hehe. Tq.

Khairiah Ishak said...

Menda ni pnh jd kt aku dl.ketatkan smula terminal bateri tu sbb klu longgar dia xleh cas..tryla insyaallah...

Khairiah Ishak said...

Menda ni pnh jd kt aku dl.ketatkan smula terminal bateri tu sbb klu longgar dia xleh cas..tryla insyaallah...

aqma Qaisara said...

Semalam kete aku mati kat tgh jln jem..bateri kong..hp bateri pon kong..aduhai..tpi radio bole pasang tpi bile start x bole.mcm x power..tgk radio bole on..aku terus cas hp(nasib baik hp boleh cas pkai usb)terus tpon hero..abg polis tolong kawal jalan raya my hero tolak kereta..my hero is foreman..foreman terjun..hehehe. .blik amek bateri tiara p.cik(bateri bru dan x pkai) jumper pastu terus boleh idup..then da smpai umah bile mati enjin nk start blik ade bunyi
Krrekk" kreekk"..rasenye alternator da problem kot..hhmmm. .

aqma Qaisara said...

Semalam kete aku mati kat tgh jln jem..bateri kong..hp bateri pon kong..aduhai..tpi radio bole pasang tpi bile start x bole.mcm x power..tgk radio bole on..aku terus cas hp(nasib baik hp boleh cas pkai usb)terus tpon hero..abg polis tolong kawal jalan raya my hero tolak kereta..my hero is foreman..foreman terjun..hehehe. .blik amek bateri tiara p.cik(bateri bru dan x pkai) jumper pastu terus boleh idup..then da smpai umah bile mati enjin nk start blik ade bunyi
Krrekk" kreekk"..rasenye alternator da problem kot..hhmmm. .

hakimitalib said...

salam.sy ade kereta viva.mase sy drive tiba2 kereta mati then dlm 2@3 saat kereta tue hidup balik..kenape ea?

zaili norman said...

Fius wiper selalu putus.membe kate tukar motor da ok.tp xok jugak!care nk cek wiring mcm mane ea?ade gambaran x?

zaili norman said...

Fius wiper selalu putus.membe kate tukar motor da ok.tp xok jugak!care nk cek wiring mcm mane ea?ade gambaran x?

Ping Busuk

saya zaza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates