Bismillah,
Sempena bulan Ramadhan ni, pasti kita nak kan kelainan dalam setiap juadah berbuka kita seharian kan? Adakalanya rasa macam nak masak sendiri. Kadang-kadang baru balik kerja, tak sempat memasak pergi ke bazaar Ramadhan plak. Tapi kalau korang tak nak bersesak-sesak di bazaar Ramadhan, apa kata kalau aku cadangkan korang ke The Chicken Rice Shop kerana dorang baru je launch menu terbaru mereka sempena Ramadhan Al Mubarak ni.
Aku tau pasal menu terbaru The Chicken Rice Shop ni pun masa aku pergi Tesco Kajang beli barang dapur. Aku perati apsal la ramai orang dok beratur. Rupa-rupanya ada menu baru. Aku memang tak pernah miss menu-menu kat The Chicken Rice Shop ni sebab setiap menu-menu yang dorang perkenalkan memang dekan dengan hati. Kena plak ngan citarasa dan tekak tempatan aku ni huhu.
Sedang elok aku pun tak beli barang dapur lagi kan. So beli terus la menu Ayam Sedap Bak Hang ni untuk menu berbuka petang tu. By the way aku nak inform menu terbaru TCRS Ayam Sedap Bak Hang dihidangkan dalam masa terhad dari 19 April sehingga 13 Jun 2021sahaja. Aku Ramadhan ke-2 dah beratur dah hahaha. Bukan apa teruja weh, tak sabar nak rasa.
Actually Ayam Sedap Bak Hang ni didatangkan dalam beberapa set. Yang aku beli ni set Meal A. Okay kat bawah aku attached harga-harga untuk meal set Ayam Sedap Bak Hang The Chicken Rice Shop ye.
Meal A (RM25.90)
- Ayam Sedap Bak Hang (2 pcs)
- Pak Choy with Oyster Sauce
- Nasi Ayam
- Soup of the day
- 1 dino choco malt
Meal B (RM58.90)
- Ayam Sedap Bak Hang (2 pcs)S
- Single Serve Chicken (Roasted/Steamed/Soy Sauce)
- Nyonya Pai Tee
- Sai To Fish Ball Soup
- Pak Choy with Oyster Sauce / Spicy Savoury Ladies Fingers
- 2 Nasi Ayam
- 2 Soup of the day
- 2 dino choco malt
Meal C (RM105.90)
- Ayam Sedap Bak Hang (4 pcs)
- ½ Chicken (Roasted/Steamed/Soy Sauce)
- Nyonya Pai Tee (large)
- Sai To Fish Ball Soup (large)
- Penang Rojak (large)
- Penang Famous Chicken Rolls (3pcs)
- Pak Choy with Oyster Sauce / Spicy Savoury Ladies Fingers (large)
- 4 Nasi Ayam
- 4 Soup of the day
- 4 dino choco malt
Sedap weh Ayam Sedap Bak Hang ni. Dia punya ayam penuh dengan rasa adunan rempah. Sos dia rasa unik dengan gabungan cili kering dan daun kari. Bila sekali rasa ni, macam rasa ayam masala pun ada. Sedap sangat. Berbaloi untuk korang cuba dan untuk mereka yang sukakan kelainan dalam menu-menu TCRS ni. Ni kiranya menu sempena Ramadhan dan Raya mereka la tahun ni. Eh kalau korang nak jadikan Ayam Sedap Bak Hang ni sebagai menu pagi raya pun apa salahnya kan?
So jangan lupa bawak famili datang mencuba menu terbaru The Chicken Rice Shop ni iaitu Ayam Sedap Bak Hang. Korang boleh jadikan ia sebagai hidangan berbuka puasa atau menu sahur korang nanti ye. Gerenti puas hati. By the way selamat berpuasa semua.
#TheChickenRiceShop #TCRS #Raya2021 #TipsJawabRaya





0 Comments