Bismillah,
Adoyai mencabar betul la promosi The Chicken Rice Shop kali ini. Ada ke dia suruh aku bertemu jodoh kat situ? Tapi yang tak tahannya bini aku izinkan plak tu dengan syarat bawak dia skali haha. Biar betul hahaha. Kalau betul la kan, aku rasa aman damai rumahtangga di Malaysia ni haha. Haipp bukan jodoh seperti yang korang fikirkan. Ni berjodohan ngan Grilled Butter Chicken The Chicken Rice Shop la
Selain tu ada menu baru yg korang boleh cuba iaitu minuman boba 3 layer, boba white coffee, boba teh tarik dan boba hainan coffee. Variasi minuman boba ni berharga RM10.90.
Alang-alang tu jangan lupa join Instagram Filter Contest. Mana tau korang pun berpeluang menang voucher The Chicken Rice Shop. Syarat-syarat contest adalah seperti berikut :
- Muat turun penyertaan di FB / IG STORIES & INSTAGRAM FEED / TIKTOK.
- Beli mana mana set Grill Butter Chicken di The Chicken Rice Shop dan ambil gambar.
- Pergi di Instagram dan pilih fake video call.
- Add media dan pilih gambar grill Butter Chicken
- Tag @Thehickenriceshop dan jangan lupa letak hashtag #JadikanGBCJodohAnda #TCRS #GrillButterChicken
- Pastikan FACEBOOK & INSTAGRAM semua itu adalah di set kepada umum ye.
Dah join contest tu jangan lupa doakan kami pon menang contest juga yer. Boleh juga layari media sosial The Chicken Rice Shop.







0 Comments