Kedai Makan Vs Raya


Bismillah,

Bila time raya ni, raya perit tekak dok telan lodeh, rendang dan kari ayam. Terasa nak makan menu lain. Kalau ada nasi goreng ikan masin pon ohsem sangat dah ni.

Aku singgah sebuah kedai makanan melayu. Penuh tapi masih ada meja kosong cukup untuk aku dan keluarga. 10 minit tunggu, datang pelayan serahkan menu dan kemudian beredar. Aku lihat terkial-kial pelayan tu mengangkat panggan dan cawan kotor dari meja ke meja sendirian.

Aku memerhatikan satu keluarga depan aku. Suaminya macam panas punggung, kejap duduk.. kejap berdiri sambil memerhati dapur. Kemudian datang seorang pelayan lain. Dari gaya yang dipamer, rasanya pelayan tu teruk dimarah sebelum pelanggan tersebut beredar dari situ. Kasihan.

Aku pasti pelanggan tu pun dah dimaklumkan terlebih dahulu berkenaan kelewatan menghantar pesanan akibat kekurangan kakitangan. Kalau dia masih menunggu, bermakna dia faham dengan terma dan syarat. Tak tau la kalau pelanggan tu ada masalah pendengaran.


sekadar gambar hiasan


Agak-agak kalau nak cepat, megi ada je. Dua minit sahaja bang.

Dan untuk taukeh kedai, agak-agak pekerja tinggal dua tiga orang tu.. alang-alang buka je la lepas seminggu raya. Kesian kat pelanggan tu satu hal.. kesian kat pekerja sebab buat kerja macam dua tiga orang punya kerja.

Awak bukan hire keldai kan?



P/s : Give and take itu perlu sebab kita manusia, bikan binatang. Selamat Hari Raya :)

7 Comments

  1. tu la, kalau majikan nak untung selalunya macam tu la, dibantai buka juga kedai even pekerja tinggal dua orang....confirm la orang ramai sebab dah habis bulan puasa kan...

    family IQ pun bila dah loya tekak makan rendang, cari kedai masakan panas...heee

    ReplyDelete
  2. byk kedai buka seminggu dua mcm ni lah..kesian kat pekerja yang tak cukup tangan tu..dorang bukan mcm sotong,

    ReplyDelete
  3. hahaha tipikal tuan restoran melayu dan penlanggan melayu..... =.=

    ReplyDelete
  4. kan?/dah tau tak cukup pekerja tak payah la buka..tak pun awal2 tu dah cari orang untuk ganti..ni tamak..nak jugak bukak..

    ReplyDelete
  5. hmm dulu mase skolah kerja mcd pun selalu kene marah n komplen, selalunya dtg dari pelanggan cina.. sabojelah, btw Selamat Hari Raya buat en. afzal ya, moga terus sukses & suka suki selalu :)


    ReplyDelete
  6. mungkin sebab tokey taknak cuti lama kot..nak tak nak bukak kedai..tapi kesian juga pada pekerja yang kena buat banyak kerja..huhu

    ReplyDelete
  7. [info]
    Blog Website Competition UPI pendaftaran sampai tanggal 15 Agustus 2015

    http://feridi.blog.upi.edu/2015/07/27/blog-website-competition/

    kunjung balik gan

    ReplyDelete