JAKEL : Jualan Murah Pengosongan Kedai


As salam,

"Abang hari ni kita nak ke mana?", tanya puan isteri. Terkejut gak aku.. selalunya dia nak menghabiskan masa cuti di rumah je.

"Sayang nak ke mana?"

"Ingat nak cari tudung la. Emm kita ke Jalan TAR nak?"

Heh nampak tak permainannya? Sampai ke Jalan TAR cari tudung tu. Tapi sebab aku pun tak ada benda nak buat, kami pun decide ke sana. Gerak pukul 11 pagi menghampiri tengahari, sendiri boleh faham la lagi-lagi suasana Jalan TAR yang mahu menyambut kedatangan Deepavali. Sesak jangan cakap


Matlamat utama nak cari tudung, tapi aku bagitau yang Jakel Jalan Masjid India ada buat promosi pengosongan kedai. Jakel nak pindah, tapi area situ-situ jugak. Dengar kata sewa kedai sekarang ni mahal. Masuk je Jakel humangaih sesak penuh ngan makcik-makcik, awek-awek, akak-akak dok belek-belek kain pasang. Semua harga menjunam jatuh! Daripada semeter RM60 boleh dapat sekitar RM5 hingga RM6 semeter. Semua harga main bawah RM10 je semeter. Aku boleh rambang mata.. inikan pula puan isteri kan?

Hambik nok dia borong 4 pasang kain sutera. Aku sempat la belikan abah aku baju batik.. RM40 sahaja. Guess what. Untuk 4 pasang kain sutera menda-apa-ntah-namanya dan satu baju batik aku cuma habiskan RM140 sahaja. Wohoo~



Promosi ni sehingga 31 Oktober 2014 sahaja. Jadi aku nasihatkan kalau korang nak dapatkan kain buat baju kurung tahun hadapan, nak cari baju melayu.. sila terjah sementara stok masih ada. Sementara tengah murah ni, boleh la borong puas-puas.

Dan diingatkan pihak Jakel tidak bertanggungjawab sekiranya kalian meroyan ataupun histeria di sana hehe :) Korang boleh waze lokasi yang aku berikan di bawah ;

Jakel Kuala Lumpur,
No 209, 210, 211 & 212,
Jalan Bunus Off, Jalan Masjid India,
50100 Kuala Lumpur, Malaysia.

15 Comments

  1. hahahha mujur tak terjebak...nak elak la pegi area tu kalau tak naya!

    ReplyDelete
  2. memang murah sangat ni..nasib jauhhh

    ReplyDelete
  3. dah nak end of the year, mesti dorg nak kosongkan kedai demi taknak kira meter2 kain yg tinggal utk audit,ahhh..kbai..wakakakaka

    shah alam mesti ada sale gak kan...k,tzabar..

    ReplyDelete
  4. dia pun sakan shopping kalah bini ..hahah

    ReplyDelete
  5. Masuk Jakel kalau nak cari kain buat baju melayu ja setahun sekali bila nak mai raya... Hehe

    ReplyDelete
  6. yang murah tu bahagian bawah je rasenya. Kalau bahagian atas, harga dia kata promosi, tapi bila pegi nagoya, skali tgk harga lebih kurang.

    ReplyDelete
  7. ada hati nak pergi
    tapi poket kata tak payh pegi..
    uhukkk

    ReplyDelete
  8. ramainyeee.. nasib baik jakel dari rumah jauh..hahah.. btw anis follow sini dari GA blogger area :)

    ReplyDelete
  9. bagus ye bro ikut cakap isteri pergi jalan TAR yang sesak gila tu. kalau saya jangan haraplah nak pergi kalau tak ada benda penting, hihihi

    ReplyDelete
  10. ini adalah keoseman tanpa henti !!!!well it will stop at 31 oct though...lol

    ReplyDelete
  11. wah...bestnye..nsb baik la bukan peminat kain sgt.hhahah

    ReplyDelete
  12. Wah sopingg.. Deno last ke Jalan TAR last year, balik je masuk hospital.. nampak sangat tak boleh ramai2 org

    ReplyDelete
  13. Murahnyaaaa.. eh, maaf. Bw di sini dari GA by JR. minta zin follow ya. blog menarik!

    ReplyDelete