❤ Azhafizah ❤

Tuesday, December 31, 2013

#Kelebihan


As salam,

Tak semua orang dilahirkan sempurna. Jika dilahirkan sempurna sekalipun tak semuanya dianugerahkan kelebihan. Last week aku ke kenduri kahwin. Bukan pasangan mempelainya yang nak aku ceritakan, tetapi penyanyinya yang mendapat perhatian aku.

Seorang perhatikan dari jauh sedari aku turun dari kereta, aku lihat suara lunak itu kepunyaan seorang anak muda dalam lingkungan 21 tahun tetapi bila aku amati dia seorang buta. Dia bergerak sekeliling dewan sambil dipimpin penjaganya, mendendangkan lagu-lagu lama dan baru. Malah dia juga turut mendendangkan lagu permintaan daripada jemputan yang hadir.

Bila lagu rancak dia menari setempat, bila lagu syahdu dia turut menyanyikan dengan penuh perasaan. Sesekali aku lihat para jemputan memberikan sumbangan di atas usaha yang dia lakukan. Aku maksudkan sedekah, dalam erti kata lain.


Bila aku lihat dia, aku ada rasa terhibur, rasa sayu, sedih dan pada masa yang sama bangga. Aku gembira orang sepertinya diberi peluang.. ada ruang untuknya di dalam masyarakat. Aku doakan lelaki (kawan abah aku) yang membantunya itu dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat.

11 comments:

ika zulkefli said...

ye betul, tak semua dilahirkan smpurna, setiap org ada kelebihan dan kekurangan msing-2, bersyukur dgn apa yg tlah dikurniakan, :)

Syazana Zainn said...

i'm so touched :(
cepat tersentuh hati bila tgk oku mcm ni
cr rezeki halal.
hmm

ZazaMyMoon said...

touching bila baca.. Alhamdulillah dengan kekurangan pada pakcik tu, ada juga yang sudi membantu.. bagus jg dengan cara ni kannn.. kalau ada majlis kahwin boleh invite OKU (such of orang buta) at least dpt jg rezeki mereka sambil menghiburkan sambil dpt rezeki dari orang ramai.
Semoga tuan rumah yang memberikan peluang pada OKU tu mendapat rahmat yang melimpah ruah dari Allah.. In Shaa Allah =)

Nur Emilya said...

Im touched ! T_T

LaLa mhdnor said...

humm ai pon ada sorang kakak OKU :)

teringin kot nak dengar suara dia.

iAmCekbolat said...

Samalah , masa abg bolat khwin hri tu kami jmput budak perempuan OKU yg mnyanyi . Suara lelaki pun dia boleh buat . hebat :D

KorN said...

Tu lah, slalu nmpak diorg nyanyi tepi jalan serba salah tgk diorg sbb nk compare kita yg 'sempurna' ni, jauh beza... hanya mampu doa dalam hati smoga mereka di rahmati oleh Nya...

LydSunshine said...

mmg biasa Allah beri kekurangan dan kelebihan pada seseorang hambanya.

diana said...

kita memang sepatutnya bagi peluang macam ni pada golongan OKU supaya mereka tak janggal berada dalam kelompok masyarakat..

Azhafizah Md Nor said...

Moga dia dimurahkan rezeki dengan kelebihan yang dia ada tu..aminn

Phoebe said...

Touched to read this post. Tuhan tu adil, jika ada yang 'kurang', lain yang dilebihkan.

Ping Busuk

saya zaza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates