Kisah Alam Angker : Mangsa


Hujan renyai di luar sana. Semakin sejuk dirasakannya. Perut Yuni sedari tadi mendendangkan nada-nada yang tidak jelas apakah notnya. Ditatapnya jam di dinding sudah mencecah pukul 10.30 malam. Perutnya wajib diisi, bukan tahap sunat mahupun harus lagi. Hatinya masih berbelah bagi samada mahu keluar mencari makanan atau tunggu keesokan hari sahaja. Kalaulah ibunya tahu.. nahas dirinya. Ibunya pula masih terlantar di katil akibat demam sejak dua hari lepas.

Tangannya rancak menekan butang kawalan jauh berkali-kali, mencari rancangan kegemarannya. Akhirnya dia berhenti dan matanya terpaku tatkala melihat berita yang akhir-akhir ini kerap ke udara dan media massa. Beberapa kes kematian berantaian telah berlaku sejak dua bulan yang lalu dan disyaki kes bunuh. Polis masih menyiasat motif kejadian berkenaan kerana mangsa-mangsa yang mati dibunuh semuanya ditemui tanpa kepala. Polis mengaitkan kes-kes yang berlaku ini mungkin ada kena mengena dengan banduan ganas yang terlepas daripada tahanan awal tahun lalu.

Sejak kejadian-kejadian tersebut, semakin ketatlah kawalan keselamatan di kawasan perumahannya kerana kes terbaru yang membabitkan imam di surau tamannya itu sendiri. Imam tersebut ditemui mati tanpa kepala pada waktu Subuh oleh orang kampung. Selagi kejadian ini belum reda, selagi itulah Yuni tidak boleh keluar daripada rumah. Ibunya takut sekiranya berlaku perkara buruk kepada dirinya. Tetapi baginya, ibunya itu terlalu memikirkan perkara yang bukan-bukan padahal dia bukan lagi kanak-kanak yang sentiasa perlu diawasi. Sejak ayahnya tiada, dia lebih matang dan boleh berdikari walaupun umurnya baru 17 tahun.

Yuni menutup tv, suasana sepi. Dia bergerak ke ruang tamu, perlahan-lahan tombol pintu dipulas setelah yakin yang ibunya telah nyenyak tidur di bilik tingkat atas. Dia tidak mahu yang niatnya untuk keluar mencari makanan terkubur lebih-lebih lagi memang tiada langsung makanan di dapur. Lagipun dia percaya yang dia akan selamat pergi dan pulang memandangkan jarak rumahnya ke kedai 24 jam itu tidak lebih daripada 100 meter.

Cuaca di luar sejuk sehingga menggigit tulang belulangnya. Remang cahaya bulan kelihatan malap dibalik awan malam yang tebal. Yuni sedari tadi meninjau kiri dan kanan jalan, memastikan keadaan dirinya yang selamat. Rumah-rumah berhampiran gelap, tiada siapa di luar walaupun boleh dikatakan malam masih awal untuk menarik selimut. Mungkin kerana cuaca ataupun.. ahh dia tak peduli lagi. Suara perutnya semakin kuat, minta diisi. Cahaya dari kedai 24 jam semakin terang pada pandangan matanya, menunjukkan yang dia semakin hampir ke destinasi yang dituju.



**********

Yuni menguak pintu kedai. Hatinya gembira menjinjit beg plastik di tangan kanannya. Dia bayangkan megi kari dengan telur separa masak dan cili api yang dihiris halus sedang menantinya di rumah. Satu mungkin tak cukup baaginya. Dia pastikan yang malam ini dia takkan tidur dalam kelaparan. Yuni hanya tersengih-sengih sepanjang jalan, mungkin dia lupa yang dia sedang memperjudikan hidup dan matinya semenjak dia melangkah keluar daripada rumahnya. Dia masih tidak sedar yang gerak gerinya pada malam itu sedang diperhatikan.

Yuni terus melangkah, sesekali dia mendengar decitan tapak kaki dari arah belakang. Dia memberhentikan langkah, menoleh ke belakang.. namun tiada apa yang ada di situ. Hatinya kembali berdebar-debar. Dia hampir lupa yang dia tak sepatutnya berada di luar ketika itu. Lantas dia mempercepatkan langkahnya, dek kerana rasa takut dan mungkin juga hujan yang sudah menunjukkan tanda-tanda akan turun dengan lebat.
Degupan jantungnya kini sekencang langkahnya.

Sampai di suatu selekoh bangunan, tiba-tiba badannya dipeluk kemas dari belakang dan kepalanya mulutnya ditekup. Yuni meronta-ronta untuk melepaskan diri tapi tidak berjaya. Dia mengharapkan ada lah orang yang melihat tetapi tiada siapa di situ. Siapalah yang berani lagi keluar lewat malam di saat polis mewar-warkan kes yang berlaku.. selain dirinya yang degil? Dia mula membayangkan wajah ibunya, kalaulah dia dengar kata ibunya.. semua ini takkan berlaku. Matanya bergenang sebelum pandangannya menjadi kabur dan gelap..


**********

Yuni tersedar. Dia mendapati tangan, kaki dan badannya diikat. Dia memerhatikan sekeliling, agak kelam untuk mengecam di manakah dia berada sekarang. Apa yang dia pasti, dia kini berada di dalam sebuah bilik papan dan sempit. Yuni cuba untuk melepaskan diri, sesekali dia menjerit untuk meminta tolong. Dia berharap ada sesiapa yang mendengar suaranya tatkala itu.

"Siapa tu? Ada sesiapa di dalam?", suara kecil menyapa dari luar bilik. Suara lelaki.

Yuni lantas menjerit meminta tolong beberapa kali. Dia mendengar tombol pintu dipulas beberapa kali, mungkin lelaki berkenaan cuba membukanya. Tak lama selepas itu pintu bilik terbuka. Kelihatan seorang lelaki separa umur datang menghampiri dan cuba membuka ikatan tangannya. Dia menyuruh Yuni sabar dan memperlahankan suara supaya dan menarik perhatian penjenayah yaang memerangkapnya. Yuni menarik nafas lega.. dia berharap agar mereka berjaya keluar dari bilik itu dengan selamat.

Tiba-tiba lelaki itu berhenti, dia merapatkan mulutnya ke telinga Yuni..

"Kenapa aku perlu lepaskan kau sedangkan aku sendiri membawa kau ke sini tadi?", bisik lelaki itu sambil tertawa kecil.

Yuni tergamam. Dia sangkakan lelaki itu datang untuk menyelamatkannya.. tetapi hakikatnya tidak. Lelaki itu gelak dan semakin lama semakin kuat. Ternyata itulah lelaki yang mana rupanya terpampang di dada-dada akhbar dan media masa. Itulah banduan yang dikehendaki pihak polis kerana membunuh. Dia sendiri tidak perasan, mungkin kerana terlalu takut. Puas Yuni merayu tetapi lelaki tersebut terus gelak berdekah-dekah sambil mengasah parang di penjuru bilik. Yuni sendiri tak tahu selama mana dia boleh bertahan..

"Aku datang ni.. aku datang ni..", kata-kata lelaki itu membuatkan Yuni meraung tatkala lelaki itu menghampirinya dengan sebilah parang.

"Ibuuuuuuuu!!!!"

Jeritan itu memecah kesunyian malam, tetapi siapalah yang sedar tatkala masih-masing asyik diulit mimpi. Ditambah pula cuaca sejuk dan hujan yang kian melebat di luar. Tiada siapa tahu malam itu satu lagi mangsa rebah tanpa kepala di badan..


**********

Berita tentang kematian seorang lagi mangsa telah tersebar dengan pantas berikutan penemuan mayat di sebuah rumah tinggal di pinggir Taman Mahkota pada lewat 1 pagi tadi. Saksi kejadian yang tidak mahu namanya dikenali menjelaskan yang mayat itu dijumpai terbaring di lantai rumah setelah dia terdengar suara orang menjerit sekitar lewat tengah malam sewaktu dia baru sahaja pulang dari berniaga. Polis masih mengesan identiti mangsa tanpa kepala berkenaan tetapi polis berani mengesahkan yang mangsa merupakan seorang lelaki. Ye, mangsa kali ini adalah lelaki..

Sementara itu..

Wanita separuh abad itu bangun dari katil menuju ke pintu bilik, melihat kiri kanan.. tiada sesiapa di sana. Dia lantas memanggil-manggil nama anaknya namun laungannya tidak berbalas. Setelah menuruni tangga, dia mundar mandir di ruang tamu.. anaknya masih tiada di situ. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Hujan sedari tadi telah berhenti namun sejuknya tidak berkurang sedikit pun.

Wanita tua itu terbau sesuatu, lalu dia menghampiri dapur yang sedikit berasap. Dia menuju ke arah periuk di atas dapur, ada sesuatu di situ. Dia mengacau-ngacau isi di dalamnya, terdapat megi yang sedia terhidang untuk dijamah. Dia menghirup, merasa sedikit demi sedikit kerana panas. Wanita tersebut tersedak, mungkin tertelan sesuatu..

Dia meluahkan ke atas tapak tangannya. Sebentuk cincin. Cincin di dalam maggi? Berderau darah tuanya tiba-tiba tetapi tatkala rasa marahnya baru hendak meluap-luap, dirinya didakap dari belakang.

"Maaf ibu.. Yuni keluar tadi", sapa anak gadisnya dari belakang. Manja gayanya.

"Kenapa tak cuci betul-betul? Kalau ibu tercekik cincin tadi macamana?",jegil mata wanita berkenaan. Gadis muda itu tersengih sahaja sambil matanya sempat menjeling megi yang dimasaknya sebentar tadi yang mana ramuannya bukan sahaja telur separuh masak dan cili potong tetapi juga bebola mata, telinga, hidung dan isi daging pipi.

"Kenapa tak nak dengar cakap ibu?", bebel ibunya. Anak gadisnya buat tak endah. Tak kisahla janji perut mereka terisi. Janji tiada siapa tahu yang mereka berdua adalah puak kanibal yang memburu kepala.


P/s : Korang dah kenal jiran tetangga korang betul-betul? 



10 Comments

  1. ohooooyyyyyyyy hahahaha aku terhilang ingatan sekejap sampai lupa passwrd blogs :D hahahahaha

    ko pe citerrrrr eyhhh :D

    ReplyDelete
  2. hahahahahaah tu lah rasa macam berjaman ni hahahahaha

    ehhhh kooo, ko ada IG tak..?

    ReplyDelete
  3. haha.. xbc yuni tapi Yuna.. hm.. best2 cita nih

    ReplyDelete
  4. haha motif yuni dgn mak dia yg membunuh -.-
    kena bc 2x
    bru x konpius :p

    ReplyDelete
  5. tanya jer kot hadooooo i foloooo hahahhahah sebelum aku ilang ingatan balik hahaha

    ReplyDelete
  6. aku tak mean natang tu! natang tu buat aku ngantokkkkk hahahahah

    ReplyDelete
  7. misteri ni..ermmm..belum sempat kenal jiran betul2 sebab baru pindah pun..huhuh

    ReplyDelete
  8. eerrkk mak ngan anak sma je,..huhu,..naseb xde jiran,..haha

    ReplyDelete
  9. choiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..!!!!

    jiran aku pagi td aku tgk dia asah parang..

    memamg tarak guna ko afzal..

    aku tgh berkira2 ni..ptg kang..nk balik rumah dulu atau nak beli besi topeng besi pahlawan omputih tu..

    ReplyDelete