Kisah Alam Angker : Puaka Nek Simah


Hati Borhan meluap2.. darahnya mendidih setiap kali melihat kelibat Zaki dan Aina bermesra di kantin kilang. Kemana2 saja pasti berdua mengalahkan pasangan yang halal hubungannya. Semangkuk mi kari yang dipesannya tadi dibiarkan sejuk tanpa disentuh. Karim dan Jabir hanya menunggu peluang.. kalau benar Borhan tak mahukannya lagi, pasti itulah rezeki mereka hari itu.

'Sial Zaki. Aku dah bagi amaran kelmarin tapi masih berani mendekati Aina', bentaknya yang hanya mampu didengari oleh kedua kawan karibnya disebelah.

'Kau nak kitorang buat apa Borhan? Ko roger je.. kitorang anytime', kata Jabir setelah mangkuk mi kari beralih ke tangan Karim. Borhan diam sedang matanya langsung tidak beralih daripada kelibat pasangan tersebut. Sejak kedatangan Zaki setengah tahun yang lalu, perasaan Aina padanya mula berubah. Aina tidak seperti gadis lain. Lemah lembut, manis tutur kata apatah lagi keluarganya sangat dihormati kerana kuat pegangan agama. Dulu mampu jugalah anak bongsu Lebai Usop berbalas senyum dengannya.. minum bersama bila tiba waktu rehat tapi sekarang Aina semakin menjauh. Semuanya gara2 budak setahun jagung yang baru bekerja di kilang tersebut. Datang pun entah dari ceruk mana.. buat tahi kat kampung orang!

'Ini amaran terakhir dari aku budak. Aku nampak kau rapat dengan Aina.. kau siap!! Kau tunggu.. kau belum kenal siapa aku', jerkah Borhan setelah melepaskan sedas tumbukan di pipi Zaki semalam. Zaki tersungkur di balik semak. Karim dan Jabir ketawa sambil memerhati dari tepi. Pipi Zaki pedih, ternyata penumbuk Borhan bukan boleh dibuat main.

Peristiwa semalam menjadi isu perbualan di antara Zaki dan Aina. Aina tergamam. Dia tak menyangka Borhan sudah bertindak sejauh itu. Tapi melepaskan Zaki tidak mungkin sama sekali. Biar apa pun terjadi, dia bersumpah cintanya hanya untuk Zaki.

'Takpe Aina.. awak tak perlu bimbang. Dia masih belum bertemu dengan ruasnya', ujar Zaki sambil melontarkan jauh pandangannya. Ada sesuatu yang sedang dia fikirkan.. cuma dia tak mampu membacanya.

**********

'Betul ke apa kita buat ni Karim?', ujar Borhan. Dia dan Jabir mengekori rapat Karim dari belakang.

'Kau sayangkan Aina kan? Kalau kau bebetul sayangkan dia.. ini je la jalan yang ada', kata Karim sambil menampar2 lengannya beberapa kali akibat di gigit nyamuk. Jalan besar sebentar tadi yang mereka lalui kini semakin kecil berlecak tatkala melintasi ladang getah yang sudah lama ditinggalkan. Malam itu.. cahaya bulan tak secerah selalu dek kerana awan tebal. Kalau nak diikutkan rasa takut.. lebih baik dia duduk di gerai Pak Mail melayan karaoke, tapi akibat dendam yang meluap2.. rasa takutnya hilang.



Di suatu sudut ladang kelihatan cahaya samar2 memecah kegelapan malam. Terdapat sebuah pondok kecil yang Borhan sendiri tak tahu siapa pemiliknya. Selama dia hidup di kampung tersebut, inilah kali pertama dia mejejaki kaki di kawasan itu. Apalah yang ada di dalam ladang itu selain pokok2 getah tua yang ditinggalkan arwah Seman. Kini mereka berada betul2 di hadapan pintu. Karim berpeluh, mungkin penat berjalan sedari tadi tak berhenti. Dia menguak pintu pondok..

Kelihatan seorang nenek tua sedang bersandar sambil tangannya ralit mengentel songel di bibirnya. Bibirnya merah namin pandangannya tajam. Pandangannya dipakukan ke arah mereka bertiga.. satu persatu. Borhan dan Jabir menikus tapi cepat2 tangan mereka ditarik Karim untuk naik ke atas.

'Nek Simah kami datang ada hajat. Kawan saya ni berdendam dengan orang. Ada budak main gila dengan dia. Boleh tak kalau nenek ajar orang tu?', tanpa banyak bicara Karim memulakan perbualan. Tutur katanya lancar seolah2 dia sudah biasa ke situ.

Ajar? Heh terlalu ringan. Terlalu lembut untuk budak yang berhati keras seperti Zaki. Dia tahu Zaki takkan mengalah. Zaki takkan lepaskan Aina dan hanya ada satu cara sahaja untuk mengajarnya.

'Nek Simah.. kenakan budak ni. Kenakan dia sampai mati', Borhan lantas mendahului Karim. Sekeping gambar dihulurkannya kepada nenek tua itu. Gambar lama.. tapi masih jelas di bawah remang malap cahaya pelita.

'Hey Borhan kau dah gila? Itukan gambar Aina? Kau nak bunuh dia?', bentak Jabir membuatkan Borhan berpaling. Dari pandangan tajam matanya.. jelas menunjukkan yang Borhan nekad. Ya Borhan sudah gila!

'Apa nak jadi pun jadilah. Kalau aku tak dapat, orang lain pun takkan dapat', ujar Borhan. Nek Simah masih menatap gambar si gadis manis. Dia memandang Borhan kembali menyebabkan Borhan rasa tidak selesa.

'Ingat kata2 kau dan kalau kau nekad dengan apa kau katakan.. itulah yang akan kau dapat'

Borhan membisu. Dia takkan tarik balik kata-katanya itu

'Nek macamana dengan pengerasnya?', ujar Karim. Nek Simah tertawa kecil. Ketawa kecilnya itupun sudah cukup merenggut kelelakian mereka bertiga.

'Tiada pengeras untuk kau Borhan hehehe', Nek Simah mengekek2 kecil menyebabkan dia berteka teki. Kenapa Nek Simah tak menerima pengeras darinya? Tidak ada yang lebih baik selain mereka mengangkat punggung dan berlalu pergi. Borhan berharap semuanya akan berakhir malam itu.

**********

Borhan di biliknya, terbaring sambil mengadap kipas siling yang ligat berpusing. Bunyi kipas tua rumah peninggalan arwah bapanya itu sesekali diselangi bunyi hujan yang melebat di luar rumah. Dia merapatkan tangannya ke dahi. Sesekali dia mempertikaikan keputusan yang dibuatnya tadi. Timbul sedikit rasa kesal.. tetapi dia sudah nekad. Seperti amaran Nek Simah yang baru dikenalinya tadi.. dia tidak boleh barpatah balik lagi.

Tiba2 Borhan terdengar sayup2 suara sesorang menjerit di suatu sudut kampung. Suara itu tak lama dan seolah2 dia begitu kenal dengan suara itu. Mungkin Nek Simah sudah menjalankan kerjanya. Inilah kali pertama dia membuat kerja terkutuk itu gara2 dendamnya kepada Zaki dan Aina. Dia mula membayangkan apa yang Aina lalui. Bagaimana cara Aina mati? Apa yang Aina nampak? Badannya sejuk.. tiba2 dia menggigil ketakutan.

Tiba2 lampu biliknya terpadam. Borhan terjaga dari lamunan. Dia menguak tingkap bilik.. kelihatan lampu jalan yang berada 200 meter dari rumahnya masih menyala. Mana mungkin kampungnya mengalami bekalan eletrik. Dia menutup kembali tingkap. Dia bangkit dari katilnya.. mencari pelita di dapur. Keadaan rumah yang gelap membataskan langkahnya. Setiap penjuru rumah diraba-rabanya. 

Tiba2 sewaktu dia sedang meraba mencari kotak mancis di para dapur.. dia merasakan seperti tersentuh jari seseorang. Kasar kulitnya. Borhan tersentak dan sedikit berundur ke belakang. Jari orang? Atau mainan perasaannya?

'Siapa tu? Mak ke?', Borhan menegur, barangkali mungkin ibunya yang baru kembali dari kenduri arwah jiran terdekat. Namun sapaanya tidak berbalas. Borhan rasa tak sedap hati. Dalam keadaan tangannya meraba2 di sekitar.. tiba2 dia dapat mencapai kotak mancis di penjuru almari. Borhan lantas menyalakan mancis..

Di ketika itu dia melihat rupa yang pernah dia lihat sebentar tadi.. rupa seakan2 Nek Simah berada di hadapan matanya! Perempuan itu menyeringai memperlihatkan giginya yang tajam dan jarang. Lidahnya menjelir keluar berhayun2. Matanya bulat kemerah merahan di balik rambut yang panjang mengerbang.. memperlihatkan padangan yang sama seperti Nek Simah. Borhan menjerit dan jatuh terduduk. Jelas perempuan itu benar2 berdiri di hadapannya sambil mengekek2 kecil.

'Ada hajat perlu ditunaikan. Kau perlu mati...', ujar makhluk itu. Borhan mula menangis dan terkencing. Kedengaran darinya hanya sedu sedan yang tiada tanda untuk berhenti.

'Siapa.. siapa yang suruh kau ke sini?? Siapa??', jeritan Borhan membuatkan makhluk itu mengilai lebih panjang dan lantang.

'Aina.. Aina Syafiqa mahu kau mati'

Borhan tersentak. Benar dia tak salah dengar. Aina sendiri mahu dia mati? Tak masuk dek akal yang waras sedangkan Aina yang dia kenal selama ini takkan mampu buat sejauh ini. Aina sanggup membunuh dia! Aina membunuh dia untuk Zaki!

Borhan lemah.. perasaan dan jiwanya luluh. Dia tersandar sementara makhluk tersebut semakin merapat. Borhan menangis pasrah. Nyawanya tiada makna lagi.. Baru dia sedar kenapa dia tak dikenakan pengeras oleh Nek Simah tadi. Sebab malam inilah malam terakhirnya..

'Borhan.. Darah kau halal untuk aku malam ini hehehe~'

Tiada suara yang kedengaran.. hanya bunyi hujan yang semakin melebat di luar sana tanpa penduduk kampung sedar malam itu terkorbannya dua jiwa akibat cinta dan dendam.

Sementara itu di hujung kampung.. kelihatan nek Simah tersenyum. Janji tetap janji.. tak kiralah siapa mangsanya. Dia menyikat2 rambutnya yang kusut di hadapan cermin. Senyumnya menyeringai.. bersedia menanti mangsa baru di kampung itu..

*****

Zaki masih berchatting, sama sekali tidak mengetahui apa yang berlaku pada malam itu. Tiba2 muncul notifikasi dari seseorang yang belum pernah menjadi rakan facebooknya. Tanpa gambar profail, gadis memperkenalkan diri sebagai Perempuan Malam..

'Mahu berkenalan? Awek baru la', getus Zaki nakal tanpa dia sedar ada sesuatu yang menantinya di balik layar komputer ribanya itu..






P/s : 1st time aku buat cerita bersambung cenggini huhu




9 Comments

  1. uhuksss nasbe baca dibawah lampu yg terang,....heeee

    ReplyDelete
  2. pantas betul budak Aina ni...dia dulu yang jumpa Nenek Simah. kan?? huhuhu.


    seram la citer apzal sekarang ni...

    ReplyDelete
  3. wow !!!!!!!..di luar jangkaan..aku bajet zaki yg buat...ada sambungan ke.?gila laahhh...


    superrrbbb !!!!

    ReplyDelete
  4. Bagus juga gaya penulisan ko. Keep up bro.

    ReplyDelete
  5. kenapa bersambung lak ni..ade episod pulak ye..ok..i'm wait

    ReplyDelete
  6. wah best cerita ni :) napo tak tulis panjang2 sikit. ? buat novel ke

    ReplyDelete
  7. hihihi termakan diri sendiri

    ReplyDelete