Cerita Alam Angker : Ada Sesuatu Di Atas

Assalam,

Kisah sebelum ni ramai yang tanya, betul ke apa yang aku citer tu? Yup memang betul, kisah sebelum ni berlaku kepada rakan sekerja aku masa awal2 kitorang masuk kerja dulu.. 3 tahun yang lepas. Apa yang aku ceritakan ni semua kisah benar tau, melalui pengalaman aku.. kawan2 aku dan sesiapa sahaja yang terserempak ngan situasi di sekitar ofis aku. Ok lah untuk hari ni aku sambung ke kisah kedua pulak melalui pengalaman kawan aku. Ada sesuatu yang buat aku musykil dan masih menghantui aku hingga kini.

Ceritanya bermula begini..

Kisah Dua

Bakri diberitahu jaga yang lampu makmalnya terpasang sedari petang lagi, mungkin ada di antara rakan2 staf yang terlupa menutupnya selepas membuat analisis. Kenapa dia pula dipanggil? Sebab hanya dia sahaja yang memegang kunci ofis kerana dia merupakan staf yang paling awal tiba ke ofis setiap hari. Itulah, bukan mudah diberi kepercayaan sebegitu lebih2 lagi bila berlaku situasi sebegini.. dipanggil lewat malam semata2 untuk menutup lampu!

Jam menunjukkan pukul 9 malam, Bakri yang ditemani oleh Abang Mi yang juga pemandu jabatan tiba di perkarangan ofis. Mula2 mereka merancang untuk pergi lebih awal tapi Bakri terpaksa singgah makan dahulu kerana terlalu lapar. Setelah di periksa dari tingkap sisi bangunan, betul lah yang lampu terpasang. Siapa pula lah yang terlupa tutup lampu.

Di bahagian hujung sebelah kiri itulah terletaknya tandas pejabat aku..

Abang Mi menunggu di luar makmal sementara menanti Bakri menutup lampu di dalamnya. Kebiasaannya Bakri, dia merupakan seorang yang kerap ke tandas untuk membuang air. Melihatkan laluan ke tandas cukup jauh dan suram, Bakri mengajak Abang Mi turut menemaninya. Suasana seperti biasa sunyi sepi hanya ditemani lampu koridor yang acapkali berkelip2 mungkin punya masalah pada perumahnya. Mereka kini tiba di penghujung bangunan yang menempatkan tandas lelaki dan perempuan. Tiada lampu di tandas kerana terbakar, masih belum lagi dibaiki.

Ruangan makmal berada pada aras bawah yang mana pada bahagian atasnya merupakan gelanggang badminton. Sesudah keluar dari tandas, Abang Mi menangkap suatu bunyi pada tingkat atas. Bunyi cukup kuat sehingga dia pasti yang Bakri juga turut mendengarnya. Betul jangkaannya tatkala melihat Bakri berpaling memandang Abang Mi dengan air muka terkejut. Siapa pula yang main bola keranjang di atas pada waktu begini?

Suasana gelanggang badminton pejabat aku yang sunyi..

Bunyi sesuatu yang menghentam lantai berbunyi2 sedari tadi. Mereka berdua mula tak menentu. Abang Mi cuba menenangkan Bakri pada masa yang sama dirinya juga agar berlalu dari situ tanpa perlu berlari. Tetapi bunyi itu sesekali semakin kuat menyebabkan Bakri terlebih dahulu berlari meninggalkan Abang Mi di belakang dan akhirnya mereka tiba di perkarangan pejabat. Dilihat tingkat atas tiada lampu, tiada kenderaan lain di sekeliling dan tiada siapa2. Hanya mereka berdua sahaja di situ. Abang Mi sempat bertanyakan jaga kalau2 ada sesiapa yang masuk untuk menggunakan gelanggang di atas, tapi malangnya tiada. Persoalan itu terus bermain2 di benak mereka, siapa pula yang bermain2 di atas sana?

Pada keesokan harinya Bakri bertanyakan tentang lampu yang terpasang di bilik makmal. Malangnya tiada sesiapa yang mengaku kerana setahu mereka semua lampu telah dipadam. Tiada siapa? Jadi siapa pula yang membukanya? 'Benda' itu masih belum memunculkan dirinya aku aku harapkan lebih baik begitu kerana aku tak pasti apa akan berlaku sekiranya 'dia' mula berani mempamerkan diri itu...

Kisah Tiga

Lagi satu cerita, mengenai tandas di pejabat aku. Ada dua cerita tapi aku taknak cerita sekarang, aku akan ceritakan nanti ye. Aku akan ceritakan apa pula yang berlaku pada tandas itu...

17 Comments

  1. kat gambar pertama tu, aku tiba2 jer terbayangkan ade juon merangkak.. seram dehh

    ReplyDelete
  2. AAHH tak sabar nak mengerang baca cerita tok nih.. AAHH!! Kat tandas tu mesti tok rasa diperhatikan jenglot kan MUAH!!

    ReplyDelete
  3. awat makmal afzal syeram macam tu.. dah macam rumah mayat je. huhu.. nak tunggu part 3 pulak..

    ReplyDelete
  4. haha lawak komen korn tuh.

    btw, serious meremang baca. brrr
    kalo benda ni betul, buatlah solat hajat,baca yasin kat opis tuh.

    ReplyDelete
  5. this is scary! Like seriously! Scary gila baca. Lepas tu ada pulak gambar2 yang agak menyeramkan tu! Scary2 pun tak sabar nak baca next stories :D

    ReplyDelete
  6. gambar pun dah seram, dgr cite lagi la seram.

    ReplyDelete
  7. uiiiii....scary.....lerrr..yglepas tu pun aku teringat....

    ReplyDelete
  8. serammmnya dibaca dengan gambar2 lagi. kalau nampak "benda" sekali...lagi bertambah seram!!

    ReplyDelete
  9. gambar tu yg menmbahkan feeling tu.heheh tp cube letakl gmbr tempat sama terang benderang.hehe hilang feel

    ReplyDelete
  10. tergetar2 halkum aku kali ni.. agak mengerikan.

    haha.. aku sebenarnya terbeli domain tu sebenarnya.. mula2 saje je nak test, tapi entah macam mana sampai tahap aku dah teregister nama tu.hahahaa

    ReplyDelete
  11. takot nk bacaaaaaaaa lps tgok gambaq!!!~~

    ReplyDelete
  12. Cerita pasal tempat angker ni, akak pernah nampak hantu pocong!Tepat jam 12 malam!

    ReplyDelete
  13. Suspennya....
    cerita pertama tu benarlah rupanya...
    tak sabar nak tahu cerita selanjutnya..
    penulisan pun berbentuk seram!!

    ReplyDelete
  14. tertiba remy laju jer baca entry kali nie........ he3

    ReplyDelete
  15. huishhh..menakutkan je..biarlah die xmuncul..tapi kalau terus ganggu camtu..nak ke office pun takut kan.

    ReplyDelete