Cerita Alam Angker : Siapa Lagi Selain Aku??


Assalam,

2012 genap 3 tahun aku kerja di Pusat Biosekuriti Perikanan, Kuantan. Aku masih ingat lagi sewaktu aku melaporkan diri, pejabat ini baru sahaja dirasmikan selepas pembinaannya pada 2008. Beruntung aku, almaklumlah bangunan baru. Sangat besar, punya banyak bilik2 dan gelanggang badminton di tingkat atasnya. Tapi sayang sebesar2 bangunan.. hanya menempatkan kami 20 orang staf sahaja. Biasalah bangunan baru, besar pula.. macam2 cerita boleh didengar dan kat sini aku nak ceritakan apa yang korang tak tau mengenai pejabat itu..

Kisah Satu


Faizan sedikit bercelaru. Kata2 pegawainya petang tadi buatkan dia tak senang duduk. Dia diminta menyiapkan laporan kerjanya dan diserahkan seawal pagi. Nak tak nak terpaksalah dia kembali ke pejabat untuk menyiapkan kerjanya. Kalau tak terpaksalah dia jamah segala bebelan dari pegawainya yang sorang tu.

Jam menunjukkan pukul 8 malam, suasana dingin di luar. Tiada jaga.. tiada sesiapa. Hanya  bertemankan lampu jalan yang suram cahayanya. Dikelilingi bangunan kerajaan yang lain membuatkan kawasan tersebut lengang pada waktu malam. Ruang lobi yang gelap hanya diterangi lampu tangga, Faizan meneruskan langkah menuju ke ofis. Fikirannya sewaktu itu hanyalah tugasan yang diberikan padanya. Mesti disiapkan segera.

PC dihidupkan. Sementara menunggu loading matanya meliar ke cermin tingkap bilik mengadap gelanggang badminton. Gelap semuanya, bulan pada malam itu pula tidak menampakkan cahayanya. Sesekali terdetik di hatinya seakan2 banyak mata yang memerhatinya ketika itu. Jam 8, malam pula.. mungkin bukan masa yang sesuai untuknya berada di situ?

Faizan meneruskan kerja. Dari satu muka ke satu muka, sesekali dia melayari laman sesawang bagi mengelakkan rasa bosan bersendirian. Dalam pada dia tertumpu membuat tugasan.. dia mendengar sesekali suara kanak2 perempuan tertawa di ruang legar pejalan kaki, tepi pejabatnya. Faizan memerhati di luar, tiada siapa yang kelihatan. Mungkin perasaannya sahaja.

Lokasi meja Faizan membelakangkan panel paras dada yang menempatkan meja pegawainya yang terletak di sebelah pintu. Tiba2 dia terdengar bunyi pintu dikuak separuh seperti ada seseorang di situ. Faizan menoleh kebelakang tetapi disebabkan pintu tersebut terlindung daripada panel, dia tidak nampak apa2. Angin ke? Takkan ada aingin sekuat itu dalam ruang pejabat yang tertutup? Kalau iapun angin, takkan mampu menolak pintu pejabat yang ditutup rapat olehnya tadi. Faizan mula berfikir bukan2 tapi kerjanya juga mesti disiapkan kerana jam mula menunjukkan pukul 9 malam.

Suasana sepi seketika. Dalam dia fokus menyiapkan kerja, dia terasa bagai ada seseorang sedang berdiri di belakangnya. Tak tahu bagaimana hendak digambarkannya tapi itulah yang dia rasa. Intutisinya merasakan ada seseorang di situ. Jantungnya berdegup deras, tapi jari jemarinya teruskan menaip. Dengan tidak semena2 dia rasa cuping telinganya dihembus dari belakang! Bukan angin biasa.. tapi ditiup oleh seseorang yang dia pasti waktu itu hanya dia seorang sahaja di situ! Bulu romanya mula meremang. Dia tahu ini bukan sesuatu yang normal. Bersendirian melakukan kerja pada lewat malam di situ bukan keputusan yang bijak dilakukannya sedari awal lagi. Lagi2 bangunan baru, tempat baru dan dia tahu memang ada sesuatu di situ.

Dia tanpa berlengah menutup terus PC secara paksa, tidak sanggup lagi menunggu lama. Bebel pun.. bebe la. Kalaulah pegawainya tau apa yang dirasainya malam itu, kalau la dia mampu berikan alasan itu. Tapi siapa percaya. Dia meninggalkan pejabat tanpa menutup lampu, tak berani bergelap lagi. Sempat dia menoleh ke belakang dek terdengar hilaian kecil kanak2 di hujung koridor.

Cukuplah apa yang dia lalui, 'benda' tu tak mempamerkan diri sudah cukup beruntung baginya. Tiada lagi istilah kerja lebih masa lebih2 lagi selepas waktu kerja. Mungkin itu masa untuk 'mereka' pula..

Kisah Dua..

Aku nak sambung kisah seterusnya, tapi aku ada kerja. Jadi aku sambung next time la ye :)

31 Comments

  1. hahahaha.siot je, dah berpusing2 halkum aku baca, ko boleh sambung pulak..hahahaha

    ReplyDelete
  2. aisehh tok...baru nak feel tapi tok blh buat sambungan plak...alahai sabau jer laaa

    ReplyDelete
  3. atok punya kerja ni buat ape je yer?

    ReplyDelete
  4. atok punya kerja ni buat ape je yer?

    ReplyDelete
  5. atok punya kerja ni buat ape je yer?

    ReplyDelete
  6. atok punya kerja ni buat ape je yer?

    ReplyDelete
  7. atok punya kerja ni buat ape je yer?

    ReplyDelete
  8. atok punya kerja ni buat ape je yer?

    ReplyDelete
  9. atok punya kerja ni buat ape je yer?

    ReplyDelete
  10. hahaha terima kaseh kerana buat bersambung........
    entah2 memang orang betul pun yang hembus tuhh :P

    ReplyDelete
  11. aaaarrgghh...potong la....sambung la..

    ReplyDelete
  12. Next time? nasib baik cerita ke2. KAlau cerita pertama sambung next time, memang aku bako blog ko. hahaha

    ReplyDelete
  13. panjang lagi ke cter nye tok? ni baru kisah satu.. belum dua tiga empat lima enam tujuh.. boleh buat novel la nnti..

    *eh kemain byk cik tikah komen

    ReplyDelete
  14. tok jawab soalan cik tikah tu..hehe


    ehh...seremmm ni tok. tak boleh la nak o.t malam2 cenggini.

    ReplyDelete
  15. Ala....
    Baru nak rasa best..
    More
    I want more!

    ReplyDelete
  16. atok.... remy dah saspen giler nie....pampers pun dah pakai......he3.. awat kena sambung pulak.....potong betul ler....

    ReplyDelete
  17. buat suspen jer boleh pulak bersambungan..adoii

    ReplyDelete
  18. dah semangant kesukanan dah nie..awat sambung2 bagai? ayomaa..

    ReplyDelete
  19. arghhh arghhh arhhhh


    lucah cerita ni. *tiba2



    demmm hg penah nampak tak hantu kat sana?

    ReplyDelete
  20. arghhh arghhh arhhhh


    lucah cerita ni. *tiba2



    demmm hg penah nampak tak hantu kat sana?

    ReplyDelete
  21. akak dah tekan read more tau...ni lah kelemahan read more...bila nak sambungnya..

    ReplyDelete
  22. ceh afzal baru je bulu nak naik dah turun semula bila tengok ayat sambungan tu.. tapi kan kerja overtime tak payah kot.. selalu terjadi.. T_T

    ReplyDelete
  23. kalau aku dah histeria kot.hahaha takuit jugak.ahha

    ReplyDelete
  24. erk...kish benar k? cm detail sgt je.. =)

    ReplyDelete
  25. Ni cerita betul ker bro? aku serius tanya ni.
    Kalu aku kena ..memang tak boleh diri ler jawabnya..nak jalan lagi tak mampu....hisss

    ReplyDelete
  26. betul ke ni? hihi.. asal bangunan besar2, mmg ada kot puakanya. tak tau sngt la. kot aje. 'hanuted building'. dh, sambung lagi..nanti baca2 ok :P

    ReplyDelete
  27. terus tunduk semua bulu roma ni ^_^

    ReplyDelete
  28. ceh..hilang sudah mood seram bila ade sambungan ni..kena baca kisah berikutnya lah ni.

    ReplyDelete