Blog Sihatimerahjambu



Saturday, April 14, 2012

Jangan Mudah Memandang Sinis..

Assalam,

Aku sering dengar bila mana orang sekeliling mudah membuat tanggapan pada pandangan pertama.. dan selalunya tanggapan yang kurang enak didengar. Mudah menyempitkan akal dengan pandangan yang bukan2 sehinggakan melahirkan rasa jijk dalam hati seseorang. Nauzubillah.

Tengok anak muda berdua berpegangan tangan, kita kata bf gf.. padahal mereka adik beradik. Lihat wanita cantik muda remaja bersama lelaki tua, kita kata sugardaddy padahal anak bapak. Lihat sorang lelaki compang camping kita katakan penagih padahal orang tu kua cari rezeki untuk anak bini di rumah. Lihat lelaki simpan janggut jambang.. kita kata dia pro pembangkang, padahal apa yang dia lakukan tu semata2 mengikut sunnnah.

Lihat wanita tak menutup aurat kita judge dia dengan pandangan serong dan sinis seolah2 dosa yang tak boleh diampun. Tapi pada masa yang sama kita terlepas pandang wanita yang bertudung tapi niatnya hanya untuk menggayakan fesyen semata2 dan menolak cara berpakaian yang dituntut.. bukan atas dasar tanggungjawab lillahi taala. Untungla mereka yang hanya bertudung semata2 tanpa kita ketahui niat sebenar


Dorang kata ok dik fesyen macamni.. janji adik bertudung. Erk!!


Mungkin kita terlalu baik atau bagus berbanding mereka, tapi kita tak cerdik bila menjatuhkan hukum mahupun memandang sinis kepada mereka. Usah dabik dada dengan ilmu yang ada kalau tak tahu mengamalkan cara pendekatan rasulullah. Tegur kena caranya, berhemah dan lemah lembut. Bukan perli atau mencari kesalahan orang lain semata2.

Kita hidup bukan menimbang amalan orang lain tetapi menimbang amalan kita sebab Allah jua lah menguasai timbangan amal para hamba2nya di Mahsyar sana. Apa yang mampu kita lakukan hanya memandu rakan yang lain memberatkan timbangan amal mereka dengan cara teguran berhemah mudah2an dengan pendekatan lembut kita.. hati mereka lebih mudah untuk menerimanya dengan rela.

Ingatlah, aku berpesan pada diri sendiri mahupun yang lain, janganlah mudah menjatuhkan persepsi buruk pada yang lain, kelak hitam hati sendiri. Wallahua'lam.

26 comments:

  1. first impression tu memang ada bila nampak sesuatu yang pelik,lumrah manusia..namun jangan mudah menghukum dan mengara akan tetapi sentiasalah berfikiran positif dan berharap mereka yang terpesong dari landasan kembali ke jalan yang benar :-)

    ReplyDelete
  2. setuju..tapi kadang2 tak setuju..

    ReplyDelete
  3. gua baca janggut bagus untuk hormon testosterone... apa salahnya simpan.. sunnah. dapat pahala kan kan kan

    ReplyDelete
  4. byk yg bagi 1st impression bila tgk gmbr, lagi2 dlm fb.

    contoh pompuan pkai skirt n tudung, padahal dia tu foreigner cuba nk try tudung.sj je disensasikan

    pictures can lies and can tell u thousand stories. dont jugde a book by its cover b4 u menelaah segala isi kat dalam!

    ReplyDelete
  5. Munasabah diri bentar... Sesungguhnya x pyh la kita nk cr salah others kn? Baik perbaiki diri sndiri. Ye dak??

    ReplyDelete
  6. First impression kdg2 tepat kdg2 tidak.so,takleh nak terus judge.apa kata amek tahu sikit then analyse and judge it..kata orang tak kenal maka tak cinta dan don't judge a book by its cover..so fikir fikirlah mana yang baik dan buruk tu...always think positive more better ^__^

    ReplyDelete
  7. benar kata2 afzal......
    kena bnyk perbaiki diri kita......

    ReplyDelete
  8. manusia mmg suka cari kesalahan org lain...sedangkan diri sendiri tak berapa nak lurus lagi...

    ReplyDelete
  9. first impression tu penting..
    sbb tu kalau boleh jgnlah tunjuk perkara yg boleh mengundang keburukan kepada empunya diri..

    sebelum cakap orang, muhasabah diri dulu..

    ReplyDelete
  10. sokong pejal 300%..ngehehe.. :)
    sy okey jer bilamana mereka nak pakai ape pown..xmau cakap lebih2..bumi berputar kan..manetau jadi kat kita balik..so, lebih baik diam..seelok nyer perbetolkan mane yg salah..jangan perli2 n nganjing2 dooong..xbaek !!~ ;) muhasabah sesama okes..

    ReplyDelete
  11. wa ..hg dh mcm ustat la..baguih2 peringatan buat kita semua

    ReplyDelete
  12. wa ..hg dh mcm ustat la..baguih2 peringatan buat kita semua

    ReplyDelete
  13. emm.. nak cakap org kita kena cerminkan diri sendiri dulu.. jangan mudah menuduh melulu..
    tetapi.. kalau tak nak kena first impression tu..lebih baik tak buat sesuatu yg dtgkan keburukan pada kita..

    takpe lah..sama2 kita mengingati antara satu sama lain.. terpulang pd individu tu nak berubah o tak..

    ReplyDelete
  14. tak berani tegur, sbb diri sndri pun mcm tu kdg2 >,<

    ReplyDelete
  15. aaa. 1st impresion tu tak semetisnya tol. kan lebih baik kalo kita tanya org tu kalo dia mcm ni ke mcm tu ke. daripada kita salah sangka. tapi nak tegur or tanya, kdg2 tkaut juga laa.

    ReplyDelete
  16. tadi jumpa lelaki berjanggut.. cute la pulak.. haha

    ReplyDelete
  17. aku setuju dengan entri ko ni.. :)

    ReplyDelete
  18. senang cakap, sebelum kuarkan kata-kata, check diri sendiri dulu :)

    ReplyDelete
  19. kadang2 apa yang kita fikirkan tu tak semuanya betul kan afzal :) suka entry nie..

    ReplyDelete
  20. bila tgk pompuan x tutup aurat, harus lah memandang serong. kalo pandang straight, takut dia perasan lak kita tgh usha...

    ReplyDelete
  21. mcm nie lah..

    yg berdosa tetap berdosa..

    pikior laahh nk buek camno.. :)

    bukan berfikiran rigid, tapi hukum Allah tak boleh dibuat main2..

    pasal pandangan sinis tu..mmg xpatut la kan..melihat sesuatu dgn pandangan yg pasif sebnrnya merosakkan iman..so, be positive :)kena latih la..

    ReplyDelete
  22. positif jelah kalau terlihat apa2 pasni~

    ReplyDelete
  23. Betul2~ think positif jela.Kita tak tau luar dalam org tu lagi.So jangan judge sesuka hati. :)

    ReplyDelete
  24. pikit positif.. kena buat latihan untuk pikir positif

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com