Blog Sihatimerahjambu



Wednesday, March 7, 2012

Bisa Gugur Jantung Gue #4

KLIK SINI untuk episod sebelum


'Wakakakaka'

'Oit ko pehal Hanif? Mengilai2 ni.. ko jangan nak macam2 sangat!', Hanif mengusap dadanya yang sedikit berbulu. Bulu yang sibuk dibangga banggakannya.. kononnya terserlah kelakiannya itu. Apa dia kata..bulu cari makan? Itu bulu ternak kutu boleh la. Puih!

'Aku baca blog orang ni.. ni ape nama dia, afzalsukasuki. Kehkehkeh bengong'

'Blog apa tu? Tak pernah dengar pon? Kalau nak baca blog.. baca la blog Abgteror ke, Sukakereta takpun Harrazdani. Barulah berinformasi. Ni blog tahapehape ko tengok. Ko jangan nak macam2 sangat, jangan tengok benda bukan2. Ketumbit mata ko kang!', Ainul mengomel sensorang. Jeles kot tengok si Hanif galak ketawa kat sudut penjuru bilik.

Tiba2 pintu bilik dikuak. Kelihatan Man di situ dalam keadaan menangis teresak2. Eh macam bodo2 je plak tengok Man nangis, buat muka cebik2 mintak penampo cenggitu. Berdiri longlai. Gaya macam nak masuk.. tapi tak masuk2 gak. Ainul dan Hanif saling berpandangan. Mata bertentang mata. Ainul tersenyum manja.. Hanif tersipu2 tertunduk malu. Pipinya mula kemerah merahan. Kedengaran burung berkicauan menambahkan lagi suasana romantik di petang yang hening itu. Eh2 jap!! Ni masuk cerita apa plak ni? Ni pasal Man la weh. Man tengah nangis tu!

'Man.. apekehal ko ni? Lambat ko balik, ko kemana?', Hanif cuba bersuara suprano

'Ye la Man, apsal nangis2 bagai ni??', sampuk Ainul lantas menarik Man masuk ke dalam bilik.

Man masih tak bersuara. Hanya teresak2.. sambil sempat menjamah keropok ROTA kepunyaan Ainul. Hanif mula rapat dan mencangkung, melihatkan keadaan Man macam orang mati bini. Adoyai selekeh dengan hingus keringnya kat pipi. Dah macam kerak nasi! Gatal je tangan Hanif nak kopek2 kuping hingus tu.

'Sori la Man kalau pasal kitorang.. ko kena hadap Puan Mimi tu. Ko pun tau la kan kitorang memang tak boleh hadap dia'

'Ye la Man. Ke pasal si Ain tu? Alamak pasal tu nanti kitorang kowtim balik la ngan dia ye? Ko jangan la nak buat muka cenggini. Seyes weh buat takut aku je. Buruk bebenor'

Man lantas menutup muka. Masih teresak2. Sebagai seorang kawan, Hanif tersentuh lalu menarik kepala Man merapati dadanya. 'Sabarlah Man.. Andai menagis dapat melegakan hati ko. Menangislah. Menangislah sepuas hati kau', kombang kompih idung Hanif menahan sebak. Mencebik2. Ainul yang sedari tadi memerhati mula rasa tak senang, memegang erat bucu katil tatkala melihat telatah dua mangkuk hayun yang tak ubah macam pasangan gay! Wek!!!

'Hatsyuuummmm', Man bersin. Bertempiaslah air liurnya di dada  Hanif.

'Puih sebab tu la aku tak suka ko bela bulu dada!! Bulu dada ko menyocok2 mata aku lah. Kalau aku buta camne? Bau tungkik, gamat, paya semua ada ni! Ko pakai baja taik kelawar ke hape? Ce citer apa jadi kalau bulu dada ko tersimpul ngan bulu idong aku tadi??', tetiba Man bertempik. Hanif tersengih2 sambil kesat tempias air liur pada badannya.

'Ha Man, ko apsal tadi? Tacing2 bagai?', Ainul pula bersuara M Daud Kilau

'Aku tacing.. hari ni dalam sejarah aku ngedate ngan awek bapak punya cun!! Budak fakulti kita. Perghh anbelibebel.. tak pernah aku jumpa umat secantik ni weh. Ni kalau omak ngan abah aku tau ni.. mau tumbang kambing sekor buat kenduri kesyukuran'

'Err budak baru ke? Sape nama dia?' Ainul menunjukkan minat sambil membetul2kan kepala kain pelikatnya.

'Err alamak apa nama dia tadi ea?? Tapi aku panggil dia Mel je'

'Ko ada amik no tepon dia tak??'

'Alamak aku lupaaa laa. Kalau tak boleh aku masukkan dalam list si Ain tu. Ai apsal la si Ain tu dera kita ea? Sebab kita suka kacau bebudak pompuan ke?', Man berkerut.

'Hai kalau la si Ain tu lemah lembut kan.. tak jadi macam ni aku rasa. Mesti jadi lain. Aku kompom Nul.. Ko tak rasa macamtu ke? Aku dapat rasakan jauh di lubuk hati si Ain tu.. ada sesuatu yang lembut, yang belum pernah disentuh oleh mana2 lelaki', tetiba Man berpuitis.. pasti Ainul kagum dengan ayat yang memang jarang dia keluarkan, melainkan sewaktu mintak duit kat mak abah dia kat kampung. Tak pun sewaktu mengayat awek nasik lemak seksyen dua.. suruh letak paru lebih dalam nasi lemaknya.

'Kahkahkahkah bodo bebal itu pun tak masuk', tetiba Man dengar Ainul menjerit di sebelahnya. Berdesing kejap telinganya.

'Binawe punya mangkuk ayun. Berbuih2 aku susun ayat.. ko bantai tido!! Siap ngigau tu yang aku tak boleh tahan. Ni mesti mimpi bola la nih!!', Man bangun mencekak pinggang, lantas diambilnya penyepit baju.. dikepitnya kat hidung si Ainul. Man dan Hanif yang berada di situ ketawa berdekah2 melihatkan Ainul tercungap2 bernafas guna mulut.. ada rupa ikan emas da.

'Dah2 bangun jom malam ni pas maghrib kita ada misi mustahil. Kita pusing tasik.. pastu pegi makan la. Jangan lupa bawak kopiah', ujar Man. Ainul yang baru sedar dari tidur.. ternganga. Gulp!

'Err Man jap2. 5 minit. Aku nak mandi. Err biji cili, kulit kacang, timun yang ko tempiaskan kat badan aku ni takleh ilang la. Nak kena sental kot? Risau gak kang tak pasal2 tumbuh pokok cili, pokok kacang, pokok timun kat celahan bulu dada aku ni. Dah jadi tanaman kontan plak. Aww', rengek Hanif sambil bertuala menuju ke tandas.

'Bingai!!', Man berserabut memikirkan bulu dada Hanif nanti, akan disikat tepi kah..atau sikat tengah?? Erkk!!




(Bersambung)

34 comments:

  1. okeh....lawak laa..


    kopek kuping hingus berkerak...huhuhu

    ReplyDelete
  2. hahahaha..Ainul tidow ! tak boley bla... hahahaha......

    ReplyDelete
  3. motif utama episod ni pasal bulu dada ke ape? hahaha

    ReplyDelete
  4. harap watak sop pun kuar nanti.. hahaha

    ReplyDelete
  5. euwww hingus mcm kerak nasi ! hahaha.. geli lahhhh

    ReplyDelete
  6. bersambung la plak.....

    ReplyDelete
  7. sikat bulu dada kat tepi la..buat tocang amoi sambil dendan lipan...

    ReplyDelete
  8. eeee apa takde keje lain ke si hanif tu?? kopek jadah apa tadi tu? wakaka ewww. geli. hah

    ReplyDelete
  9. sumer part aku bace tak penah tak tergelak..seriyes klaka giler...haha..anbelibebel!

    ReplyDelete
  10. hhahah klau tumbuh,buah2nya leh jual..hahaha.

    ReplyDelete
  11. ha ha ha..... bulu dada tu buat teknik rebonding ler...... tak ler bersimpul ngan bulu hidung nanti..... cucuk pun tak sakit !!!

    ReplyDelete
  12. hahaha...adesh lawak betul, geli je baca hingus macam kerak nasi tu. Tapi apa motip sebenar citer kali ne eh.. bulu dada Hanif kot yg dibangga2kan tu..haha

    ReplyDelete
  13. kehkehkeh dpt ngedate ngan awek cun pun man blh nangis ker?

    ReplyDelete
  14. bulu dada disikat? Takpe tak sikat pun, org tak nampak. ke ak bukak butang baju bila bejalan? hahahaha

    ReplyDelete
  15. eeeeeeeeeee.....xlalu den tok...xabes mamam mekdi...hahaha

    ReplyDelete
  16. meleleh2 air liur baca cerita ni. lawak2..hahaha :D

    ReplyDelete
  17. hahahahahahah

    bersin kuar air liur ea..br tau..hahahahaha

    ReplyDelete
  18. tolong ah..boleh matikk bace ni..dah rupe org cacat gelak dpn lappy..hahahaha..sambung2!!

    ReplyDelete
  19. hahaha..lawakkkkkkkk !!! gila ke ape nak kopek kuping hingus berkerak yg org...erkkkkkkkkk =.=''

    ReplyDelete
  20. kopek kuping hingus hehehe... comot tul la.. Macho ker lelaki ada bulu dada? Geli jew... Ops... Sorry... Hehe klakar..

    ReplyDelete
  21. Dah tunjuk sinopsis kat David Teo lom? Dia tengah carik cerita baru nak buat 200 episod kat Mustika

    ReplyDelete
  22. haha bulu dada pon nak sikat? haha yang episod 4 nie bnyk ckp bende gegeli lah :) haha

    ReplyDelete
  23. eyek3! bulu dada + hingus ....... hahahahaha

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com