Assalamualaikum,
Hari ni dalam mood santai aku nak jawab beberapa soalan daripada readers. Aku pilih soalan2 yang berkenaan sahaja ye. Sebab soalan2 ni yang kerapkali diajukan pada aku. So aku harap sedikit sebanyak menjawab soalan dan korang berpuas hati dengan jawapan yang aku bagi. Kalau korang still rasa tak puas hati boleh laporkan kepada Aduan Rakyat, tv3 amik berat. Cheewaahh :P
'Mana awak dapat idea buat entry ye?'Bukan sekali dua aku dapat soalan macamni..banyak kali daripada ramai orang. Aku pun tak tau macamana.. benda alah tu tetiba datang sendiri. Bila aku terfikir sesuatu, aku terus drafkan tajuk dalam henfon aku. Walaupun benda tu nampak macam remeh sebenarnya, tapi sekiranya korang cukup kreatif untuk olahkannya..korang akan hasilkan entry yang bagus. Aku menulis sebab aku minat, bukan sebab nak isi masa lapang semata2. Sebenarnya aku pun banyak jugak keje..aku pun perlukan masa rehat tapi bila minat sudah mari, semua tu bukan alasan :)
'Cantik awak susun ayat..macam baca novel' Tak cantik mana pun, entah serius aku tak tau mana datangnya benda2 ni. Aku dah lama meninggalkan zaman novel2 ni. Dulu aku follower novel2 Ahadiat Akashah, aku suka cara dia mengolah ayat. Santai dan tak berat. Mungkin aku terbawak2 cara penulisan dia kot.. aku rasa la. Aku bukan novelis tapi aku berminat ke arah tu. Aku pernah hasilkan beberapa cerpen since aku darjah 6 lagi. Then bila aku berada di sekolah menengah, aku kembangkan minat aku terhadap penulisan dalam kelas Bahasa Melayu. Aku pegang jawatan dalam SIDRED (Sidang Redaksi Maktab) di mana badan ini dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan majalah tahunan. Dah tu dulu aku manala ada guna henfon bagai, nak komunikasi ngan awek semua pakai surat. Aku rasa tu pun satu sebab jugak kot?Hehe
'Awak ni mesti kelakar orangnya kan?' Kahkahkah kelakar la sangat ye!! Kelakar lagi Ruminah Sidek. Tak pun Usop Lempoyang. Haha. Aku tak seperti yang korang sangka. Aku tak banyak cakap, bercakap bila perlu dan i'm a good listener. Boleh bagi pendapat sekiranya diperlukan.. tapi time sekolah dulu orang cari aku untuk mengadu masalah cinta je. Tapi aku sendiri fail bab cintan cintun ni. Mungkin sebab aku rajin dengar masalah orang..sebab tu dorang datang cari aku kot? Hehe. Nampak macam peramah je kan?Tak peramah mana pun, time online je kot :)
So tu serba sedikit soalan yang dapat aku jawab. Yup aku bukan sape2, aku blogger biasa..berblog kerana minat mendalam terhadap penulisan. Aku ada plan nak buat novel macam kak Mimi..tapi aku tak pasti aku boleh buat novel serius sebab otak aku penuh dengan idea giler2. Mungkin sebab tu kot aku awet muda! Kahkahkah. So kita tengok je la macamana nanti ye :)
P/s : 'Awak dah berpunya ke?' Err.. (tak dapat jawab sebab jantan yang tanya)
43 Comments
haha,,yg soalan last skali 2 x bole blah..hehe :p
ReplyDeletetau xpe.. suke dgn blog nie
ReplyDeleteowner die suka wat lawak.
walaupun tgh sedih dtg sini mesti tersenyum.. ;)
# laki yang tanye ? ok la. biar ieyza tanya. nak jawab ke x .
dah berpunya ke blom.?
haha.. *kidding.. ^_^
haha...ramai peminat niiiii...hehehehe
ReplyDeletecuba la buat novel wak..gerenti superb :)
ReplyDeleteapa macam bro..lu sudah ada yang punya ka?...hahaha
ReplyDeleteTu la pasal..ramai peminat ni..Sbb nk buatkan soklan last skali tu terjawab, diana pn nk tmbh vote..
ReplyDelete"Awak dah berpunya ker??"
hahahaha :P
soklan yang last tula paling lama aku tatap...sbb laki yg tanya.hahaha
ReplyDeletehahaha.. soalan last yg takleh tahan tu.. keh3..
ReplyDeletejangan biarkan hidup anda diselubungi misteri~ hehehe
waduh..waduh..lama dah tak dengar nama ruminah sidek....
ReplyDeletepengomenya semua cewekcewek...
awak ni kelakar ke..? hahhahaha. jawapan aiNa..>> kelakar gile (dlm blog, luar tak tau lagi mcm mama). boleh masuk maharaja lawak la bro~!
ReplyDeleteyup2..tulis kerana minat. femes da abam nih..mintak sign blh.. keh3.. =P =P
nk gelak kat soalan last
ReplyDeletehahahahahahahah
Saya sebenarnya seorang yg malas membaca...tp dengan gaya penulisan awk ni dan topik2 yang dikeluarkan....memang menarik hati sy nak baca...bagus (keep it up....boleh menghilangkan tensen sy bila baca blog awk....tambah2 citer surat buat awk....memang guling2 gelak sy baca)...errr....jangan kembang hidung plak bila sy puji...:P
ReplyDelete'AWAK MESTI KELAKAR ORANGNYA'..kalau soalan tu org tanya pada kpah..mmg lebih kurang jawapannya mcm jawapan afzal..cuma nak tambah sikitlah yaaa..
ReplyDelete..sy tak kelakar..awak silap..sy sebenarnya seorang yg sangat bersopan santun dan solehah..." hahhaaaaa..gitu..
Awak dah berpunya ke? *perempuan tanya nie, jawablah :)
ReplyDeleteaku ade satu soalan lagi lelaki ke perempuan ko nie..aku confiusla huhu...biasanya klu dia suka menulis panjang berjela menghuraikan ape yg dia rasa betul memg dia seorang yg pendiam memg xdpt menafikan?sebab ape? sebab dia berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan idea yg bernas haha....betul x?
ReplyDeleteokay sme ske bce novel ahadiat akashah !
ReplyDeleteye ke jantan yg tanya tuh ke takut nak mengaku status dah berpunya ahaksssss kantoiiiiii
ReplyDeleteBila jantan tanya je terus takdak jawapan ya... hahahhaha.. pandai ko bagi alasan
ReplyDeletemenakutkan je yg jantan tnya tuh :P
ReplyDeletekalau idea lebih bagi aku sikit bro...
ReplyDeleteceh bang long! dah koyak la tu spender org duk puji dia..hihi
ReplyDeletesoklan sy antara telur dan ayam mana keluar dulu...
sure jwpn merepek awk kan..
nak tambah soalan sikit... bila tarikh berkhatan..huhu
ReplyDeletetakkan kita nak jawab soklan peribadi kan? he he he
ReplyDeleteawak tak kje ke? mahupun study ke? hahahhaha!
ReplyDeletekembang bermangkuk lah dak afzal ni..good job afzal..cayalah!
ReplyDeletegila ah ko, sebijik wehh..sebijik macam retis dah..haha. :D
ReplyDeletecheewaahhhh naik saham lah ank mama yg sorng ni...shy shy cat gitu....x pe,jual mahal sikit kan.hhahah..ko ni memang kelakau (kater org melaka)
ReplyDeleteehem..banyak peminat tu, siap mintak tips...(",)
ReplyDeleteboleh jadi blogger contoh nih..hik3...apa2 pun tahniah kerana ada peminat tersendiri, mesti org2 yg bertanya suka sangat singgah dan baca entry suka suki dicni (",)
eh ni blog awk ke?hahaha *kidding
ReplyDeletesoalan lain semua cepumas..
ReplyDeleteyang last sekali cepugangsa...jawab la incik afzal..hehe
memang selalu guling2 gelak bila datang sini =)
ReplyDeletebanyaknya soalan depa tanya..hang dah sama popular dengan datuk M. Daud Kilau dah ni..haha glemer...
ReplyDelete1st time gua dtg blog lu pn gua dh terpikat.. ni kali ke 3 gua komen entry lu kalau tak silap gua.. :)
ReplyDeleteerr.. biar gua tanye lu.. lu dh berpunya ke? hahaahha!!~
kita macam sama la..
ReplyDeleteorang kata peramah,sebenarnya kat luar banyak mendengar dari bercakap...
writer memang tak banyak cakap
ReplyDeletekekeke
jawap mana yg boleh aje le ye... ramai peminat tu.
ReplyDeletesma la..zaman sek dulu bce novel..skrg takde masa dh
ReplyDeleteNOVEL MMG BEST..KIHH3 !
ReplyDeletejantan tnya ? muahahh !
hihii
ReplyDeletesuke jaapan yg last tu... kite serupa! huhuhuu
dieba sukee soalan last sekali....
ReplyDeleteyang last soklan tuh gay..hahaha...awww
ReplyDeletewakaka..!!..awak niy byk idea la..dpt drps mne yerk??..terjawab suda..=D..lalala!!~~
ReplyDeleteerm..awak mmg kelaka..mcm jozan..muahaha..
erm..terime kasih jwb soalan sy..[tetibe]..=)
hahahha lawak ok
ReplyDelete