❤ Azhafizah ❤

Wednesday, September 7, 2011

Ben Ashaari, Yuyu Zulaikha, Hanis Zalikha, Fatin Liyana Folo Aku!!

Assalamualaikum,

"Pergh!!Unsangkarable bro Ben, Cik Yuyu, Cik Hanis and si Fatin folo aku serentak malam tadi!!"


"OMG!OMG!! Hot story betul nih. Ko baru blogging hari ni, tapi semalam lagi dorang dah folo ko??Panas!!Panas!!Komfom ke Ben Ashaari, Yuyu Zulaikha, Hanis Zalikha dan Fatin Liyana ni??"


"Eh nama tu macam ada lari sikit la. Yuyu Zulaikhi, Hanis Saleha, Fatin Liyana Jasmay ngan Ben..err Ben 10. Eh bukan top blogger ke tu??"


"Err.."

Layan sekejap perbualan antara dua blogger tadi. Excited sangat kan bila blogger2 terhangat di pasaran folo dorang. Rasa macam dapat perhatian retis.Tak terlintas langsung aku nak buat entry ni, tapi idea tu datang dan terus menerjah sewaktu aku sedang bertungkus lumus mengira kambing biri2 aku lompat pagar malam tadi.


Semalam sedang aku tengah sakan bw, aku terjah blog A Woman's World, aku tengok dia folo setiap blogger2 terhangat kat atas. Then si Yuyu Zulaikha ada dropped komen kat entry terbaru dia.Kira tahap femes gak la si blogger ni bila blogger terhangat ada beri perhatian pada blognya kan?Aku pulak?Ada dorang kisah pasal blogger macam aku? Aku pun tengok balik follower2 aku..kot2 nama dorang ada terselit.. yes tak tersangka rupa2 ada nama Ben Ashaari dan Hanis Zalikha kat situ, tu pun sebelum jam loceng aku berbunyi tak benti2 kejut aku bangun tido. Hmm sape lah aku kan??

So semalam buat pertama kalinya aku sebagai blogger menerjah blog Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha dan buat kali ketiga untuk Ben Ashaari dan Cik Epal.. dorang sememangnya blogger terhangat! Follower main belas2 puluh2 riban je. Kalau dorang kumpul follower dorang ramai2..dah boleh buat satu perkampungan baru..tak pun mukim baru. Kampung Ben Ashaari, Taman Hanis Zalikha..perghh!!Tak hairanlah follower2 dorang dah boleh buat satu batalion tentera. Tak pun macam penonton perlawanan di antara pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan!

Opkos dorang memang blogger terhangat.. tapi selama aku berblogging, aku jumpa ramai blogger terhebat eventhough mereka newbie, tapi entry yang dorang hesilkan lebih superb.. penuh ngan gaya, mutu dan keunggulan. Cuma yela..apa ada pada newbie macam kita ni :) Nak tak nak kena terima hakikat yang kita kena berusaha lebih gighi, tak kisahlah samada kita mengesot atau merangkak.. yang pastinya matlamat kita hanya ingin readers menghargai entry2 yang kita hasilkan. So tak salah jadikan blogger terhangat sebagai titik mula dan kayu pengukur untuk kita menjadi blogger terhebat!

Bro EqbalZack ada folo aku. Dia ada like entry yang aku post kat fb walaupun aku tak tau samada dia baca atau tak.Tak kisah la dia baca atau tak, sekurang2nya bagi semangat pada blogger baru macam aku ni. Bukan dia je, Wan Cikgumuzik, Abgteror, Ammboi, Mankete,KizMyself,PneumedicRafinamimi pun banyak kali datang bw dan dropped komen kat blog aku. Dorang juga dalam senarai top 500 blogger melayu ape! So apa kurangnya mereka? Aku lagi sayangkan dorang sebab dorang sangat humble dan down to earth.. sebab doranglah aku banyak belajar memperbaiki diri dalam berblogging. Sebab dorang juga lah aku mampu melangkah setapak demi setapak. Dorang juga menghargai blogger2 newbie macam aku. Doranglah cikgu..dorangkah kawan aku. Trimas guys!!

Pada aku korang tetap yang terbaik dan aku kagum dengan entry2 yang korang hasilkan. Aku harapkan nama2 seperti Hatikubaik, Cik-Bulan, Simanis, Kunci Locker, Roti Telur, iniblogserius, munira, aiNa YaZiD, Acid, puteri kasih dan banyak lagi kengkawan2 aku yang lain yang sangat hebat..akan mengikut jejak langkah seperti Ben Ashaari, Yuyu Zulaikha, Hanis Zalikha, Cik Epal dan Fatin Liyana suatu hari nanti. InsyaAllah :)

P/s : Aku tumpang bangga jika suatu hari nanti kengkawan sekali bw ngan aku jadi blogger terhangat
        dan terhebat. Sori aku tag 10 nama untuk entry ni. Next time aku masukkan nama korang ye :)

75 comments:

simanis said...

terima kasih la abam tag SiManis...kena tukar imej ni...pakai tudung belit2 macam depa baru bulih femes agaknya...ekekekek...

* bukan femes yang ku cari...hanya kepuasan menulis...

cik bulan said...

sama ngan cikgu shima ayat last tu..^^..

terharu nyah..ahaha..xtahan la ayat rakan bw tu..hahahaha..ala..cit boleh le g jauh..bulan ni mnulis utk diri n rakan2 jep...*tertacin..:P

harrazdani said...

aku tak perasan plak dunia blog ni ada blogger yang sangat cantik dan ayu..hahah..yang aku kenal simanis yang tak berapa manis..yang no 2 tu pun cam artis jer...bro ben aku kenal laaa..tp dia tak kenal aku...insyaalah aku fikir hang akan ikut sebaris dengan mereka satu hari nanti...keep blogging bro..aku support dari jauh...;)

ADAM FIKRI said...

waaaa....tahniah...sama-sama susah sama-sama senag, sama-sama feymes nnt...kekekekeke.. <<--- dalam hati dok tgh jeles ja ni

Mrs.Yie said...

oit..ngan akak ko x bangga ke?ceh..malas la nak kawan ngan ko lagi..kahkah

afzalsukasuki said...

simanis - haa aku pon suka ayat ko tu.kepuasan menulis.yup aku rasa puas bila hasilkan entry, readers2 baca dan dropped komen :)

cik bulan - nop.pada mulanya mmg kita rasa buat entry untuk diri sendiri.. tapi bila ada yang suka baca, dats y akan ramai yang mengikut penulisan kita :) bulan pon boleh pegi lebih jauh dari cit :)

harrazdani - haah bro aku baru tau yang hanis zalikha tu santek orangnya.apsal la blogger2 femes semua santek-emsem belaka?kalau tak emsem-tak santek tak leh jd blogger terhangat kot?hehe

ADAM FIKRI - bro sama2 la kita support sesama sendiri kan?sape lagi nak support kita kalau kita tak tolong antara satu sama lain :) jangan jeles..ko lagi hebat dari aku

Mrs. Yie - haha akk opkos la terbaik.ni yang blogger yang ada ramai follower ni kak.terhangat dan terbaik lain maknanya tau :)

MakNgah said...

femes tu akan datang kemudian jika entri bagus.

just be urself kan.

wah! banglong...blog makin cun ni. leh ar ajar sy buat blog jd cun camni.

Ungu Violet said...

erkk..penah terjah Blog Ben ngan cik epal jek...yg len2 tuh x bape nk pasan arr..

huhu..nampak benor trtinggal ketapi ekspress...heheh

Ummi said...

pergh! ku terkedu!

munira hashim said...

terima kasih afzal atas ingatan...so sweet...semoga followers kita terus meningkat...entry pon kena gempak taww

Adie Achim said...

hmm diorang ni mmg dasat! pernahlah sekali tu aku cabar Ben dalam entri aku.. aku betul2 tak sangka dia jawab dalam entri kat blog dia. Dasat tak dasat! trafik aku mendadak naik!

Btw blog ko pun, tak kurang bestnya!
Follow u! jgn lupa lawat saya balik ok. TQ!

shida'R said...

shida mmg xperasan sama ada dorg follow shida ke tak..ahaks..aku ni kategori femes kah hehee..tp yg benaran...ben mmg follow aku..aku sempat print screen kih3 ;p

afzalsukasuki said...

MakNgah - apsal pendek je nama ni makngah?haha.ala ni sesaje je men2 tukar template.hehe

Ungu Violet - haah tu la.Saya pon baru tergerak hati nak terjah blog dorang semalam..terkejut ada..rasa tak percaya pon ada.hehe

Ummi - la speechless plak dia?hehe

munira hashim - yep sama2 la kita kayuh pelan2 ngan kengkawan lain ye.mana tau satu hari nanti nama awk dah cukup gah,jangan lupa saya dan kengkawan awk ni kat bawah :)

afzalsukasuki said...

Adie Achim - perghh siap mencabar lagi tu!!hebat bro.tabik spring.aku tak sampai ke tahap tu.aku buat entry pon sesuka ati aku je.hehe.yep opkos aku dah folo.pasni moh la kita saling terjah menerjah ye :)

shida'R - heh kalau blogger ben folo, tu kira dasat la tu.kira tahap blogger pemes shida nih.wah tak lama lagi seiring la ngan blogger2 femes kan?hahaha :D good job :)

puteri kasih said...

adeh..pengsan sat

sungguh ku terharu di awal pagi..

thanks awak sebab sudi nak tag saya...

siapalah saya..hanya seorang yang berangan nak jadi tuan puteri di alam blog..hehehe

Tapi walauapapun, hope kita semua naik sama-sama oneday. baru bestkan.

thanks untuk sokongan tu awk..sayang awak ketat-ketat...hahahaha

el said...

sllu gak terjah blog depa tuh..yg fomfuan jek..yg lelaki tu bosan n3nya asik2 jelajah blog jek..hahahahaha

agaknya yg comel2 jek blog rmi folow
n byk cik anon yg beri komen..kehkehkeh

Roti Telur said...

roti telur ada jugak tu der..kehkeh..
semua blogger terhangat di atas jarang pegi,diaorang mana layan budak cam aku..kihkih..

kunci locker said...

ok aku dimention...femes aku...wakakkakaka...errkkk...insyaAllah aku folo ckp ko..aku newbie kne byk berusaha...hehehe...mne die folo ko??mne2??hahahah

afzalsukasuki said...

puteri kasih - yep moh la kita naik sama2 :) support sesama sendiri.hehe

el - yeke kak?besh ke?sy baru sempat terjak semalam setelah hampir setengah tahun berblogging.hehe.Haa betul la tu gamaknya.pas ni sy nak buat muka ala2 kiut la..walaupun muka saya ni tahap kena tapak kaki je.haha

Roti Telur - ada2.aku tag je mana2 blog yang pernah terjah blog aku.tolong kengkawan promote blog :)

afzalsukasuki said...

kunci locker - laa dorang ada folo kan?kan ada aku citer dalam entry tu..tapi sekejap je la dorang folo,pas bunyik jam loceng terus dorang tak folo aku.haha

aku said...

wah...ade gak.tak sangka.baru lg ni.ditag sebaris dgn newbie yg tu pun da ckup hapy kot.aku tulis juz utk kegembiraan org je,bukan kefemeysan yg kuutamakan...huhu

apsal ayat aku cam skema je ni?haha.btw,thanks bro!sma2la kite ye mngudluckkn dri.. :D

afzalsukasuki said...

aku - aku tag je blogger2 yang aku rasa ada kharisma utk jadi blogger terhebat :) ko tulis untuk gembirakan orang?salah tu bai.ko menulis untuk kegembiraan ko..yang lain datang berkongsi kegembiraan ngn ko :)

yup sesama la kita maju jaya ke hadapan.bukan maju perut atau maju sukan untuk negara.hehe

Miss Y and Her World said...

kahkahkah. incik Afzal. terima kasih sebab selitkan blog aku yang picisan tu.

sebenarnya untuk menjadi jujur (translate dari to be honest), aku cuma mengambil mereka sebagai inspirasi dalam berblogging. dan jujurnya lagi, aku hanya follow 2 orang sahaja dari mereka.

tapi aku memang salute pada Yuyu Zulaikha sebab dia memang sangat humble.

dan bagi aku, tiada perbezaan taraf pun antara blogger. there's no such famous thing.

ada banyak blog yang aku baca dan entry-entry mereka sangat lah bagus. itu yang lebih penting. biarlah menonjol dari segi penulisan.

sebagai seorang pembaca, aku lebih memilih bacaan yang berkualiti, bukan pada tempelan wajah semata-mata. dan juga, sejauh mana kau memartabatkan bahasa yang diguna pakai itu.

eh? aku dah macam tulis satu entry pula kat ruangan komen kau ni. hahahaha.

sekali lagi, terima kasih :)

afzalsukasuki said...

Miss Y and Her World - adoi aku pon dah tulis pepanjang tadi,tapi line plak takde.terus hilang.hampeh.

semalam aku ada shout kat blog salah sorang blogger kat atas..sebab blog dia je yang ada shoutbox.Yuyu Zulaikha kot?Yang lain aku just terjah..tengokla apa2 yang menarik perhatian dan keluar.

Aku tetap support kengkawan aku yang lain.Aku harapkan ada gak antara kengkawan aku yang akan berjaya macam dorang :)

♥Aien Najwa♥ said...

wah-wah-wah terbaik dari ladang belake nih..!!!..=))
yang penting teruzkan usehe dalam mendalami penulisan karangan yang mantap..huhu..jangan sombong-sombong sudey ler after peminat bertambah dan menjadi femes..=P..hehehe..

afzalsukasuki said...

♥Aien Najwa♥ - yep tu semua blogger2 terhangat je tu :) bila awak cakap pasal karangan,rasa sy ni macam bebudak sekolah plak.haha :D awk pon kalau dah femes,jgn lupa blogger picisan macam saya ni ye :)

acan ketot said...

untung lah otai2 da follow..
ngeee...x lame lagi anda pown otai lah 2..hu3..

ChaCha said...

untunglah...

aiNa yaZiD said...

incik afzal~! thank you so much..sbb sudi selitkan blog aiNa ni. (^^,) terharu mak.. blog awak blh pergi jauh..(^__^) teruskan usaha dalam menghasilkan entry yang gempak okeh..

sama-sama kita berusaha untuk tingkatkan mutu, kualiti dan keunggulan.. hehehe.

p/s : aiNa sokong ayat terakhir cikgu shima. (^^,)

afzalsukasuki said...

acan ketot - huntung ke?mana adalah cik Jemah oi.nak folo hape kat blog ni.sapola den ni ha.haha

ChaCha - ape yang untungnya wak?untut adala!!haha

aiNa yaZiD - boleh pegi jauh?blh la sampai ke kajang tu.singgah makan umah mak jap.hahaha :D

eqbalzack said...

salam,
terima kasih ada nama abg eq kat sini...
ye betul!! abg eq bila ping maksudnya abg eq baca. bukan sekadar ping...itu maknanya abg eq dah masuk dan BACA entry blogger tu.
bukan semua entry abg eq ping ye afzal...'limited edition' punya ping pong tu...hehehe

hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock said...

aduh terharu gua bro di atas doa lu kat blog gua...blog lu pun superb apa ...gua pun doakan lu trs sukses der...

apapun aku menulis bukan utk menjadi popular ...tapi kalau terpopular aku xtau la...haha ...

excellence!

kejujuran adalah titik sebuah kejayaan ")

Cik Azizah said...

wah untung la u b...dah femes nnt jgn lupa ai ye bb...huhuhuhu

afzalsukasuki said...

Cik Azizah - la untung tang mana plaknye??mana ada..u ni tak baca ni?hehe

syiela said...

follow dlm mimpi pun ok gak tu

pernah terjah ben je.. lain rsanya idak kot :)

aiNa yaZiD said...

haish..lebih dari kajang boleh pegi ni afzal. hehehehe... aiNa suka baca blog afzal, sangat santai~! keep it up.

setuju dgn hatikubaik.. yang penting kejujuran dalam penulisan..(^^,)

kunci locker said...

ok sekali lg aku dtg bce entri ni dah komen...tak puas hati bce sekali jek sbb aku bangga nme aku ada...hahahah...

insya-Allah kita sme2 naek dan jd cm dorg,k...hehehe...

sleeping_maniac90 said...

ak xpena terjah blog fatin liyana..
best eh blog dia??
nk try la nnti..

afzalsukasuki said...

eqbalzack - yeke?kiranya saya antara yang bertuah di'ping' bro la ye?hehe.Trimas bro sudi singgah dan baca :)

tak kisahla baca atau tak,pada saya bila blogger famous like,bagi kritikan @ cuma drop comment 'gud job'..tu dah cukup bagi semangat kpd blogger2 newbie macam kami ni :)

hatikubaik - aku memang maksudkan bro.pada aku ko mempunyai penulisan yang baik.aku mengaku aku admire ngan cara ko menulis,cool..susun dan teratur.Good job bro!!

syiela - haha terbawak2 dalam mimpi semalam kak,tu yang hari ni kua entry.hehe

aiNa yaZiD - yeke?alhamdulillah kalau aina suka baca.afzal akan cuba hasilkan entry yang lebih bagus lagi insyaAllah :)

kunci locker - hahaha baca la kalau ko nak baca banyak kali pun.aku buat entry pon kongsi baca ngn kengkawan,bukan kena bayar pon.hehe :)

sleeping_maniac90 - aku terjah gitu2 je.ikhlas aku katakan aku cuma terkejut pada bilangan follower dorang je :)

Terbelog said...

xpe..
cikguwan
abgteror
mankete pun topblogger
dan meke pun sporting ape :)
janji kite ikhlas

afzalsukasuki said...

Terbelog - haah betol2 :) tapi nampak tak ada beza antara dua group blogger ni??aku lagi respek cikguwan,abgteror,mankete,ammboi,kizmyself dan pneumedic.Eventhough follower dorang takde la smpai boleh buat satau batalion tentera..tapi entry yang dorang hasilkan buatkan dorang berada dalam ranking top 500 blogger malaysia.

lagipun dorang humble,aku mati2 ingat abgteror tu blogger biasa dulu.baru2 ni je baru aku tau dia top blogger!!

mankete said...

tahniah bie u dah femes skrg, hamis zalikha, yuyu dan berukband dah follow u..jgn lupakan i yer bie ...

siapa la kite takde paras rupe mcm mereka tu bie ... :P

teynteyn the doll said...

tak kesah la pemes ke tak janji hati senangggg

Mrs.Yie said...

time kasih..hehe..ada jugak letak link akak walaupun entri ni di edit..hikhik :)

puanbee said...

follow jugak yang pemes2 tu , tapi follow diam2 je lah .. tak tahu nak tegur cam mana lagipun.. (sedar diri )

afzalsukasuki said...

mankete - u kalau dah pemes tu,jgn nak menyundal ngn jantan lain tau walaupun cutting u tak seindah mana.hahaha :D

teynteyn the doll - ya benar wahai anak patung.janji hati gumbira sambil lalala ~

Mrs.Yie - haah kak,edit balik sbb tak puas hati.nak kena gak letak link blogger2 otaiko yang selama ni banyak bantu saya! :)

puanbee - saya pon folo dorang..tapi sekadar folo semata2 sebab saya sangat murah hati bab nak memolo orang nih.hehe

Fathiah Hamim said...

haha gitu lah gamaknya. kalo nak jadi macam diorang tuh kena rajin la kot.

miratun madihah said...

tiap-tiap hari tengok hanis zalikha pi kelas :)kehkeh

miratun madihah said...
This comment has been removed by the author.
cik kiwi's said...

untunglahhhhh..:)

afzalsukasuki said...

Fathiah Hamim - yes mesti mau rajin!!jangan bermalas2an!!yeehaaa

miratun madihah - eh kim choki2 kat dia.pakai det awak dulu,nanti claim.huhu

cik kiwi's - la untung apenye??mana ada untung la.untut ada la.hehe

cik kiwi's said...

untunglahhh. chatbox tu haaa limit 60 post dahhh...hadoi <- tension chat tak lepas

afzalsukasuki said...

cik kiwi's - hahaha maapkan pihak admin akan cuba mengatasi masalah tersebut secepat mungkin.haha

josrevalution said...

hah..dah terjah pun ka sini..ya semoga suatu hr nanti kita juga akan seperti mereka2...hehe....nice artikel bro...jom exhanger link..

aiNa yaZiD said...

(^__^)....chayoK2 afzal.~! i know u can do it. tp kan, aiNa respect dekat yuyu n FL (fatin liyana). diorang humble. Tak sombong. Macam tu la bila da femes still tak lupa diri. Apepun blog diorang memang superb. Blog awak pun da tahap super power da incik afzal. =) hehehe..

MissViVio said...

ada skali cik epal komen 1 n3 kt blog sya. ya Allah...asa epi hbis ah!! :D

afzalsukasuki said...

josrevalution - hehe trimas2 :) appreciate sangat.oh jom2 :)

aiNa yaZiD - aish tak la..den baru merangkak2 lagi ni.tang mana yang besh saya pon tak tau.saya seronok sebenarnya melalui penulisan..saya dapat raaamaaaiii kawan :)

MissViVio - haha cik epal ye.maknanya entry awak menarik minat dia la tu.sy pun nak terjah blog awak dan baca entry la :)

pneumedic said...

afzal pun dah bnyk melangkah kedpn..semakin matang tgk blog ni..semakin bercambah idea..xmustahil nanti jadi top mcm dorg tu...

Kho Ara said...

wahhh...good2...

afzalsukasuki said...

pneumedic - eh jauh lagi bro.kalau nampak ada perubahan tu pun..sebab tunjuk ajar kengkawan blogger jugak.alhamdulillah :)

Kho Ara - hehe trimas :)

Edy Fee said...

wow gempak la difollow diorang tahniah

RinsyaRyc said...

waA... tererla.. ^^

http://bulatmata.blogspot.com/2011/09/khas-untuk-lelaki-wanita-wanita.html

BulatMata

afzalsukasuki said...

Edy Fee - giler ko.mana ada!haha

RinsyaRyc - mana ada la.tak terer pon.abgteror adala :)

SyuE said...

tahniah!! untung la... ;)

Anonymous said...

try tgk theotherkhairul..

azurin ramli said...

sedih aku weyh naseb newbie macam kita nie :').kena jadi suster ngesot kott baru boleh jadi femes amos.harharhar.

afzalsukasuki said...

SyuE - kahkahkah mana ada la syue oi.adeh

Anonymous - haah ada tengok :)13riban gak tu.macamana la dorang leh collect follower seramai tu kan?

azurin ramli - haha kalau dah jadi suster ngesot,femes dalam tv je.kalau live kompom2 orang lari!hahaha

Nafisah Ruslan said...

ramai org kate follower xpenting tapi pd asalnya, kalau masuk blog seseorang tu musti nak tengok follower dy brape org dulu kan? hehe

menulis satu perkara yg sangat puas!

afzalsukasuki said...

Nafisah Ruslan - haah btol2..mesti kena tgk button follow sebab kita pon nak folo blog tu :) so nak taknak kena tgk follower :)

ctk said...

sOmeday i will be femes like them..hahaha..(lmbat lg ct oii)

afzalsukasuki pOn ct tgk adew arapan untuk femes..truskan blOgwalking yah..anda mmg ada bakat dlm menulis blOg yg disukai rmai :D

afzalsukasuki said...

ctk - insyaAllah.blh la ctk jadi mentor saya plak :) ai jauh lagi perjalanan saya.apa2 pun saya gembira dengan apa yang ada sekarang :)

tnZackJ said...

panjang cerita jang...seronoknya kalau org2 hebat follow yer...

Ezad Skytech said...

oh..follow sebelum loceng berbunyi ye...kalau follow betul2 mesti syok kan...heee~

Arya Putra said...

nama aku takde ke? hahahah!

Lady Emilya said...

ceh newbie? rendah diri la yeh haha :D

Ping Busuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates