Temankan Makcik Ye Malam Ni ~

Damia mengeluh panjang. Harap2 dia tak lewat. Hari ini genaplah seminggu dia bekerja di salah sebuah stesen radio penyiaran di Pantai Timur. Jam menunjukkan pukul 11.40 malam, dan dia sepatutnya akan ke udara tepat jam 12 tengah malam. Mungkin kerana keramahan dan kepetahannya berkata2, syarikat tersebut bersetuju mengambilnya bekerja sebagai DJ setelah 2 tahun menganggur. Damia tau sekarang bukannya masa untuk dia memilih kerjaya, apatah lagi dia akur kerana terlalu ramai graduan sepertinya yang masih terkontang kanting mencari peluang kerja di luar sana. Kereta yang dipandunya meluncur laju.. membelah kabus akibat hujan lebat sedari petang tadi. Mujur jalan pada malam itu sedikit lengang, melancarkan lagi perjalanannya itu.


Damia sedia maklum, waktu sebegini rakan2 opisnya yang lain mungkin sedang enak dibuai mimpi, apatah lagi hujan yang masih belum menunjukkan tanda untuk berhenti melengkapkan lagi syarat untuk mereka tido sampai ke pagi. Damia melangkah ke konti, menunggu Hafiz memutarkan lagu terakhir sebelum digantikan dengan segmennya sebentar lagi. "Tepat ko sampai..aku ingat ko tak datang dah tadi", sapa Hafiz sambil menyerahkan tugas seterusnya kepada Damia. Damia tersenyum manis.. sambil memerhatikan Hafiz berlalu pergi meninggalkannya sendirian di konti. "Apa2 hal ko cari aku kat bilik rehat ye", jerit Hafiz dari jauh memandangkan Hafiz ditugaskan untuk membantu dan memantau dirinya sewaktu ke udara..yela kalau dah seronok berborak dengan pemanggil, takut terlepas cakap je. Jadi ahli mesyuarat tingkap pulak :)

Damia mengacarakan segmen Kisah Hidupku, membiarkan pemanggil menceritakan kisah2 hidup mereka. Segala macam cerita telah didengarinya, ada yang sedih, ada yang gembira malah ada yang lucu juga. Kadangkala Damia merasakan dia beruntung kerana sedikit sebanyak dia dapat berkongsi cerita dengan pemanggil yang padanya dianggap seperti kawan2nya sendiri. Sedari dia memulakan segmennya tadi, hampir 10 pemanggil telah membuat panggilan. Damia menarik nafas panjang.. menghirup kopi o kaw yang baru dibuatnya tadi sambil memutarkan lagu sebagai selingan untuk para pendengar.

Jam menunjukkan hampir pukul tiga, dan dia boleh menerima sekurang2nya 2 panggilan sebelum rakan setugasnya yang lain menggantikan tempatnya. Nyalaan pada papan litar menyala2 menandakan ada pemanggil. Setelah lagu yang dikeudarakan tamat, Damia terus menekan butang untuk panggilan masuk. "Ye sapa di sana?", tanya Damia lembut tapi talian putus serta merta. Damia kemudian membuka talian kepada pemanggil lain dan akhirnya ada panggilan masuk. Damia melakukan rutin yang sama berkenalan dengan pemanggil dan beri peluang untuk berkongsi cerita.

Pemanggil kali ini..seorang makcik tua yang menceritakan mengenai kisah hidupnya yang tragis. "Makcik tinggal sendirian. Anak2 semuanya kerja di bandar. Makcik sunyi duduk sendirian di rumah. Bila makcik telefon mereka, semuanya sibuk. Setiap hari makcik menunggu panggilan dari mereka..siang dan malam. Tetapi pada suatu hari. Makcik baru balik dari kedai beli garam, makcik tengok rumah makcik dipecah masuk orang. Bila makcik masuk rumah.. makcik nampak ada 2 orang lelaki sedang menyelongkar almari makcik. Makcik cuba melawan tapi apalah sangat kudrat si tua ini. Makcik dipukulnya sehingga berdarah tetapi makcik tetap enggan melepaskan mereka.. Akhirnya salah seorang dari mereka datang dan..",ayat makcik tersebut terhenti di situ. Damia yang leka mendengar meminta makcik tersebut meneruskan cerita. "Makcik ditikam nak..sakit nak. Sakit sangat !!", jelas makcik tersebut. Damia terkedu. "Abis macamana keadaan makcik sekarang?", Damia meminta kepastian tetapi talian sunyi seketika. Setelah Damia bertanya berkali2 akhirnya makcik tersebut mula bersuara. "Selepas ditikam..makcik akhirnya mati. Makcik mati di tempat kejadian. Makcik terkilan tak dapat jumpa anak2 makcik..Makcik sendirian lagi di sini, di kubur ini"

Ayat terakhir yang diucapkan makcik tersebut benar2 membuatkan Damia kelu lidah. Lututnya terasa lemah apatah lagi fikirannya mula terfikirkan perkara yang bukan2.Tak tahu samada untuk menangis atau menjerit..semuanya bercampur baur. Matanya mula berair tatkala mendengar suara makcik tersebut mengerang kesakitan dan menangis sayu di hujung talian. Akhirnya Damia menangis.. dan menyebabkan Hafiz yang berada di bilik rehat berlari mendapatkannya. Hafiz kaget melihat keadaan Damia seperti ternampak hantu! Akhirnya setelah Damia tenang, dia menceritakan pengalamannya itu kepada Hafiz. Hafiz pula terus membuat laporan polis, bagi mengesahkan panggilan yang dibuat oleh makcik tersebut.

Selang beberapa hari, pihak polis meminta Hafiz dan Damia mengikut mereka kerana mereka telah menemui lokasi di mana panggilan tersebut dibuat. Mereka sangat terkejut kerana mendapat tahu panggilan itu di buat di salah sebuah pondok telefon awam yang telah tumbang, yang lokasinya betul2 di sebuah perkuburan Islam di sebuah kampung. Apabila mereka meneliti, mereka mendapati wayar telefon tersebut tertanam di salah sebuah kubur tinggal di situ. Pihak polis tidak dapat meneruskan siasatan memandangkan segala persoalan sudah terjawab, terpulang logik akal untuk menilai kebenarannya.

Peristiwa itu meninggalkan kesan yang mendalam pada Damia dengan seribu persoalan.Dia sendiri seperti tidak mahu percaya tentang apa yang terjadi padanya tetapi itulah hakikat yang berlaku. Masih terngiang2 lagi kata2 makcik itu kepadanya tempohari sebelum panggilan terputus dengan sendiri. "Anak temankan makcik ye malam ini??"


P/s : Tengah plan nak buat segmen pertama aku nih :) Tunnggguuuu ~

28 Comments

  1. laa gambar public phone rupenye. ingat kan mula2 tdi gmbr lori terbalik. habis baca baru perasan gambr public fon rupanya. ;p

    ReplyDelete
  2. ni kisah novel ke? atau pengalaman ko sendiri. Nak pecah jantung kalau aku jadi damia ni

    ReplyDelete
  3. erkk..seram gila...hantu boleh call.bahaya2...

    ReplyDelete
  4. ape motip suh aku bace cite seram ko???

    kang esok time sahur sape nak bukak lampu dapur???

    cepuk baru tahu!

    ReplyDelete
  5. errr.... aku pernah kena mengusik kat public phone kat kg aku.. haha... memang sgt seram.. nak cite panjang sgt.. apa yg aku boleh cakap, cuma terdengar suara wanita setelah letak ganggang tepon kat telinga..

    "dah lama ker tunggu saya"

    hanya perkataan tuu jer yg aku dengar.. pastu tros blah ok.. haha

    ReplyDelete
  6. wancikgumuzik - bro cerita tu aku pun ada buat.entry aku tajuk jangan tutup lampooo (2) rasanya. pasal panggilan telefon.

    #belum pernah kena.mintak2 jangan la

    ReplyDelete
  7. cik pieqa - jap2 nak tgk.Haha ada rupa la.kahkahkah :D

    ReplyDelete
  8. Faizal - kisah benar yang aku olah balik ceritanya :)

    ReplyDelete
  9. ZouL - sekarang hantu pon dah upgrade la :D pernah dengar citer antu GPS?

    ReplyDelete
  10. ChaCha - cerita betul yang diolah balik :)

    ReplyDelete
  11. simanis - ape kena mengena antu tepon ngn lampu?jauh beza okeh.len la aku citer antu lampu..baru ko seram nak bukak lampu.haha

    ReplyDelete
  12. wah best cerita ni..tapi kalau saya tau seram..saya tunggu sampai malam baru saya baca..hehehe

    ReplyDelete
  13. Walawei cite seram lg
    Adehhh

    Smlm da meremang bulu roma
    Xkan malam ni meremang lg..huk3

    ReplyDelete
  14. bleh wat cite seram la afzal nih...

    ReplyDelete
  15. puteri + kak lang - try entry afzal tajuk jangan tutup lampoOooo (1) + (2)

    ReplyDelete
  16. kalo jehan yg kena tobat lepas tu brenti keje.. wee~=P

    ReplyDelete
  17. haha.eh sama la kita jehan.huhu :P

    ReplyDelete
  18. x seram sangat sbb baca waktu pagi..
    hehehe..
    tp best.. teruskan bercerita ekk.. :)

    ReplyDelete
  19. seram lak baca ni..

    telepon pun boleh jadi medium hantu2 nak kacau manusia..hihi..

    jangan bergayut malam2 oooooo....

    kisah benar ye??

    ReplyDelete
  20. Ann Nurain - hehe.Ke memang plan nak baca pepagi?takot ea?haha :D

    #try la entry cerita hantu saya yang lain :)

    ReplyDelete
  21. AIEN NOT ALIEN -Haah kisah benar yang saya olah balik :)

    ReplyDelete
  22. menarik2.. segmen dia mesti jawab soalan ni kan

    "Anak temankan makcik ye malam ini??"

    hehhe.. saja merapu

    ReplyDelete
  23. gambar tepon tu yg betul ker atau sekadar hiasan...zaman cyber sekarang hantu pun boleh tepon yer...

    ReplyDelete
  24. Ekin mana ada la.tajuk segmen dia..ko cerita ko punya, aku cerita aku punya :P

    #lagi merepek :P

    ReplyDelete
  25. Bro dani tu bukan gambar dia.tu gambar dari incik google :)

    ReplyDelete
  26. erkkk ko tok ketua saja menyeramkam keadaan huhu dah la cik kerja jawab tipon ....

    ReplyDelete