Saya Sayang Mak Saya ~

Aku buat tajuk entry macam ni sebab aku sedang membayangkan seorang mamat memakai t-shirt dengan tulisan pada baju seperti di atas. Betul ke mamat tu sayang mak dia ataupun dia rasakan sekadar trend ataupun lawak semata2? Entry aku pada hari ni pasal mak..ye la bersempena hari ibu la katakan.

aku suka melawak ngan mak aku..sebab aku suka tengok dia hepi

Apa yang bes pasal mak? Kalau aku cerita yang bes2 pasal mak aku..korang pun mesti kata mak korang pun sama bes macam mak aku. Hehe. Yup, kita sama2 berpeluang merasa kasih sayang dari seorang ibu. Aku boleh rasa ada juga di antara kita yang kurang kasih sayang  atau langsung tak sempat mengecap kasih sayang seseorang yang bergelar ibu, umi, mummy, emak atau anything else. Aku tumpang simpati.. seyesly aku dapat bayangkan mereka ini hilang satu nikmat yang Allah kurniakan dan masih berteka2 macamana rasanya belaian seorang ibu. Dari situ kadang2 wujud perasaan cemburu pada kawan2 yang lain..bermesra dan acapkali bercerita mengenai ibu masing2, masakan ibu yang enak2 hasil dari air tangan ibu sendiri dan berkongsi masalah peribadi dengan ibu tersayang. Hmm..aku harapkan korang terus bersabar, kalau boleh kongsikan kebahagiaan kawan bersama2 walaupun mereka bukan ibu kandung korang.

mak aku ni mesra alam..dah ramai anak angkat dia amik :)

Kita yang masih berpeluang bersama ibu kandung ni.. kalau boleh jangan la persiakan setiap detik yang ada. Kadang2 ada masanya kita sibuk dengan kerjaya dan keluarga sendiri..sehingga terlupa ada si tua yang dulu pernah mengerah seluruh keringat 24 sehari, siang dan malam di sisi kita..susah mahupun senang. Berapa kali agaknya korang telefon bertanya khabar? Mesej pesanan ringkas? Aku sendiri kadang2 terlalai menjalankan tanggungjawab aku sebagai anak.Hmm..kalau betul aku sayang, aku tak sepatutnya buat macamni pada mereka

Kadangkala..mungkin kerana bebanan kerja atau masalah peribadi yang lain, kita meninggikan suara pada ibu. Mungkin ada di antara korang yang dah biasa berbuat begitu, tapi pada aku bukan perkara biasa. Bila aku tertinggikan suara, aku rasa aku betul2 berdosa. Sangat2 bersalah. Sayu je hati bila lihatkan muka mak aku yang tergamam..dan yang pasti dia akan melinangkan air mata. Luruh hati aku sekiranya perkara tersebut berlaku. Pada korang yang biasa buat perkara berkenaan..ingatlah dorang tu permata yang bernilai untuk kita. Bukan seperti kawan2 yang biasa korang kenal. Dorang bukan orang luar yang menumpang kehidupan korang bahkan korang la yang sepatutnya bersyukur dengan adanya mereka, korang kenal erti kehidupan.

Sekiranya ada peluang, lafazlah kata2 yang menunjukkan betapa korang menghargai dorang, ucap kata2 sayang. Apa salahnya korang hadiahkan sesuatu untuk ibu korang sekali sekala.. walaupun dorang kadang2 tak berkenan (almaklumla taste anak mana nak sama ngan orang tua) tapi sekurang2nya kita tunjukkan yang kita prihatin pada mereka. Peluklah mereka dan kucup pipi mereka walaupun korang ada perasaan malu, ye la masing2 dah besar panjang. Tapi kenapa nak malu, bukan orang lain..mak korang sendiri. Kalau korang tak berlatih dari sekarang sementara berpeluang, agaknya bila korang berani buat macamtu? Takkan nak tunggu mak korang keras kaku baru korang meraung2 bagitau yang korang sayangkan dorang? Time tu xcukup muka ibu korang korang cium..habis sampai ke kaki.

Aku sayang mereka berdua.Mereka pelengkap kehidupan aku

So di sini aku mengingatkan diri aku dan kengkawan yang lain..hargailah ibu masing2. Even sejahat, seteruk mana dia sekalipun..kita tetap anak yang dikandungnya 9 bulan 9 hari. Macam mak aku kata.. " Along.. kalau Along ada anak, baru Along tau macamana rasanya. Sejahat mana sekalipun anak kita.. kita xkan dapat menafikan yang dia anak kita" Kata2 mak aku terus terngiang2 dalam diri aku. Kalau mereka boleh bersusah payah untuk kita..kenapa tidak kita? Aku katakan setakat ni mak aku dah lakukan yang terbaik untuk aku dan keluarga, dan pada aku dia cuma berhak dapatkan yang terbaik dari aku jugak. Aku mengharapkan aku dapat buat yang terbaik sementara aku masih berkesempatan melihatnya senyumannya :)

P/s : Betul kata kawan aku, kita akan mula belajar menghargai sesuatu sekiranya kita
        mula terasa akan kehilangannya. Hargailah ibu kita sementara dia masih ada.

10 Comments

  1. saya sayang mak awak..hihi..

    betul..ikhlas ni...tak salah sayangkan orang lain..

    SAYA SAYANG MAK SAYA!!

    ReplyDelete
  2. amek la aku jd anak angkat mak kau, huhuuu

    ReplyDelete
  3. kita ada ayah angkat. tp mak angkat blom lg.. >,<

    ReplyDelete
  4. baru kenal rupa maka ayah afzal...

    ReplyDelete
  5. membace n3 lame abg tok apzal sambil nunggu n3 baru..

    semoga abg tok apzal menjadi seorang anak yang soleh kepada ibu bapa okeyh ! :)


    from ; Monen

    ReplyDelete
  6. naiemah pon syg mak naiemah jga..humm..tapi.. k lah..bai

    ReplyDelete