Movie Review : Kongsi

Hari Senin hari tu..aku keluar pegi Mines aka Mains Soping Senter. Hok aloh baku betol. Haha. Aku kua sebenarnya nak berjalan melenggang kangkung semata2.. tapi memandangkan adik aku cuti skali hari tu, aku pun bawak la dia sama2. Sian pulak dia dok umah je tak pegi memana. Ada gak sebab aku tak nak bawak dia pada awalnya sebab kalau bawak dia keluar, dia kikis duit aku. Macam2 dia akan mintak dengan muka kesian dia tu. Lagi satu aku serabut tengok dia asyik mengadap buku je kat umah..haha jahat giler aku.

Then aku decide nak pegi tengok filem Kongsi. Peluang hari Senin, hari bekerja ni aku gunakan sebaik2nya. Mula2 aku dah plan nak gelak sakan..ye la tengok preview filem bukan main macam lawak haram jadah kan? Tapi setelah aku tengok..dari babak ke babak..aku makin tawar hati. Rasa banyak betul kurengnya cerita nih. Ditambah plak dengan pengulas filem yang ada kat belakang aku..buat aku makin sakit hati. Aku tak faham la ntah budak mana belakang aku tu..kutuk2 gak, tapi stil tengok cerita tu kali kedua. Yang tak boleh blah.. time muncul watak Sazzy Sam, mesti budak ni akan cakap "Eeiii..Comelnye! Comel kan?kan?" Macam gampang!

Filem arahan Farid Kamil ni bergenre aksi-komedi. Memang ada aksi komedi terutama babak dari Shaz. Mulutnya yang bising tu sekurang2nya buatkan panggung sedikit gamat. Aku nanti2kan jugak lawak2 yang ditonjolkan oleh Sazzy Sam, tapi hampa. Bukan setakat kurang dialog lawaknya, tapi dialek Kelantan yang digunakannya jugak tidak asli..caca merba. Aksi lawan FAIL, aksi terjunan dari atap bangunan FAIL dan jalan cerita pun tidak jelas dengan ending yang tergantung. Hmm walaupun aku support filem tempatan, tapi aku tak sangka filem terbitan David Teoh kali ni tidak menjadi. Watak Fizzow pun kaku..Adeh memang tak berbaloi untuk ditonton di pawagam. Kalau nak harapkan tengok aksi kereta kejar mengejar..better aku tengok filem Gangster dan KL Drift. Aku boleh katakan filem ni mengecawakan. Adik aku pun boleh tanya aku bila ending.. "Eh macamtu je??"

Watak sedang bergaduh sambil main kejar2..Ntahape2

Aksi kejar mengejar yang tak habis2 dari pertengahan cerita sampai habis. Takde idea kot?

babak di mana Sam dikejar polis..Eh kejar lagi? Lagi tak boley
blah aksi melompat yang serius tipu, tak real dan nampak main2!

Kekalkan watak Yana, Sam dan Shaz. Fizow ngan minah
kiri tu takyah masuk pun xpe kot?

Aku bagi 2/5 bintang je la. Takpe la..aku tau Farid Kamil mampu buat lebih dari ini. Banyakkan lagi dialog dari Sazzy Sam.. Dan bagi minah2 yang banyak sangat cakap masa tengok wayang kat Mines pukul 1.15 petang Senin seat K21-24..Kalau nak jadi comentator, lepas cerita yek!!

P/s : Nasib aku tak beli popcorn, kalau tak lagi rasa membazir! Hoho

2 Comments