Cerita Dari Kartunis Pilihan Aku

salam guys. Kenyang banget..mengambil nasi goreng kampung dan ayam fast-food tu sebagai menu pilihan bekpes aku  pagi nih. Aku jarang bekpes, kalau makan awal2 pagi macamni..konfom2 aku akan mencicit cari tandas nanti. Perut aku cepat terkejut, ape yang dia terkejutkan aku pun tak tau.

Dalam tempoh masa yang ada, dari aku terus termenung-temengah di tambah pulak ter-mengantuk akibat pengambilan bekpes umpama sedatif mata ni, aku gagahkan jemari menulis entry. Apa yang membuatkan aku kuatkan semangat menulis hari ni..adalah kerana aku bangga menceritakan berkenaan kartunis pilihan aku. Kenapa? Mengapa? Aku tak pasti samada korang pernah dengar 2 nama kartunis tanah air ni..tapi pada aku karya mereka genius.

Aku perkenalkan kartunis Aie dengan karyanya Abe. Aku mula membaca karyanya ni pada umur 11 tahun, dan aku terus mengikuti karyanya sehingga aku habis SPM. Kenapa? Dari karya Abe aku dapati ada unsur2 kemanusian dan kekeluargaan di situ. Di mana watak utama Abe yang bergantung hidup pada kasih sayang Opahnya sehingga Opahnya meninggal. Jalan cerita yang penuh dengan punch2 yang buatkan aku sentiasa teruja untuk meneruskan siri walaupun pada masa yang sama aku rasa tak sanggup mengandaikan penderitaan yang Abe lalui.


Jalan cerita seolah drama, diterapkan dengan bahasa2 ringkas yang sangat menikam2 perasaan. Aku kesian sebab Abe yang kurang upaya, anak kecil yang terencat akal..menjadi bahan gurauan dan mangsa khianat oleh watak jahat di kampungnya. Mengapa? Selain lukisan Aie yang menarik.. aku suka jalan ceritanya. Jalan2 cerita yang Aie ketengahkan melibatkan soalan kekeluargaan, persahabatan, ketuhanan dan beremosi. Aku sukakan karyanya. Dia antara salah satu kartunis kebanggaan aku.

Next, aku sukakan karya dari Kartunis Tembakau..Kartini. Korang pernah ikuti karya dari Tembakau ni tak? Kalau yang masih baru berjinak2 dengan karya tempatan..cuba baca kisah Kartini ni. Jalan cerita yang tidak jauh berbeza dari karya Aie, tetapi lebih menumpukan masalah cinta di alam persekolahan pada awalnya. Kisah suka duka asrama..segala kisah ragging-tortured, senior-junior ada dalam cerita ini. Jalan cerita seakan terkena dengan batang hidung aku sendiri kot yang buatkan aku sendiri rasa aku berada dalam karya beliau. Mengisahkan suka duka sebelum dan selepas alam persekolahan..dan apa yang akan berlaku merupakan pilihan setiap individu itu sendiri. Cuba la belek2..mana tau boleh masuk ngan jiwa korang.


Ini lah dua kartunis tempatan pilihan aku.Setiap karya yang dikeluarkan mereka betul2 memberi kesan yang mendalam pada diri aku sendiri. Sekurang2nya bila aku mengikuti karya dari mereka..aku dapat muhasabah diri aku. Kebaikan dan ilmu datang dari pelbagai bentuk.. terpulang pada setiap individu untuk menyampaikannya dan menilai :)

P/s : Bila sendirian, aku bayangkan bagaimana dunia aku tanpa penglihatan, pendengaran dan suara.
        Bagaimana pula jika aku disisihkan..sendirian tanpa sokongan keluarga.

1 Comments

  1. seyes aku nanges dulu baca abe tu tok, sayang tol komik tu hilang tanpa kesan.. sob3

    ReplyDelete