Apa Yang Korang Tau Pasal Salam Kaut?

Korang pernah dengar pasal salam kaut tak? Kalau korang jenis bercampur ngan masyarakat setempat, kalau korang biasa pergi kenduri kawen..korang biasala la dengar istilah nih. Salam kaut tu macam pemberian berupa wang tunai kepada keluarga yang dirai terutamanya ketika majlis2 perkahwinan..buat masa ni aku nampak wang tunai sahaja. Belum lagi pattern orang datang bagi cek atau wang pos. Huhu. Wang dimasukkan ke dalam sampul surat atau pun sampul duit raya dan diberi sewaktu bersalam dengan tuan rumah. Nilai wang yang diberi tu terpulang atas keikhlasan tetamu tersebut. Tapi agak2 la kan :)

Salam kaut..tetamu bagi duit, bukan tetamu kaut duit dari tuan rumah

Kes Bapak Aku
Aku sekeluarga dijemput ke majlis perkahwinan anak kawan bapak aku. Bapak aku macam biasala, dia akan letak duit dalam sampul surat dan biasanya bapak aku akan buat dua sampul. Satu untuk dia dan satu lagi untuk mak aku. Then nak dijadikan cerita, takde duit pecah..so bapak aku letak dalam 1 sampul je. Sampai ke majlis, dia pun bersalam kaut ngan tuan rumah. Makan dah..kenyang pun dah, kitorang balik. Bila bapak aku check dalam poket seluar, ada duit dalam sampul surat. Maknanya sah2 la dia slh bagi sampul kat tuan rumah. Penaya orang je dapat sampul kosong. Korang jangan plak gunakan trick ni buat kat kenduri2 kawen yang bakal korang hadiri. Aku tak dapat bayangkan sumpah seranah dari pakcik tuan umah tu. Haha :D

Kes Nenek Aku
Ni kes lagi haru dari kes2 yang aku bongkar sebelum ni. Mungkin disebabkan kawasan kampung so kes macam ni agak terpencil bagi aku yang dibesarkan di kawasan bandar. Ceritanya macam ni..masa makdik (panggilan makcik aku yang paling bongsu) aku nak kawen dulu, ramai orang2 kampung yang datang. Kenduri dibuat di Merlimau, Melaka, Felda Sri Mendapat. Kampung aku ni agak ke dalam sikit dari jalan besar. So bila habis kenduri, masa yang aku paling suka. Kira duit yang kitorang terima dari tetamu. Aku tengok beg yang nenek aku pegang penuh ngan sampul dan duit. Tapi tak banyak not kertas RM10 dan RM50. Hmm.. lumrah la kawasan kampung. Bila aku bukak sampul satu per satu..apa yang aku jumpa rata2 beri RM2 dan RM1. Perghh macam nak menangis je aku. Nasib bukan kenduri kawen aku. Memang konfom tak pulang modal! Hoho. Aku mengeluh dan mengomel. Nenek aku dengar. Dia bagitau aku apa yang aku nampak tu belum cukup sadis. Dia pun cerita apa yang berlaku padanya masa kenduri siang hari.

Datang suami isteri bersama 4-5 orang anak dia ke arah nenek aku, nak salam meminta diri untuk pulang. Dalam salam ada diselitkan duit RM2. Nenek aku pun tarahal la.. tapi si isteri masih lagi berdiri kat depan nenek aku. Kot2 la nenek aku lupa nak bagi bunga telur..tapi sah2 pompuan tersebut dah terima masa makan tadi. At last pompuan tersebut bersuara " Err..makcik, duit yang saya bagi tadi..boleh mintak pulangkan baki tak? Saya cuma nak bagi..err.. lima posen" Nenek aku tercengang. Aku dengar nenek aku cerita macamtu terus ketawa berdekah2. Giler la kejam lawak pompuan tu! Bawak anak beranak macam complete satu team bola. Bila aku fikir..dah macam nak bayar duit masuk tandas plak! Haha..

P/s : Please la kalau nak buat lawak sadis, jangan buat depan orang tua macam nenek aku..
        tak pasal2 leh kena heart attack orang tua tu :P

7 Comments

  1. hahaha...ikhlas tu yg penting..

    kat kg sy panggil becek-an(macam ni kot ejaannya)

    ReplyDelete
  2. tu la..rasanya kalau setakat lima posen, tak bagi pun tak pe kot.tak de orang sakit hati.Huhu

    ReplyDelete
  3. Ini dh kes Jozan dlm maharajalawak..ikhlas derma rm20 je, tp trmasuk rm50..hehe-)

    ReplyDelete
  4. haha.klu dh termasuk rm50 tu..lenkali jmpa blik jas bgtau yang dia ada hutang rm30 sblm ni la.haha

    ReplyDelete
  5. owh. culture ni bese among orang2 jawa.espcly untk smua majlis keramaian. x kira la, kawin ke, berkhatan ke, bersalin ke, kematian, semua bagi duit. i like!!

    ReplyDelete
  6. NOURFARAH NADIA MOHAMMED AZIZAN = yep.awk jawa gak ke? :)

    ReplyDelete
  7. haha..geli hati dibuatnya..

    salam kaut ni asalkan ikhlas maka berkat pemberiannya...di samping niat mengurangkan beban tuan punya majlis..

    makcik saya orang merlimau, time anak dia kawin sampul2 salam kaut masuk dalam kereta kancil terus, penuh la seat belakang tu...rezeki tuan rumah..hihi..

    ReplyDelete