Bila Nissan Skyline Auto-Stop !!

Malam kelmarin..sempatla aku keluar lepak ngan kengkawan aku. Biasalah malam2 hujung minggu biasanya kalau aku tak karok, confom aku pegi tengok wayang..Kalau balik Kajang je, malam minggu aku diisi ngan kerja2 berfaedah macam memasak, bagi ayam itik makan dan mengaji..Haha :D Tapi las wik punya muvie xberapa best laa.Terkebil2 jugakla aku amik masa nak faham cerita tu.Lepas tengok muvie kitorang pun cari port lepak.At last kawan aku decide kat Coffee Street, Kuantan. Masa tu jam menunjukkan pukul 1 pagi.

Aku jarang keluar lepak malam2 macamni sebab mak aku kata aku ni lelaki melayu terakhir, so kena jaga tingkahlaku :P Lagi2 tempat macam Coffee Street nih..Ni la 1st time aku jejak kaki since 2 tahun aku kat Kuantan.Bila aku tanya kawan aku..kenapa lepak situ..Dia kata tempat tu high! Cheh klu setakat nak high, lepak atas menara KLCC laa.Kawan aku kata kafe tu tempat student2 melepak..So bila masuk dinihari, memang kawasan yang sesuai untuk cuci mata.Dari awek tak cukup kain sampai ke pameran kereta2 mewah.Semuanya ada..cume aku je yang xde.Ada tu ada, tapi aku xpernah lagi bawak Fairlady aku tu keluar jalan2.Sayang la..sebab aku dah tampal kat pintu bilik.Aku takut terkoyak :P

Bila masa makin larut aku tengok keadaan kafe tu makin sesak.Dari tadi deruman enjin kereta mewah membingitkan suasana malam minggu itu.Tapi aku tertarik dengan sebuah kereta Nissan Skyline yang baru parkir betul2 di sebelah cafe tersebut.Warna silver gelap, tinted gelap..owner dia yang baru keluar dari kereta tu pun gelap2 kelabu asap.Hehe.Memang stylo kalau aku tengok..tu pada pandangan mata aku la..Mamat tersebut turun dari kereta menuju ke arah sekumpulan budak2 muda yang sebaya dengannya.Masing2 tengah high dengan kereta kawannya yang sorang tu.Berlagak!Ko berlagak la..kalau det ko sendiri aku respek la.Aik aku pulak yang panas hati!Haha

Aku diberitahu kereta tersebut sudah ditukar warna


Memandangkan meje mereka pun tak jauh dengan meja aku..aku pun dengarlah perbualan mereka.Actually bukan aku curi dengar pun, dorang yang cakap kuat2.Dah menjadi kebiasaan orang kalau nak cakap pasal kehebatan masing2..kena cakap kuat2.Sebab takut orang lain yang duduk kat meja sebelah tak dengar..terpaksa la ulang balik percakapan.Gelak pun kena kuat2 sebab gelak kuat2 tu trademark orang kaya2.Hahaha.Hmm..menyampah haku!Aku tengok owner kete tu pun memanjang cakap besar.Adeh macam dia sorang je bawak kete mewah!" Billy kereta ko pakai turbo timer ke?" aku dengar salah seorang dari mereka bertanyakan kepada si mamat angkuh tadi. "Haah..auto stop.Enjin kena mau jaga bro.Aku dah setup kete aku.Semuanya auto.Auto lock, auto start..kira senang la hidup aku!" sambil gelak kuat2.Yang lain pun turut gelak..tapi xde la kuat macam mamat bongkak tadi.Mungkin sebab dorangbelum ada rezeki pandu kereta macam mamat tu kot?

Jam mula menunjukkan pukul 3.15 pagi.Tapi aku dan kengkawan aku masih lagi memerhati gelagat pengunjung yang masih tidak putus2 datang ke kafe tersebut walaupun mata aku kian berat.Kemudian aku mamat mamat angkuh tadi mula bangun untuk beredar.Sempat pula dia mempelawa sekiranya ada kawan2nya yang ingin rasa naik keretanya.Tapi masing2 malu..ye la kang orang lain tengok jatuh la saham.Pengunjung lain pun macam aku..memerhatikan gelagat mamat tu dari jauh.Lebih2 lagi awek2 yang datang berkunjung disitu.Tersengih2 minta diperhatikan mamat bongkak tersebut..mana la tau mereka turut dipelawa naik untuk pandu uji kereta sekali?

Street Cafe yang menjadi saksi kejadian yang berlaku ketika itu


Dari jauh mamat tadi menghidupkan keretanya.Owh betul la auto start.Aku xheran pon sebab kereta aku pun menggunakan aplikasi yang sama.Sempat dia melambai2 sebelum masuk ke dalam kereta.Geram pulak aku dan kengkawan aku tengok fiil mamat tu.Bila keretanya mula bergerak beberapa meter, tiba2 keretanya mati.Hmm kami masing2 berpandangan.Tetapi kelibat mamat tersebut masih belum kelihatan keluar dari kereta.Keretanya berhenti di tengah2 jalan plak tu.Rakan2nya yang tadi turut berpandangan sesama sendiri..mungkin mamat tersebut tertinggal barang kot?

Selang beberapa minit, aku lihat mamat tersebut keluar jugak dari kereta menuju ke arah rakan2nya.Dia mula membisikkan sesuatu, tapi tak jelas untuk aku dengar.Aik pandai pulak dia cakap perlahan??Then rakan2nya mula tergelak dan mengekori mamat tersebut menuju ke arah keretanya.Aku dan kengkawan aku tengokkan je dengan penuh kusyuk dan tawadhuk.Makin aku pelik bila rakan2nya menolak kereta mamat tersebut masuk ke parkir semula."Ai..ni pe kes plak?Auto stop la kot?" macam biasa aku jadi teruja nak tau.
Selepas kereta di parkir, aku lihat mamat tersebut terus mengikut seorang kawannya menaiki motor dan berlalu dari situ.

"Apsal tu dik?" aku tanyakan pada salah seorang kawannya tadi bila mereka mula kembali ke meja."Owhh..kereta abis minyak" aku lihat budak tersebut tersengih2.Cheh!Betul la tu auto stop."Sebab tu la aku tak nak beli kereta mahal2 sebab aku cuma tau kreta aku takde minyak bila kete aku berhenti dengan sendiri!" aku menganjing dalam hati.Aku dan kengkawan aku sepakat berpendapat yang mamat tersebut lupa nak mintak duit minyak daripada bapak dia sebelum keluar!Tiba2 kami gelak kuat giler!Lebih kuat daripada mereka gelak sebentar tadi!Hahahaha :D

P/s : Harapkan kereta je mahal..minyak isi RM10.Hahaha ~

0 Comments