Jangan Tutup LampOOooOo ~

Aku kalau dah stat bukak citer antu ni..jadi makin ralat nak citer.Xtually bukan kisah2 aku ye ..aku xpernah alami kejadian seumpama ini, dan aku harap mntak2 la jangan. Simpang malaikat 44. Tapi kenapa malaikat 44??Ah xkisah la tu..itu bukan ape yang nak aku ceritakan. Ada banyak kisah nak aku kongsi ngn korg.. kisah daripada kengkawan aku yg mengalami peritiwa pelik lagi aneh.So teruskan membaca :)

Jambatan Jaya Gading


Kisah ni berlaku masa aku sekolah menengah lagi, time tu aku duduk kat Taman Jaya Gading, Kuantan.Dekat dengan kem TUDM Bt.10. Aku ni jarang2 blik sebab dok MRSM Terendak. So once aku dah balik, aku dengar cerita yang kurang enak didengar. Ada orang kampung terkena gangguan di jambatan betul2 bersebelahan dengan taman aku.Ceritanya macamni.. satu malam tu adala pemuda kilang depan taman aku yang baru habis shif. Jam ketika itu menunjukkan pukul 11-12 malam. Pemuda tersebut membonceng moto.. memandangkan jarak perjalanan dari kilang depan sampai ke kampung Jaya Gading tidaklah jauh mana. . Adala dalam 10-15 minit perjalanan. Malam tu bulan terang..so memang jelasla laluannya ketika itu. Suasana sunyi cuma cengkerik yang acapkali galak berbunyi..almaklumla kawasan kampung.

Sampai di atas jambatan, pemuda tersebut ternampak kelibat wanita yang sedang berlari2 anak dari bahagian kiri jambatan ke bahagian kanan jambatan lalu terus terjun dari jambatan tersebut. Tatkala melihat kejadian tersebut, pemuda kilang tersebut terus menjerit terkejut.. motor dimatikan dan dirapatinya ke sisi jambatan untuk melihat ke dalam sungai. Tapi air sungai kelihatan tenang..bukan ke sepatutnya berkocak dek gelombang daripada sesuatu yang jatuh menghempas permukaan sungai? Tinggi tak tinggi la jambatan tersebut dari permukaan sungai, hampir 10 meter. Jiwanya mula kacau ditambah pulak degupan jantung yang mula berdegup kencang. Angin malam terus bertiup sepoi2 namun tidak menghalang keringat jantan mamat tersebut dari terus mengalir dari setiap rongga roma. Sebaik sahaja dia menoleh kebelakang dia mendapati sesusuk tubuh sedang bertenggek di hujung motornya. Kelibat seakan wanita itu memang jelas terserlah di bawah cahaya bulan yang terang malam itu. Tak tunggu lebih lama pemuda tersebut terus buka langkah seribu, xcukup tanah pulang ke rumah. Aku kemudiannya diberitahu mamat tu demam 3 hari xpegi kerja. Peristiwa tersebut menjadi bualan hangat penduduk setempat selama hampir sebulan. Selepas daripada kejadian tersebut, tidak ramai anak2 muda yang pulang lewat dan berpeleseran terutama berhampiran jambatan berkenaan. Sekiranya yang pulang lewat dari kerja, pastinya berteman..

Setahu aku sungai tersebut merupakan tempat pengamal2 ilmu perubatan tradisional membuang 'kotor'.. buang benda2 halus untuk dialirkan.Tak hairan la kalau ada sesiapa terserempak.. sesetengah orang kata rezeki, sesetengah plak kata bala.Wallahua'lam.

Tingkap Tembus Pandang


Korang ada tak tingkap macamni atau pernah tengok?Apa perasaan korang bila korang ada tingkap sebegini rupa..tiada tirai langsir.. berhadapan pula dengan hutan atau lereng bukit? Aku dapat rasa perasaan tu dan ditambah pulak dengan cerita dari mulut senior aku masa aku blaja kat MRSM Terendak dulu. Kat asrama kitorang dulu.. satu bilik dua orang pelajar. Blok D merupakan blok asrama lelaki yang bersebelahan dengan bukit dan hutan simpan. Di belakang blok tersebut merupakan tempat riadah usang yang jarang digunakan dan kelihatan usang.

Nak dijadikan cerita satu malam senior aku ni baru nak masuk tido.Malam tersebut dia terpaksa tido bersendirian kerana roomatenya scotting di bilik rakan yang lain. Tinggal la dia sensorang malam tu. Lampu blok sudah lama terpadam..suara rakan2 dari bilik sebelah pun makin lama makin menyepi.. walau bagaimanapun matanya masih xmampu dilelapkan. Mengiring ke kiri dan ke kanan semuanya serba tak kena. Dia pun melayangkan pandangannya ke arah bukit yang dipenuhi hutan di hadapan tingkap biliknya. Tingkap tembus pandang tanpa tirai..korang sendiri boleh bayangkan macamana rupanya. Sedang dia asyik melayan permandangan, dari jauh dia terperasan ada sesuatu yang sedang bergerak menghampiri biliknya. Bila diamati betul2 sahlah sesuatu yang tidak enak untuk dipandang, sesuatu yang boleh meremangkan bulu tengkuk bagi sesiapa yang memandang. Jelas dari pinggir hutan tersebut..terawang2 wanita berpakaian putih menuju ke arah tingkap biliknya. Apalagi senior aku cepat2 menekup muka dengan bantal.. sesekali cuba mengintai dari sisi bantal.Wanita tersebut masih bergerak menuju ke arahnya. Takut bukan kepalang..korang sendiri mau ingat la. Aku yang cerita ni pun mula meremang bulu roma. Then dia cuba mengintai balik melalui sisi bantal.. tapi lembaga tersebut sudah tidak lagi kelihatan di hadapan tingkapnya.

Dalam keadaan muka masih tertekup bantal matanya melilau ke sekeliling katil namun tiada apa yang ditemui. Hatinya sedikit lega.. nekad nak beralih tido ke bilik rakannya di sebelah. Sebaik sahaja dia mengalihkan bantal dari muka.. alangkah terkejutnya apabila dia mendapati lembaga wanita berambut panjang dengan muka menyeramkan betul2 berada di atasnnya..di sebalik bantal yang tertekup. Terkejut bercampur takut dia lantas menjerit sambil menekup muka kembali dengan bantal. Selang tidak lama kemudian dia mengintai2 dan melihat lembaga tersebut menyusup keluar melalui tingkap menuju kembali ke hutan. Macam biasa la senior aku demam, xpasti berapa hari.. Aku dengar cerita ni masa aku Form 1.. So berhati2 la dengan tingkap tembus pandang. Kita pasti xsuka orang luar memandang kita di dalam.. apatahlagi sekiranya yang memandang kita itu bukan manusia seperti kita. hehe

Hello..Sape Tu??


Bila kali terakhir korang tengok telefon awam macamni? Mesti dah lama kan? waktu korang muda2 dulu.. gayut ngan gf/bf.. mesti cari telefon awam. Syiling jangan cakapla.. penuh poket. Aku yang beratur menunggu pun sakit hati bila tengok orang di depan aku yang sedang bergayut..masuk syiling satu per satu. Geramm. Tapi ada kisah yang menarik untuk aku kongsikan berkenaan telefon awam ni. Kisah ni berlaku di kampung aku di Merlimau, Melaka. Kampung aku tersorok di dalam Felcra Lembah Kesang.. So jangan cerita la pukul 9 sahaja kawasan perumahan tersebut sudah mulai sunyi.. sesekali je kedengaran bunyi van kilang yang memecah keheningan sunyi malam, menghantar pekerja2 kilang pulang ke kediaman masing2.

Pada suatu malam, ada seorang pemuda yang baru sahaja blik dari kerja ..xd la lewat sangat sekitar pukul 10-11 malam . Dia menyewa dengan 3 org teman sekerjanya yang lain.. Sebaik sahaja pemuda tersebut baru menyandarkan tubuhnya di empuk kusyen.. dia terdengar telefon awam berdering yang terletak tidak jauh dihadapan rumahnya. Mula2 malas rasanya dia nak layan..tapi telefon tersebut asyik berdering .. ditambah pula asakan kengkawannya yang lain meminta pemuda tersebut mengangkat telefon berkenaan. Dalam keadaan letih dia bergegas jugak pegi menuju ke pondok telefon tersebut. Cuaca agak sejuk, kelihatan awan mula berarak menutupi cahaya bulan. Tekadnya hanya untuk mengangkat dan meletakkan gagang di atas telefon sahaja..tetapi akhirnya dia mula mengubah keputusannya untuk menjawab panggilan. Tidak salah rasanya sekiranya dia menjawab, manala tahu dia boleh membantu pemanggil tersebut. Sebaik sahaja dia mengangkat gagang.. kedengaran di hujung gagang suara wanita. Lembut dan haluuusss (mcm iklan nescafe 3 in 1 plak) Apalagi pemuda tersebut pun melayan la..bertanyakan macam2. Dari satu topik ke topik yg lain.

Malam tu dirasakan terlalu panjang..Dia terlupa niatnya yg sebenar. Tiba2 wanita tersebut diam.. Lalu terdengar tangisan kecil dihujung talian.Pemuda tersebut kaget..sebentar tadi elok saja berbual, tapi kini menangis pulak "Sampai hati abang tinggalkan Aminah"  wanita tersebut terus menangis..Pemuda tersebut makin keliru..xtau apa salahnya..dan kenapa wanita tersebut menyalahkannya. Dia mula rasa xsedap hati.. Perasaannya bertambah gelisah dan tidak tentu arah. Pemuda tersebut cuba mematikan perbualan.. tetapi wanita tersebut enggan. Cuak plak rasa bila dia terhimpit dalam keadaan sedemikian, dia mula rasa menyesal kerana melayan panggilan yang tidak dikenalinya."Aminah..awak kenapa?Awak dekat mana ni" Dia  curiga.. wanita tersebut mengatakan yang dia sekampung dengan pemuda tersebut..xjaaauuuhhh dari dia. Dekat je. Pemuda tersebut cuba meneka.. Bila penat meneka, dia mulai bosan dan cuba menamatkan perbualan.. tapi sebelum sempat pemuda tersebut meletakkan gagang, wanita tersebut sempat berkata "Saya xjauh dari abang .. dekat je. Ni..saya dekat atas" Perghh bila pemuda tersebut mula mendongak..kelihatan seorang wanita dengan rambut menggerbang duduk bertenggek di atas bumbung public phone sambil tersengih2 menunggu masa sahaja untuk mengilai. Apalagi lintang pukang pemuda tersebut berlari masuk ke dalam rumah. Macam biasa konfom demam.. tapi tak pasti berapa hari.. Public fon tersebut masih ada di sana..dan selepas peristiwa tersebut, aku xde dengar citer2 pelik pasal public fon tersebut. Mungkin lembaga tu dah ada handfon??So jangan di layan sangat nombor yang korng xkenal ye :) hehe

Ok stop dulu smpai sini..penat dah aku..dah pukul 1 pon. Aku kena makan dulu ni. Ni tips aku nak bagi korang sebelum aku tamatkan cerita.

  • Kalau korang kua malam..balik lewat, make sure sabalum masuk rumah ludah ke kiri 3x..basuh kaki sabalum masuk dan sebelum tido
  • Letakkan naskah Ya'asin atau gunting atau paku di bawah bantal.
  • Sekiranya korang dapat mimpi buruk, palingkan bantal @ tukar bantal lain dan tepuk2 bantal tersebut
  • Tido secara mengiring..jangan tdo menelentang @ meniarap
  • Jangan bermain di kawaasn berair, tasik, sungai, paya, lombong ketika matahari betul2 tegak di atas kepala @ ketika waktu maghrib
  • Mulut jangan cabul..jaga setiap perkataan yang hendak diucapkan
  • Bila korang dengar hilaian perlahan @ sayup..itu bermakna DIA  berhampiran dengan korang, tapi klu korg dengar hilaian kuat..itu bermakna DIA jauh dari korang :)
Ok babai :)

4 Comments

  1. memang saya pastikan tingkap selalunya ditutupi langsir especially waktu malam :)

    ReplyDelete
  2. Okeyy..yang terjun tu memang pnah jadi kat aku...aku ingat hntu laa..skali tgk mmg roomate aku terjun pakai telekung..mulut berbuih-2..apasal ntah..-.-

    ReplyDelete